Tak rasa tak tahu
"SAMPAIKAN" ....seruan RABBINA, "walau satu ayat" disepanjang zaman yang mudah walaupun ia suatu perkataan PERJUANGAN yang berat. HAMBA laksanakan ini dengan pengAMATan rasa tanggungjawab diri yang serba kerdil dan dhaif yang mengharapkan REDHA ILAHI semata. Mari kita bersama menuntut REDHA NYA.
Isnin, 26 Mac 2018
Ahad, 25 Mac 2018
Masjid Uthmani
Setelah selesai ruangan yang luas 50 x 60 kaki persegi, kini tinggal sikit lagi diruangan tepi.
Mozek berwarna cream ini di sumbang oleh seorang hamba ALLAH.
Jadual pembinaan akan datang ;
(1) Bekalan letrik
(2) Siling
(3) Cermin pintu dan jendela
(4) Bekalan air
(5) Tandas
(6) Bilik mandi
(7) Tempat wudhu termasuk kolah
(8) Carpet
(9) Kipas
(10) Air Cond
(11) Sistem siaraya (12) Jeriji
Dari senarai yang disebut, banyak lagi DANA RM diperlukan. Jadi, memerlukan bantuan dan sumbangan mukminin dan mukminat yang berkeupayaan dan berkeinginan berkebajikan.
Tak tahu
Doktor pun tak tahu apa nama penyakit yang ada dihujung ibu kaki kanan sebagaimana dalam gambar.
Tentunya ia suatu penyakit kerana ia diluar dari normal....kebiasaan. Jika dilihat ada bintik-bintik macam "tuat".. ketumbuhan tapi kata doktor, "kenapa "tuat" tumbuh dihujung ibu kaki". Kata seorang doktor yang saya temui 22 March 2018, Khamis lalu.
Dari suasana "doktor tak tahu" itu, hari ini Ahad...3 hari selepas jumpa doktor itu kini bintik putih jadi hitam dan bertambah banyak. Apa ni ? "Tak tahu"
Jika dirasa, disentuh di tempat yang kelihatan luar biasa tu terasa sakit. Tak disentuh tak rasa sakitnya.
Agaknya ini antara kesan dibetes !
Sabtu, 24 Mac 2018
Petai
Petai khabarnya bermanfaat. Boleh membantu untuk tambah baik kesihatan. Terbaik untuk mereka yang mengidap dibetes.
Tidak diketahui sejauh mana fakta dan kesan positif dari sudut sains untuk membantu pesakit dibetes.
Yang masyhurnya kata-kata yang diulang-ulang dalam 'perbualan kosong', "petai jadi ubat" bagi pengidap kencing manis.