- Setiap ujian itu ada sebab dan hikmahnya disisi ALLAH. Lalu, bila disisi ALLAH ada hikmah maka apa yang perlu kita fahami ?
"SAMPAIKAN" ....seruan RABBINA, "walau satu ayat" disepanjang zaman yang mudah walaupun ia suatu perkataan PERJUANGAN yang berat. HAMBA laksanakan ini dengan pengAMATan rasa tanggungjawab diri yang serba kerdil dan dhaif yang mengharapkan REDHA ILAHI semata. Mari kita bersama menuntut REDHA NYA.
Rabu, 17 Jun 2020
PKP
Ahad, 3 Februari 2019
Undang2
Sejak kebelakangan ini, wujud peribadi2 yang melontarkan kata2 berupa penghinaan dan merendah menghina Raja Melayu.
Jika dibiarkan, ia akan semakin berleluasa. Bagaimana cara menghalang suasana buruk ini ?
Mudah saja, Kerajaan PH hendaklah buat undang2 baru bagi MENGHALANG PENGHINAAN TERHADAP RAJA2 MELAYU dengan hukuman yang jelas tanpa kompromi.
Sabtu, 12 Januari 2019
Sultan Abdullah
SEMUGA Negeri Pahang Darul Makmur terus makmur dengan Sultan "Hamba ALLAH", Raja AbduLLAH yang baru diangkat menjadi Sultan Negeri Pahang berikutan kegeringan paduka ayahandanya Raja Ahmad Shah.
Kemungkinan, dalam masa yang terdekat baginda dipilih dan diangkat menjadi YDPA nenggantikan Sultan Muhammad V yang meletak jawatan.
Tahniah Tuanku...Daulat Tuanku.
Semuga Tuanku "Dengan nama ALLAH SWT, dapat melakukan yang terbaik untuk membawa Negeri Pahang kepada negeri Darul Makmur Patuh Syari'at. "Insya ALLAH"
Khamis, 20 Disember 2018
Melayu terhimpit
Rungsing resah rasanya melihat dan mengenang bangsa Melayu yang kini terhimpit di setiap posisi.
Dari sudut politik, akhlak, pendidikan dan yang tentunya itu semua terangkum dibawah keagamaan, al-ISLAM.
Penilaian ini mungkin berbeza antara kita. Namun, jika di teliti wujudnya perbezaan ini pun adalah suatu yang meresahkan.
Ramai yang melihat dan menilai bukan dari sudut keagamaan sedangkan ISLAM sebagai agama fitrah untuk sekelian hamba ALLAH telah menjelaskan haram dan halal.
Hebatnya pendidikan dan pengawalan ISLAM terhadap hamba, di antara halal dan haram itu syubhat. Menyimpulkan, siapa yang jaga syubhat itu adalah orang yang menjaga agamanya dan dirinya yang beragama.
Rabu, 5 Disember 2018
Sebar IMAN
Hari ini dalam sejarah, kali kedua saya mengkritik tentang kebersihan. Kali pertama 10 tahun lalu tentang sampah sarap di depan premis "popia stadium".
Semalam saya kritik kekotoran tempat pembuangan sampah di depan "kedai tayar ustaz" yang serentak di hadapan 4 buah premis kedai makan.
Saya kritik berserta beberapa keping gambar sebagai bukti dan disertai cadangan. Saya nak menduga kerana pihak Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam tentu amat tahu "Kebersihan dari IMAN" dan Majlis Perbandaran ISLAM tentu ingin menjaga dan menyebar IMAN !.
Mujahadah
Syukur pada ILAHI. Setelah dimaklumkan oleh Pegawai Kesihatan, doktor yang merawat pada temu janji tempuh hari bahawa organ buah pinggang telah rosak dan berada pada "tahap 3" hamba ini telah dikurniakan kekuatan untuk bermujahadah dalam pengambilan makanan dan minuman.
Tidak pernah lihat sejak terkena dibetes, FBS setiap jam enam pagi pada tahap umumnya kurang dari 10 iaitu 5.0.
Diketika hendak tidur, paling tinggi 13 dan kebanyakannya RBS kurang 10. Malah beberapa kali HYPO. Makan dan minum terbaik kerana hanya makan nasi hanya separuh senduk dan langsung tidak minum air manis dari gula putih dan susu pekat manis. Juga peranan keberkesanan insulin amat jelas !
Sabtu, 17 November 2018
ICERD
ICERD adalah rancangan kuffar yang diasaskan pada 1960 an. Jauhnya perancangan kuffar. Hari ini kita MUSLIMIN di Malaysia menghadapi masalah. Masalah masa depan ISLAM yang berhubungkait dengan ICERD.
Asasnya, sama rata dikalangan manusia diterima ISLAM. Setiap bangsa tidak boleh menzalimi bangsa yang lain kerana rasa lebih hebat dan mulia. Dalam ISLAM, yang mulia disisi ALLAH ialah mereka yang bertaqwa.
Ahad, 21 Oktober 2018
Jangan begitu
Seorang Mahathir, Tun Dr. Mahathir Perdana Menteri Malaysia itu telah pun bersedia apa yang akan berlaku pada dirinya.
Tun M telah lama melalui onak perjalanan likuan hidup. Seorang tua yang telah lasak dan masak jiwa, hati dan mindanya.
