Selasa, 13 Januari 2015

masjid uthmani kita punya

Masjid Uthmani perlukan bantuan


Perlu disiapkan.  Perlu bantuan dana. Saya MOHON anda ke laman web www.masjiduthmani.blogspot.com. Ia boleh membantu anda menuju kearah maklumat lengkap untuk merancang kebajikan.

Bantuan kepada yang memerlukan. Kesepatutannya, bila tahu terus ke step kedua. "BerINFAQ sebelum di MINTA".  Tanda faham, tanda hati hidup dan lembutnya hati.

Ahad, 11 Januari 2015

bertolongan bertaqwa ... infaq


Tolong menolong adalah sifat yang terpuji. Ia terletak  dibawah arahan ketaqwaan. Taqwa adalah sifat terpuji yang menjadi pemangkin hubungan baik antara hamba dengan Khaliqnya. Taqwalah bekalan yang paling utama yang perlu ada ketika berjumpa dengan ALLAH SWT nanti. Ini telah jadi ketetapan ILAHI.

Orang sosialis pun kata mereka bertolongan juga dan itu adalah tanggungjawab sosial mereka. Apa kita nak kata kepada mereka? Ya, benar kamu telah bertolong tolongan. Tidak kira kamu melakukannya dengan siapa dan kepada siapa tapi tolong menolong itu ada ketikanya ada pada kamu.

Persoalannya kamu bertolongan itu atas asas apa ? ... apa matlamatnya ?

Rabu, 20 Ogos 2014

ALLAH Yang Maha Menguji

POLITIK .... 
Banyak ujian dalam dunia politik. Politik ialah diantara ilmu dalam banyak-banyak ilmu.  Ilmu ini khusus untuk mentadbir manusia.

Manakala manusia adalah sebaik-baik kejadian diantara kejadian didunia ini. Oleh kerana ia sebaik-baik kejadian makan ujian yang berlaku kepada manusia adalah sebaik-baik kejadian.  

Dalam dunia politik nampak jelas berlaku pertembungan pemikiran antara manusia. Jelas, untuk mentadbir dan menyelaraskan kehidupan manusia mesti dianggotai oleh manusia yang cerdik, yang boleh dan layak memimpin dan membuat keputusan untuk manusia. Macamana orang bodoh boleh memimpin ?

Pertubuhan politik yang  dianggotai ramai  mempunyai matlamatnya.  Pertembungan pemikiran menjadi penentu kepada kejayaan atau kegagalan. 

Ketiadaan perbezaan pemikiran menggagalkan kerancakan politik. Tidak mungkin seorang manusia boleh mentadbir manusia yang ramai jumlahnya dan tidak mungkin jumlah ramai tunduk kepada seorang manusia.

Selasa, 22 Oktober 2013

tahniah rakyat dan kerajaan negeri kelantan

PAS telah 23 tahun memerintah Kelantan.  Ketika UBN jatuh dulu tahun 1990 saya berada dan bertakbir di tingkat bumbung asrama pelajar luar di Jameah Asyrafiah Lahore.

Pengumuman keputusan pilihan raya ketika itu diikuti melalui siaran radio yang terputus-putus siarannya. Ketika itu tiada lagi FBook, blog dan lain-lain yang canggih seperti hari ini.

Sahabat-sahabat yang bersama merasai kemenangan dari bumi Lahore di bumbung asrama Jameah Asyrafiah antaranya ialah Dasuki Haji Daud, Farhan, Mohd Jamil, Amri Khalid dan Abdul  Rahim  Latif.

Sahabat lain ; Solehan ( almarhum ), Hazmi, Musaddak, Fauzi, Nordin, Kashuadi, Shamsuddin dan lain-lain di Maahad Syed Abul A'la Al-Maududi.

23 tahun ialah umur pemuda. Bererti  ayah kepada pemuda ini sekarang sudah 73 jika diandaikan 23 tahun dulu berumur 50 tahun.

Itulah masa. Dan mereka yang memenangkan Kelantan dulu kini telah merasa kemanisan hidup dan perjuangan berpemimpinkan seorang ulamak dan dibawah "Kepimpinan Ulamak PAS" berbanding dengan kepimpinan parti kebangsaan UMNO.

Moga-moga pendokong dan ahli PAS bersama  bersabar dibawah "Kepimpinan Ulamak".

Isnin, 7 Oktober 2013

sekejap saja, "mudah lupa"

Apa yang dikatakan Lapuran Ketua Audit Negara, telah jelas diketahui rakyat.  Pihak yang membentang mahu menunaikan tanggungjawabnya.  

Harapan selepas lapuran ini rakyat akan tenang.  Tidak timbul perkara yang tidak diingini.  Rakyat tenang tidak akan cakap lagi perkara yang negatif terhadap pihak kerajaan UBN.


Selasa, 2 April 2013

nilai rakyat 1 malaysia

Ketika "buah fikiranku" berada di pasaran minda dengan tajuk "Nilai Rakyat 1 Malaysia"  ini,  hati rakyat dirasakan  telah masak dengan  hakikat sebuah  penantian,  'bilakan pilihan raya umum 13' akan diketemui.  

