Jumaat, 8 September 2017

kerenah angkuh

Dulu DAP dengan dasar perjuangan mereka menentang Kerajaan UMNO - BN dalam perkara yang melibatkan pentadbiran dan ekonomi.

DAP mendesak supaya menghapuskan 'Dasar Ekonomi Baru'  DEB. Kini DAP mencampuri urusan agama ISLAM. Banyak perkara yang bersifat keagamaan khususnya agama ISLAM dipertikaikan, dikritik dan saranan-saranan yang bersifat permasalahan dan perkara  dalaman  penganut ISLAM.

Rabu, 6 September 2017

gambar FB

Lanjutan "lebarkan  taaruf" dengan bermatlamat untuk mencapai matlamat bersama mencari redha ILAHI. 

Semuga anda yang dijemput ALLAH sempat melayari laman web peribadi saya ini www.ustazfikrikelantani.blogspot.com saya bersyukur kerana dapat kita berkenalan dengan lebih lanjut.

Saya ditakhdirkan, dianugerahkan ALLAH dapat memiliki sedikit ruangan tanah diatas muka bumi NYA diilhamkan ILAHI bersedia me WAKAF fi sabiliLLAH untuk  membina sebuah masjid, MASJID UTHMANI.

UTHMANI adalah sempena nama moyang saya OSMAN. Osman, ada anak lelaki iaitu datuk saya iaitu Awang. Awang ada anak Siti Che Jah. 

Dari ibu saya Siti Che Jah saya dapat memiliki tanah seluas 3 ekar. Dari 3 ekar ini "sebahagian" nya saya meWAKAFkan untuk  tambahan pembangunan ; (1) Sekolah Menengah Agama ( Arab ) Darul Ulum Al-Muhammadiah Kg. Kolam yang terletak dibawah Yayasan Islam Kelantan, Kerajaan Negeri Kelantan seluas 50 depa (2) Masjid Uthmani seluas 7000 kaki persegi dan (3) Pejabat PAS Cawangan Kolam seluas 30 × 40 kaki persegi. "Al-hamduliLLAH".

MASJID UTHMANI bererti berada disebelah Sekolah Menengah Agama ( Arab ) Darul Al-Muhammadiah.

Besarlah harapan agar saudara seaqidah seperjuangan dapat membantu usaha pembangunan pembinaan MASJID UTHMANI. "Insya ALLAH"

Terima kasih

dia ku serahkan kepada DIA

Jam 6 petang ini. Sampai dirumah dari urusan biasa. Anak perempuan "kakak" yang ditugaskan buka pintu.

Saya dan ibunya, isteri belum turun dari kereta. Tiba-tiba terdengar, "abi, balik kerumah ke pagi tadi ? "..."pintu bilik depan tempat rehat itu abi buka ke ?", tanya kakak.

Saya naik keatas rumah dan meneliti. Memang ada kesan rumah dipecah masuk.

Alangkah  kecewa dan marah dengan perlakuan  jahat ini.  Sebelum eid adha baru ini pun telah "dia" pecah masuk.

Mudahnya "dia"  masuk rumah aku. Saya masih mendiami rumah pesaka warisan ayah bonda. Rumah berdinding kayu, berjendela "nacco" bercermin. Sebelum raya baru ini jendela "nacco" dicabut cermin dan dibuang besi penghalang.

Rumah baru kami baru siap tapak "ikat 9" berhampiran  MASJID UTHMANI. Bila rumah itu siap tidak tahu !

Kali ini macamana ? Masuk bawah rumah dan patahkan lantai yang reput. Lalu masuk keruang bilik utama. Keluar keruang rehat dan masuk terus keruang tamu. Lalu "dia" keluar semula dari rumah melalui lantai dan terus keluar dari kawasan rumah.

Pintu yang diguna keluar dari bilik utama keruang rehat itu ditinggalkan dalam keadaan  terbuka. Itulah yang menyebabkan terkejut meluru anak perempuan tadi

Agaknya "dia" amat memerlukan RM. Mungkin sekiranya "dia" seorang pekerja sebagai pembantu mekanik dan sekiranya terlibat pula dengan "ubat sedap tidur", perlukan  RM yang banyak untuk susu anak walau seorang dan perlu "ubat sedap tidur" yang tidak mencukupi.

Siapa saja tidak cukup RM. Tapi WAJIB dijalan HALAL. Saya tidak tinggalkan RM dirumah samada ketika keluar sekejap atau lama. Barangan lain kali ini tidak diambil.

Memang perlukan RM !

"Duduklah elok-elok, jaga agama rezeki akan murah".
"insya ALLAH"

kampung ku

Kampung Kolam adalah nama sebuah kampung. Sekali dengar panggilan kampung yang dikaitkan dengan kolam semacam sebuah kampung yang diatas kolam atau dalam sebuah kolam.

Tidak, kampung saya bernama Kampung Kolam kerana dikampung ini terdapat sebuah kolam seluas 9 ekar. Luasnya sebuah kolam menjadi punca dipanggil  kampung yang berkolam luas.

Bagaimana sekarang kolam itu ?. Dulunya kolam yang dalam dipenuhi semak samun dan  pokok sagu.   Kini setelah melalui dan berlalu  puluhan tahun kolam bersemak samun bersagu ditukar status kepada sebuah kolam untuk pertandingan joran.

Itulah sebab kampung saya beroleh nama.

Selasa, 5 September 2017

bongsu terkini

Ainul Fatihah Mardhiyyah nama anak bongsu. Dilahirkan 2 tahun 5 bulan yang lalu.

Pada mulanya payah nak jumpa dan pilih untuk buat keputusan nama MARDHIYYAH. Nama AINUL FATIHAH telah jadi kesemua nama anak. Yang bezanya MUJAHIDAH dan SOLEHAH serta MARDHIYYAH.

Mardhiyyah, sempena nama bidadari yang paling cantik dalam syurga. Cantik itu yang ketiga. Yang pertamanya "yang deredhai NYA", yang kedua, "dalam syurga" dan ketiga "Mardhiyyah" selepas Mujahidah dan Solehah.

Bagaimanalah masa depannya ? Berumur 5. Selebihnya adalah umur ku 50 an. Jauh perbezaanya.Dengan umur  saya sebegini, berapa lama lagi saya boleh kedepan ? "Itu urusan ALLAH SWT". Serah pada ALLAH. Jangan dijadikan itu permasalahan. Semua ibu bapa memikirkan masa depan anakndanya. Perancangan dan rasa nak melihat masa depan berlaku didepan mata. 10 tahun lagi Mardhiyyah berumur 12 tahun, darjah 6 sekolah rendah. 

"Ya ALLAH, ku pohon pajangkanlah umur hamba MU dengan kebajikan dan ketaqwaan"

"Ya ALLAH ...jadikan anak-anak kami anak yang soleh bertaqwa, mengetahui faqeh tentang  agama  MU dan memperjuangkan kebenaran MU" ...."Aameen"

binaan ukhuwwah dan penjagaan

Di  stesyen kereta api Lahore. Ramai bersama sahabat baik semuanya ini. Bila ramai begini tentulah ada perkara penting. Tentu sekali kerana ada sahabat yang nak balik Malaysia.

saya dan keluarga

Fikri bin Awang
Roslawati binti Hamzah
Ahmad Fathi Rabbani Fikri
Ainul Fatihah Mujahidah Fikri
Ahmad Fathan Jundullah Fikri
Ainul Fatihah Solehah Fikri
Ainul Fatihah Mardhiyyah Fikri

"Ya ALLAH, hidup dan bahagikanlah kami dengan iman...matikanlah kami dengan iman"