Selasa, 5 September 2017

taaruf diluaskan

Berfikir. Terus berfikir. Lalu muncul apa yang difikirkan. Kemudian fikir macamana nak buat. Saya perlu perkenalkan diri. Saya yang sedang bina MASJID UTHMANI perlu perkenalkan diri sebagai PENGERUSI PEMBINAAN MASJID UTHMANI. 

Apa "orang kata" bila saya / kita meletakkan gambar saya / kita dalam blog seperti ini.

Jawapannya ;
Dari gambar apa pun, dimana orang yang melihat boleh baca siapa kita.

Jawab ; Terserlah apa orang nak dibaca tentang siapa kita. Saya ada matlamat meletakkan gambar disini.

Saya meletakkan gambar saya disini adalah dengan niat dan perancangan supaya ia menjadi sebahagian dari teknik TAARUF antara kita.

Senang untuk memperkenalkan diri. Ada blog...(  blogspot ) ada FB...ada twitter. Yang atas nama peribadi dan atas nama Masjid Uthmani. Hulurkan kad lalu dibaca. Terutamanya tentang MASJID UTHMANI.

Adalah diharapkan ia tidak menjadi masalah di akhirat dan didunia pun tiada masalah antara hamba. "Insya ALLAH"

telah pergi yang di sayangi

Saya memulakan dengan rasa syukur dan  bangga kerana semasa hayatnya almarhum mengenali saya.

Itulah almarhum Ustaz Fadhil yang saya kenangi. Mula mengenali beliau sewaktu beliau berkunjung ke Mansoorah, Markaz Jamaat -E -Islami, Lahore. 

Ketika  itu saya sedang belajar di Jameah Asyrafiah Lahore. Muslim Town dengan Mansoorah sejauh 10 kilometer. Kebetulan saya menjadi Amir Persatuan Malaysia  Lahore dan sahabatku Solehan jadi Timbalan.

Keduanya telah pergi menemui ILAHI dan kini bersama rahmat ALLAH dialam barzakh.

daging singe

Tahun 1438 H ini. Saya merasa-rasakan bahawa ALLAH SWT telah "menyekat" sedikit nikmat. 

Saya telah setahun dihidapi  gelaja darah tinggi. Takut saya memakan daging. Menjadikan  saya takut makan "daging singe" kesukaan saya. 

Ramai berpendapat bahawa daging bermasalah kepada mereka yang bergejala darah tinggi. Saya kurang setuju pendapat itu. Terutama daging kambing kerana daging kambing itu makanan Rasulullah SAW.

Jadi, masalahnya bukan daging tapi resepi. Jenis makanan apa ?. Masakan "daging singe" sedap sekali. Tetapi mesti kemasinan sikit rezepinya kerana nak disesuaikan dengan nasi yang tawar. 

Masakan masin dan nasi yang tinggi karbohiderat semuanya bermasalah kepada saya. Doktor kata, "nasi makan sikit, secawan sahaja setiap kali makan". Sabar diri ku. 

Justeru, Eid Adha tahun ini  saya  terpaksa "stop" makan daging. Tak makan daging korbanlah saya !!. "Masya ALLAH".

Penakut dan tidak bertawakkalkah saya ?

boleh infaq

Saya telah meWAKAFkan sebahagian tanah milik saya seluas 7000 kaki persegi untuk tapak MASJID UTHMANI Kampung Kolam.

Pembinaan fasa 3 kini diteruskan. Pembinaan lantai peringkat atau lapis pertama telah selesai. Lantai ini adalah RUANGAN SOLAT seluas 50 x 60 kaki persegi.

Bagi hamba ALLAH SWT  yang ada rancangan untuk berkebajikan bina masjid disini disertakan nombor akaun di RHB Bank atas nama MASJID UTHMANI .

                    " 2-53025-0000563-0 "

Dipersilakan secara hormatnya untuk bina masjid untuk agama dan masa depan kita sendiri. "Insya ALLAH"

Khamis, 31 Ogos 2017

arafah 1438

Moga2 doa dan sangka baik kita kepada ALLAH diterima "dimakhbulkan". Tentunya semuanya mengharapkan "kehasanahan"  didunia dan diakhirat.

Yang tidak berada di Arafah dan yang berada di Arafah sama saja matlamat kehidupan ini. Berkata "sama saja" bagi yang mengerti dan memahami "kehidupan" insan tidak menjadi masalah.

Perbezaannya satu saja, "berada di Arafah hari adalah rukun kehidupan muslim, rukun ISLAM. Manakala kelebihan hamba yang melaksanakan rukun ISLAM ini doa dihari dan di Padang Arafah  tidak ditolak oleh ALLAH SWT.

Keseluruhan kerja-kerja HAJI itu kemuncaknya adalah ARAFAH. Kelebihan HAJI yang diterima adalah haji MABRUUR. 

Manakala haji mabruur tiada balasan lain kecuali syurga. ALLAH SWT menjanjikan syurga !

Kepada hujjaj yang sedang melaksanakan rukun ISLAM ini yang menjadi tetamu ALLAH ar-Rahman "dhuyufur Rahman", anda adalah hamba yang bertuah. Moga-moga tuah itu membawa ke akhirat. "Aameen"

Rabu, 30 Ogos 2017

amanah ILAHI

Sejak sekian lama, telah di jadikan berita yang bermatlamat "sempit kepartian".  Sempit yang nak maksudkan sebagai suatu kelemahan dan kekurangan. Boleh dimaksudkan sebagai suatu kesalahan dan kejumudan.