Berbagai telahan diperbincangkan.  Ada perbincangan berfakta dan ada disebaliknya. Teruskan perbincangan jangan 'percincangan' ...

Kesemua fakta yang dikemukakan oleh pihak Kerajaan Malaysia, parti-parti politik khususnya UBN dan pihak pembangkang  PR ditujukan kepada sasaran dakwah dan sasaran mengundi untuk menetapkan pendirian dan pegangan sehingga kedetik mengundi supaya fakta yang dikemukakan dikekalkan dengan  menyebelahi  parti masing-masing.

Kesemua fakta yang dikemukakan kepada rakyat boleh dibincang dan diperdebatkan secara terbuka. Manakala UBN mengemukakan berbagai fakta dan faktanya UBN juga menghulurkan RM secara terbuka untuk mempengaruhi rakyat.   

Sejak merdeka, tidak pernah kerajaan melayani rakyat sebegini.  Alangkah bertuahnya rakyat 1 Malaysia sekiranya selepas Pilhan Raya Umum Negara Malaysia ke 13 ini, tidak kira pihak mana yang memenangi pilihan raya nanti mengarahkan setiap rakyat atau kesemua pengundi atau setiap warga 1 Malaysia yang berumur 50 tahun keatas membuka akaun di mana-mana bank untuk disalurkan keakaun  "duit hadiah 1-Malaysia" kerana membalas budi rakyat dan menghargai rakyat yang memilih mereka. 

Sepatutnya, dengan kekayaan negara telah lama kerajaan membantu rakyat sekurangnya RM 100 seorang untuk warga emas atau saki baki rakyat warga emas yang sempat dengan penyiksaan Jepun tahun 40 an dulu. [ Khabarnya wang pampasan dari Kerajaan Jepun untuk mereka yang menjadi mangsa Jepun hilang tak dapat dikesan !  ..... Ya ???  ]

Jika tidak begitu tentu rakyat tidak ada nilai kerana rakyat boleh dirasuahkan secara resmi oleh pihak UMNO.  Sekiranya kerajaan tidak menjaga kebajikan sebenar rakyat maka sahlah rakyat hanya berharga ketika diambang pilihan raya saja. 





Isnin, 26 November 2012

ujian lagi ! ... mungkinkah ada lagi ?



Ujian ALLAH SWT



Apa yang saya fahami ;  yang sukar dan sulit ialah meningkatkan  dan mempertahankan keimanan. Sulit mempertahan dan meningkatkannya.    Sedangkan kerja mempertahankan keimanan dan meningkatkan keimanan adalah kerja utama si mukmin

Sifat keimanan umat tidak sama dengan keimanan para ambia'. Namun, kesulitan ini bukanlah suatu yang mendukacitakan kerana ia sememangnya telah menjadi 'jadual' Allah SWT.

Ujian adalah  sebahagian dari  'jadual pentadbiran' Allah SWT.  Termaklum, bahawa ujian adalah besar matlamatnya disisi Allah SWT.  Allah SWT sentiasa melakukan penyaringan dalam menentukan keimanan hamba NYA. Sejauhmana ketaatan dalam pengabdian hamba.

Lulus ujian bererti berjaya menjaga dan meningkatkan keimanan. Lalu ALLAH terus menguji kedudukan iman yang dikatakan  meningkat itu. 

Tujuan saya meleretkan bahasa saya kali ini setelah lama tidak berblog ialah untuk menyatakan bahawa Mesir, bumi ambia' dibawah pentadbiran Dr. Morsi bergolak lagi.  Subhanallah ...

Pergolakan adalah ujian dan saringan dari NYA.   Pertembungan sesama sendiri adalah ujian yang besar risikonya.  Yang sentiasa merancang untuk menggagalkan Dr.Morsi ialah musuh 'disebelahnya' yang baru minggu lepas membunuh ratusan rakyat Palestine. 

Kita semua kenal dengan musuh kita itu.

Mereka itu adalah golongan yang telah dilaknati Allah SWT.  Tetapi menghairankan kerana terdapat mereka yang setiap hari mengutuk golongan ini tetapi sebaluknya mengikut dan merujuk kepada golongan ini.

Sebagai hamba Allah SWT yang cintakan Islam dan perjuangannya, sama-samalah kita memohon dari Allah supaya memberi pertolongan kepada pejuang-pejuang Islam di bumi Mesir itu. 

Berkebetulan dengan pergolakan di bumi Mesir itu, di bumi Malaysia hari 'hidup' dengan isu yang mungkin 'mematikan' pasukan Harimau Malaya setelah kalah ditangan Singapura 3 - 0 malam tadi.

Sepatutnya kita berbicara isu yang lebih besar lagi. Isu di Mesir ada kaitan dengan maruah kita selaku seorang mukmin. 

Isu bola, yang paling banyak disebut ialah nama Rajagopal !. Ketika itu anda mungkin lupa kepada golongan yang sentiasa menang sehingga terkini iaitu golongan " addhalliin "  dan  golongan  " al-maghdhuub " 

Ingatlah bahawa perjuangan yang diamanahkan kepada  kita ialah untuk mengalahkan golongan tersebut

Pelajari dan kajilah Surah Al-Fatihah kerana ia mengajar tentang hakikat kehidupan dan ujian dari Allah SWT