Isnin, 28 Ogos 2017

matlamat kita

"Sentiasa ingatkan ALLAH SWT"  adalah suatu ayat umum yang boleh disesuaikan dengan selera mengikut apa yang dikehendaki penulis. 

Mudahnya yang pertama, kita boleh sebut, "sentiasa ingatkan ALLAH SWT" adalah perintah tertinggi ALLAH SWT kepada hamba NYA.  Yang keduanya, "Sentiasa ingatkan ALLAH  SWT" adalah tugas kita selaku hamba.  Ketiganya, kerana itu semua maka, "sentiasa ingatkan ALLAH SWT" adalah seruan penyeru atay pendakwah kepada semua hamba NYA. 

Bagi manusia yang tidak beriman, ayat "sentiasa ingatikan ALLAH SWT" inilah ayat yang paling tidak diminati mereka kerana ia amat bertentangan dengan pegangan mereka terutama kepada golongan ekstreem sekularisma suatu "agama" yang "memisahkan kehidupan dengan akhrat".

Memisahkan "kehidupan dengan akhirat adalah memisahkan manusia dengan ALLAH SWT". Macamana boleh berlaku kehidupan yang boleh terpisah dengan ALLAH SWT kerana ALLAH SWT itu TUHAN  Yang Maha MENJADIKAN !

Itulah keutamaan maksud "sentiasa ingatkan ALLAH SWT". Setelah jadi satu ayat lengkap "sentiasa ingatkan ALLAH SWT" muncullah puls berbagai-bagai tajuk besar dan kecil dalam kehidupan hamba kepada ALLAH SWT.

bersih masjid uthmani

Jumaat, 25 Ogos 2017

rahmat ALLAH menjodohi

Sekolah mula bercuti penggal dua. Hari ini, Sabtu masuk hari ketiga. Semalam, kegiatan hamba ALLAH sama saja, seperti hari-hari yang lalu. Hari ini berubah mendadak.

Musim cuti disini dan dimana saja agaknya sama saja. Program utama masyarakat pada  musim cuti ialah khenduri "walimat ul urus".

Teruna dan dara yang selama ini berhubung sebagai kekasih dan tunangan dinaikkan taraf secara resmi, secara sah disisi agama. Dari "kekasih" kepada "tunang".  Dari tunang kepada suami isteri. Untuk jadi suami isteri  perlu di aqad nikahkan dengan pengurusan dari sistem ILAHI.

Saya ada tiga majlis khenduri walimah  hari ini. Majlis meraikan pengantin baru musim cuti terasa sangat kehebatannya. Khenduri sana sini.

Bentuk khenduri ada juga perbezaannya. Di Kelantan, bermula dengan jemputan bersurat dari penganjur majlis walimah yang biasanya ialah ibu dan bapa.

Dahulunya surat jemputan hadhir kemajlis kenduri kahwin ini di panggil "surat ngeleng". Orang yang  dijemput kemajlis khenduri itu pasti kena ada bawa  "ngeleng".  Ngeleng ini bersifat "hadiah" kepada penganjur. Ngeleng dimada dulu yang sempat dengan saya ialah dengan bawa beras secupak kemudian berubah gula sekilo.  Sekarang duit RM 10 yang bergantung kepada kemampuan seseorang yang dijemput.

Kini ramai majlis walimah berbentul "Majlis Kesyukuran". ..."makan free"

Suasana berubah.

Isnin, 21 Ogos 2017

masjid uthmani

"Al-HamduliLLAH" , selaku Pengerusi Pembinaan MASJID UTHMANI Kampung Kolam, saya bersyukur kerana pembinaan Masjid Uthmani fasa 3 dapat diteruskan.

Terkini, pembinaan lantai ruangan solat seluas 50 kaki lebar dan 60 kaki panjang diteruskan. Beberapa warga Myanmar bekerja secara manual.

Dari segi keutamaan, ruangan solat  dalam sebuah masjid adalah ruangan utama.  Masjid setinggi 4 kaki.

Dengan tidak dinafikan, ruangan dan struktur lain  pun penting sebagai ruangan dan struktur sokongan dan pelengkap.

Semuanya penting seperti sebuah pasukan.  Namun ruangan solat dikatakan istimewa kerana istimewanya amalan solat. 

Apa kurangnya bersuci dan berwudhu yang menjadi syarat solat. Untuk itu perlu persediaan.

Justeru, bersedialah untuk berjihad, "tadhiyyah" berINFAQ "infaq". Hakikatnya, dengan adanya pembinaan sesuatu institusi keagamaan ianya merupakan "pintu-pintu" kebajikan dan kebaktian bagi hamba ALLAH yang  ingin beramal soleh.

Yang tentunya, RM 400 ribu diperlukan. Keperluan untuk bumbung saja perlukan RM 100 ribu.

Dari mana  nak dapatkan dana ini. Tentunya dari tuan puan sekelian. Hubungi  saya jika perlu maklumat lanjut.

Inya ALLAH SWT.

Sabtu, 13 Mei 2017

pas bertegas membentuk

SEMALAM, PAS memutuskan "tahaluf siyasi" dengan PKR. Berbagai reaksi kedengaran. Berhadapan sesuatu isu masing-masing melihat dari sudut masing-masing.  

Mahukan keuntungan pihak yang diwakilinya dan situasinya. Semuanya bergantung kepada rumusan dan keputusan pemimpin masing.