Mungkin beliau tidak menduga ada dikalangan rakyat Pulau Langkawi yang kurang ajar dengan dirinya.
Secara peribadi, walau kurang setuju dengan Tun M tetapi tidak patut bangsa Melayu tidak beradab sedemikian. Keluar majlis ketika Tun M masih duduk disitu. Tidak patut sekali, "saya tak setuju".
Kita, orang Melayu boleh marah dan boleh tegur pemimpin. Sila marah dan tegurlah kerana ALLAH. Jangan tegur dengan cara tidak beradab Melayu.
Dengan relax Tun M sebut "boleh letak jawatan" walaupun itu yang paling disukai dan dijagai Tun M. Bila Tun M sebut tentang "letak jawatan", riuh se Malaysia.
Keriuhan ini akhirnya menenggelamkan isu lain dan semua pihak lain "dihukum bersalah".
Tun M yang menang juga !
Khamis, 23 Ogos 2018
Korban rancangan LGE
Kepada saudara dan sahabat ku di Pulau Pinang. Maaf dipinta.
"Kepada saudara ku di Pulau Pinang, hati-hati takut termakan daging dari LGE yang nak korbankan hang".
Itu kata-kata ku sekejap tadi dalam posting terakhir hari ini.
Di Pulau Pinang sedemikian !
Rabu, 25 Julai 2018
Tahniah PAS
Tahniah PAS...Tahniah !!
Dewan Undangan Negeri Pahang yang menyaksikan suara PAS bergema membawa kebenaran ISLAM.
Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang dari PAS yang sedang bersidang kini telah membawa cadangan supaya hari Jumaat dijadikan hari cuti umum bagi negeri Pahang. Usul ini ditolak setelah mendapat tentangan dari ADUN yang mewakili DAP dan BN.
Namun TAHNIAH PAS
Perlu saya rakamkan disini "Tahniah kepada Ustaz Shahril Azman, ADUN Jengka. Ustaz Shahril adalah teman sebilik semasa belajar di Jameah Farooqiah, Karachi.
Rabu, 18 Julai 2018
Kenangan sedih
Terpaksa keluarnya dari istana dengan hati yang teramat sedih. Kesedihan ini juga dirasai oleh mereka yang memahami dan merasai erti sebuah kejatuhan. Sehingga ke hari ini, bagi yang memahami ISLAM dan DAULAH sangat amat terkesan yang mendalam dengan kejatuhan itu.
Jatuh, atas nama dan sebab apa, kesannya amat mendalam.
Ahad, 15 Julai 2018
Ambo sedih
Ambo sedih tengok gambar yang diedit ini. Jaguh2 yang terpaksa direhatkan. Brazil, Argentina dan Sepanyol kalah.
Sabtu, 7 Julai 2018
Tak percaya
Saya terkejut tengok tajuk berita ini. Ada juga rasa tak percaya. Timbul rasa marah bila nak percaya.
Betulkah Zainuddin Mydin sedemikian ?. Kalau betul apa muslihat beliau ?. Matlamat apa beliau buat saranan sedemikian kepada pemerintah.
Lebih jauh, terfikir-fikir "apa agama dia ?". Dia berfahaman apa ?. Setahu saya sedikit tentang beliau. Beliau bekas seorang wartawan dan bekas Menteri Penerangan dari UBN dizaman Mahathir.
Apa salah orang ISLAM hafaz al-Quran ?. Nak hafaz al-Quran mesti di madrasah.
Lemah memikirkannya.
Jumaat, 6 Julai 2018
Ujian besar
Ujian besar bagi seorang ibu. Ibu yang mengandungkan anak 9 bulan. Rasa kasih dan sayang ibu adalah kemuncak dari kasih sayang.
Yang terkeluar dari rasa kasih dan sayang ialah mereka yang terlibat dengan kerja terkutuk membunuh anak ini.
Dimana kemanusiaan anda ?. Tiada sedikit rasa kasih kepada anak kecil yang tiada salah apa !!. Itulah antara maksud tidak berperikemanusiaan.
Kemuncak kekejaman
Kejam...jahat tidak berperikemanusiaan. Sanggup membunuh baby berusia 5 bulan. Kemuncak kejahatan dan kekejaman manusia yang melakukanya.
Apa yang dapat setelah berjaya lakukan sedemikian ?. Soalan yang bukan dituju kepada yang dituduh itu ? Apatah lagi kepada anda ?. Tidak, soalan ini tidak kepada anda. Soalan itu hanya ada dalam fikiran saya semata !!
Rabu, 4 Julai 2018
UG
Sejak sekian lama, PAS dituduh "UG" dengann UMNO. BUKAN sekadar dituduh tapi tuduhan itu serentak dengan FITNAH terhadap PAS.
APA yang berlaku terkini, Kerajaan PH Kedah mendapat bantuan UMNO. Begitu juga kerajaan PH Perak.
Hasil kePERCAYAan masyarakat Pantai Barat kepada ISU ini ( UG ) menyebabkan PAS jatuh tertimbus di Negeri Selangor.
Tapi, PAS tidak sedemikian. Itu fitnah terhadap PAS. Terbukti, apa yang berlaku di Kedah dan Perak.