"SAMPAIKAN" ....seruan RABBINA, "walau satu ayat" disepanjang zaman yang mudah walaupun ia suatu perkataan PERJUANGAN yang berat. HAMBA laksanakan ini dengan pengAMATan rasa tanggungjawab diri yang serba kerdil dan dhaif yang mengharapkan REDHA ILAHI semata. Mari kita bersama menuntut REDHA NYA.
Rabu, 20 Ogos 2014
ALLAH Yang Maha Menguji
Selasa, 22 Oktober 2013
tahniah rakyat dan kerajaan negeri kelantan
PAS telah 23 tahun memerintah Kelantan. Ketika UBN jatuh dulu tahun 1990 saya berada dan bertakbir di tingkat bumbung asrama pelajar luar di Jameah Asyrafiah Lahore.
Pengumuman keputusan pilihan raya ketika itu diikuti melalui siaran radio yang terputus-putus siarannya. Ketika itu tiada lagi FBook, blog dan lain-lain yang canggih seperti hari ini.
Sahabat-sahabat yang bersama merasai kemenangan dari bumi Lahore di bumbung asrama Jameah Asyrafiah antaranya ialah Dasuki Haji Daud, Farhan, Mohd Jamil, Amri Khalid dan Abdul Rahim Latif.
Sahabat lain ; Solehan ( almarhum ), Hazmi, Musaddak, Fauzi, Nordin, Kashuadi, Shamsuddin dan lain-lain di Maahad Syed Abul A'la Al-Maududi.
23 tahun ialah umur pemuda. Bererti ayah kepada pemuda ini sekarang sudah 73 jika diandaikan 23 tahun dulu berumur 50 tahun.
Itulah masa. Dan mereka yang memenangkan Kelantan dulu kini telah merasa kemanisan hidup dan perjuangan berpemimpinkan seorang ulamak dan dibawah "Kepimpinan Ulamak PAS" berbanding dengan kepimpinan parti kebangsaan UMNO.
Moga-moga pendokong dan ahli PAS bersama bersabar dibawah "Kepimpinan Ulamak".
Isnin, 7 Oktober 2013
sekejap saja, "mudah lupa"
Selasa, 2 April 2013
nilai rakyat 1 malaysia
Berbagai telahan diperbincangkan. Ada perbincangan berfakta dan ada disebaliknya. Teruskan perbincangan jangan 'percincangan' ...
Isnin, 26 November 2012
ujian lagi ! ... mungkinkah ada lagi ?
Lulus ujian bererti berjaya menjaga dan meningkatkan keimanan. Lalu ALLAH terus menguji kedudukan iman yang dikatakan meningkat itu.
Kita semua kenal dengan musuh kita itu.
Isu bola, yang paling banyak disebut ialah nama Rajagopal !. Ketika itu anda mungkin lupa kepada golongan yang sentiasa menang sehingga terkini iaitu golongan " addhalliin " dan golongan " al-maghdhuub "
Ingatlah bahawa perjuangan yang diamanahkan kepada kita ialah untuk mengalahkan golongan tersebut
Pelajari dan kajilah Surah Al-Fatihah kerana ia mengajar tentang hakikat kehidupan dan ujian dari Allah SWT
Selasa, 18 September 2012
ainul fatihah solehah Fikri
Solehah nama panggilan harian yang dilahirkan pada 11/11/11 jam 3 pagi Jumaat setelah menanti dengan penuh debaran sejak beberapa hari sebelum tarikh tersebut.
Bererti saya mempunyai dua puteri. Kakaknya, 6 tahun diberi nama Ainul Fatihah Mujahidah. Kedua-duanya Ainul Fatihah. Yang berbezanya ialah antara Mujahidah dan Solehah
Diharap anak-anak kita memberi manfaat yang sebenarnya kepada agama. Amin. Semua ibu bapa mempunyai harapan yang tinggi terhadap anak-anaknya. Hasrat untuk mendapat dan melakukan kebaikan adalah fitrah. Ia adalah anugerah Allah SWT. "Al-HamduliLLAH "
Justeru, sebagai lanjutan dari kefahaman bahawa ia adalah anugerahNya mak marilah kita mendekatkan diri kepadaNya keran disisiNya hakikat kebaikan. Kebaikan adalah hak milik mutlak Allah SWT.
Bagi saya, yang sedang membina sebuah masjid yang diberi nama MASJID UTHMANI [ www.masjiduthmani.blogspot.com ] tentunya mengharap anak-anak menyambung menjaga ' r u m a h ALLAH ' ini.
Berasaskan kefahaman dan keyakinan ini maka saya terlebih dahulu mengucapkan " terima kasih " kepada anda selaku hamba Allah SWT yang sempat melayari blog ini dan blog MASJID UTHMANI. Satu lagi blog / laman web masjid ialah www.masjiduthmani.com
Tema pembinaan masjid ini ialah MEMAKMURKAN BUMI ALLAH. Maka sesiapa yang ingin membantu saya dan hakikatnya membantu diri sendiri bolehlah memasukkan kedalam akaun MASJID UTHMANI atau hubungi saya ' FIKRI ' 013-99 764 99.
Terima kasih.
Sekian