Alasan mesti ada. Paling tidak untuk ahli parti masing-masing dan serentak untuk masyarakat umum. Walau apa yang terjadi keputusan mesti di buat.

PAS mesti mengemukakan alasan ISLAM  dan benar disisi ISLAM. Kemuncak keputusan  hendaklah diambil kira  ISLAM dan mewakili ISLAM. Keputusan bukan semata untuk ahli dan rakyat umum tetapi yang paling utama ialah untuk mendapat keredhaan ILAHI.

Ketegasan bahawa keputusan yang dibuat adalah demi manfaat ISLAM, untungkan ISLAM dan umat ISLAM. PKR telah melakukan kesalahan terhadap PAS dan dasarnya.

Perlakuan PKR tidak untungkan ISLAM maka buat apa PAS bersama bertahaluf siasi bersama PKR.

Ahli PAS dan pemimpin PKR mesti akur realiti ini. Untuk mencari untung bersama carilah dan  bertindaklah dengan mengambil kira ISLAM.

Ikut rujuk pakar dalam agama jangan ikut pakar dalam politik bertempik berteriak dijalanan.

Ini keputusan POLITIK MATANG SEJAHTERA PAS !

Sabtu, 25 Mac 2017

belajarlah anak-anakku


Selamat belajar kembali. Penggal baru, penggal kedua bermula hari ini di Kelantan dan di negeri seumpamanya. 

"Anak-anakku, belajar bersungguh-sungguh"  "Masa depan anda ditangan anda dengan izin ALLAH SWT".
ALLAH SWT memerintahkan hambanya supaya belajar, menuntut ilmu. Ilmu yang utama yang wajib dipelajari ialah ilmu ma'rifah iaitu mengenal ALLAH. Untuk mengenal ALLAH ia bermula dengan ilmu asas mengenal huruf hijaiyyah. 

Ainul Fatihah Mujahidah darjah 5, Ahmad Fathan JunduLLAH darjah 2 dan Ainul Fatihah Solehah kelas Pra. Kesemua mereka di Sekolah Rendah Islam ( Arab ) Ittihadiah Tanjung Pagar, Ketereh. 

Abang kepada mereka semua, sulung Ahmad Fathi Rabbani 14, tahun ini 2017 telah masuk tahun  ke 2 menghafaz al-Qur'an di Madrasah Quran Kubang Bujuk, Serada, Terengganu. "InsyaALLAH abang Tah akan jadi seorang hafidz...."Aameen"

Perancangan adalah sesuatu yang diizinkan ALLAH SWT. Kita bermohon kepada ALLAH SWT untuk merancang dan mohon kepada ALLAH SWT supaya perancangan kita berjaya dengan izin ALLAH SWT jua.

Bahasa pendidikan orang tua, "aku tak ada harta nak ditinggalkan, lalu aku hantarkan kesekolah, dapat ilmu, ilmu itulah hartanya"

ILMU itu masa depan.  

raja jembal "tunjuk bisa"

"Baik, bagus, setuju dan suatu tindakan yang tepat",  tindakan keluarga Allahyarham TGNA yang membuat lapuran polis terhadap pihak dan yang menggunakan  nama Almarhum untuk menarik sokongan orang ramai supaya menyokong dan menyertai PAN. Ini jelas sekali !. Kesannya negatif dan buruk kepada keluarga Raja Jembal itu dan kepada PAS khususnya.

Tentu sekali  keluarga Almarhum dan ahli PAS terfikir kerana Almarhum TGNA meninggal dunia dalam PAS dan ketika itu Almarhum sebagai Mursyidul 'Am PAS. Tiba -tiba pihak PAN membuat program berkaitan Almarhum yang mentafsirkan pemikiran Almarhum secara yang dikehendaki yang sesuai dengan pemikiran dan  parti mereka yang kini menentang PAS secara terbuka. Sedangkan nilai pemikiran Almarhum adalah tidak boleh dipisahkan dengan PAS.

Ada diantara mereka yang telah berani ber "kalau" iaitu "kalau Tok Guru Nik Aziz ada tentu Tok Guru akan sertai PAN".  Ramai yang sakit hati dan marah dengan "kalau" ini. Jelas, ia suatu ucapan yang melampau. Mengatakan "kalau" sedemikian bukannya suatu hujjah yang benar. Tapi hujjah yang tidak benar ini digunakan untuk menunjukkkan beliau memahami siapa Almarhum dan mereka nak sifatkan PAS itu tidak benar.

"Terima kasih" diatas kejelasan pemikiran dan pegangan dasar keluarga "Ayah Ziz". Mereka bimbang kerana dengan lemahnya penghayatan dan pengorbanan mereka "bekas ahli dan pemimpin PAS itu menjadikan PAS boleh pecah. Tidak mustahil, hubungan kekeluargaan boleh juga pecah disebabkan sentimen ini.

Cukuplah PAN, jujurlah. Buatlah sesuatu yang disukai. Tak payah sebut dan libatkan orang yang meninggal dunia. Walaupun ini bersifat pemikiran dan politik semasa, bukannya harta pesaka tetapi ancaman pecah dan perpecahan keluarga boleh berlaku. Apatah lagi kerana ahli keluarga "Ayah Ziz" telah menghidu bahawa ada antara keluarga Almarhum yang cenderung kepada PAN. 

Banyak lagi perkara harmoni yang boleh dibuat.