Tidak salah untuk dimaksudkan "sempit" disini  sebagai suatu kecacatan dan kebatilan malah menyesatkan, sesat fikiran.

Sudahlah sempit, menjadi lebih sempit bila di lihat dan diolah dari sudut "kepartian".  Jadi, bertambah sempit apa yang diutarakan. Boleh disimpulkan sebagai "sempit menyempitkan".  Kemuncak "kesempitan" jadi hilang kebenaran.  Inilah yang amat mendukacitakan.

Kesepatutannya, bila ada suatu ucapan atau kata-kata yang Mat Saleh kata "stateman" sesuatu pihak tidak kira pihak mana pun yang melibatkan ilmu,  yang  tidak difahami atau sukar difahami rakyat maka tindakan pencerahan  oleh pemerintah hendaklah dilakukan.

Pemerintah boleh memanggil tokoh yang mengeluarkan kata-kata dalam suatu majlis FORUM PERDANA NEGARA dan fukuskan perbincangan forum kepada berita dari kata-kata tersebut.

Terbaiknya disertai bersama oleh pihak yang menjaga sesuatu bidang dalam negara. Jika ucapan HAJI HADI yang nak dijadikan berita dan nak  dibincangkan kerana ucapan itu berstatus ucapan keagamaan maka tokoh agama bagi pihak  pemerintah dan tokoh agama "yang berkecuali" hendalah disertai bersama.

Alangkah baiknya jika dibuat FORUM PERDANA NEGARA disiar secara langsung.  Progran ini hendaklah di matlamatlan dengan  tujuan "pemerintah menjaga agama rakyat", untuk rakyat celik dan cerdik  agama resmi negara. 

Rakyat muslimin tahu tentang  agamanya dan yang bukan muslim tahu tentang  agama resmi negara.

Begitulah kesepatutannya layanan pemerintah kepada apa yang dinamakan AMANAT HAJI HADI sejak 1982 dahulu. 

Apa  yang berlaku, pemerintah mengikut rentak seorang peniaga ahli PAS yang mencetak sebahagian ucapan  HAJI HADI dan menamakan AMANAT yang dijual kepada penyokong PAS dan anak murid HAJI HADI.

Pemerintah  merasakan ada keuntungan jika mengeksploitkan ucapan  itu dengan matlamat supaya rakyat tidak menyokong dan mengikuti apatah berpegang dan memperjuangkan AMANAT itu.

Yang diharapkan pemerintah, rakyat  sokong parti pemerintah lalu boleh kekal lama ditampuk pemetintahan.

Kesannya hari ini rakyat masih jahil tentang apa yang dinamakan AMANAT itu. Dulu sejak ucapan itu dikeluarkan sebagai AMANAT.

Orang yang paling tidak faham dan menentang ucapan itu ialah Dr. Mahathir. Kini, hari ini pun Dr. Mahathir masih tidak faham. Apakah tidak faham hingga ke akhir hayatnya ?

Apa yang diucapkan HAJI HADI dalam AMANAT itu ialah tentang 'aqidah ISLAMIAH dalam perkara "BATAS-BATAS IMAN dan KUFUR".

Ilmu ini sepatutnya difahami secara WAJIB. Ia adalah asas 'AQIDAH ISLAMIAH bukan ucapan politik untung memancing ubdi semata. Apa yang diucapkan  ada dalam kitab-kitab TAUHID.

Untuk memahaminya perlu difahami dengan hujjah al-Qur'an dan al-Hadith.

Ucapan itu bukan ucapan kepartian semata tetapi ia adalah ucapan dakwah dan jihad...ucapan 'aqidah dan tauhid serta usuluddin al-ISLAMIAH

Isnin, 28 Ogos 2017

takhdir pokok durian

Asalnya enam pohon pokok durian disekitar tapak Masjid  Uthmani. Dalam gambar ini adalah yang terakhir boleh di rekodkan. Yang lain telah hilang dibakar. Yang ini pun akan dibakar jadi abu.

Pokok durian yang dimaksudkan ini ditanam oleh almarhum ayahanda di sekitar tahun 1990 an. Pada masa ini saya masih belajar di Pakistan.

Ayah tanam durian ini di celah-celah pokok getah. Diatas tanah seluas tiga ekar  ini semuanya dipenuhi oleh pokok getah. Ringkasnya, dari hasil pokok getah inilah ayahanda menghantar perbelanjaan  saya  semasa masa belajar.

Nasib batang durian ini tidak bertuah. Terpaksa jadi abu. Bila di tolak oleh jentolak maka tamatlah riwayat pokok durian ini. Pada awalnya saya telah maklumkan kepada seorang yang dipanggil Pak Su Haji yang kerjanya membuat "kotak jenazah". 

Entah macamana batang durian ini dari hari kehari, dari bulan ke bulan tidak diurus  oleh Pak Su Haji. Terbiat tanpa hitam putih. Dia tidak maklumkan kepada saya.

Saya pun tidak  buat tindakan susulan untuk menetapkan bagaimana kesudahan batang durian ini. Akhirnya saya terpaksa buat keputusan untuk bakar bagi tujuan untuk membersih kawasan Masjid Uthmani ini.

Jadi abu, itulah yang saya katakan "tidak bertuah" batang durian ini.