Sabtu, 30 Jun 2018

Tun Razak

Dulu begitu

Exercise

Mesin

Tok Kenali

Adakah ini Tok Kenali ?

Kukuhkan UKHUWWAH

Dengan sahabat sejati dalam perjalanan hidup dan perjuangan. Bertemu sekali sekala sambil makan berborak mesra terasa hebatnya ukhuwwah ISLAMIAH yang terbina.

Sahabat adalah harta peribadi kita yang paling tak ternilai harganya.  Jagalah sahabat dengan sebaiknya.

Dalam persahabatan, walau pun  payah untuk mewujudkan rasa kasih dan hubungan yang kukuh namun mudah pula garis panduan yang ditinggalkan RasuluLLAH SAW iaitu "cakap yang baik atau diam". Bersahabat selama mana pun sahabat tidak akan bermasalah dengan kita jika kita beramal dan menghayati mutiara pengajaran insan kamil itu.

Isnin, 25 Jun 2018

Perpisahan 1988



Gambar yang tak terduga masih ada. Dijumpai terselit dalam sebuah buku. Gambar 1988, yang diambil oleh siapa saya  tak tahu. 1988 hingga  2018, 30 tahun masih elok lagi.

Saya berucap dalam MAJLIS PERPISAHAN dalam bilik kelas di Sekolah Menengah Agama ( Arab ) Darul Ulum Al-Muhammadiah Kolam  sehari dua sebelum berangkat ke Pakistan untuk belajar.

Saya rasa diri saya bertuah dapat berkhidmat di sekolah ini. Sebelum ke Pakistan saya  jadi guru di sekolah ini. Kawan rapat yang memberi semangat saya untuk belajar ialah Al-Fadhil Ustaz Hassan Ibrahim, Ustaz Ahmad Ishak, Ustaz Rodhi Jaafar, Ustaz Munir Ghazali, Ustaz Zamri Ghazali, dan Ustaz Yusif Jaafar. Rasa syukur yang tidak terhingga

Benar sabda RasuluLLAH tentang keutamaan bersahabat dengan orang baik. Bila berkawan dengan orang baik maka kebaikan itu boleh tumpah kepada siapa yang berkawan dengannya. Pengaruh mereka semua menyebabkan saya ada kekuatan untuk belajar keluar negara. 

"Al-HamduliLLAH", kepada ALLAH dipanjatkan kesyukuran yang tidak terhhingga.

Ibu dan anak

Dua beranak... ibu dan anak. Hajjah Roslawati Hamzah dan anak sulung kami AHMAD FATHI RABBANI FIKRI.

Syukur kehadrat ILAHI kerana anaknda sanggup mengikuti pengajian bidang  tahfiz di MADRASAH QURAN KUBANG BUJUK, Kubang Bujuk, Serada.

Kini telah hampir 3 tahun anaknda AHMAD FATHI RABBANI disini. Kami berdua bersama anak yang lain selalu ziarah.

Gambar ini diambil ketika ibu dan anak nak ucap selamat tinggal. Kini, 10 Syawal adalah awal tahun atau permulaan bagi sess baru 1439 H.

Anaknda, selamat belajar ...menghafaz.

Tok Saboh

Kuliah dhuha Masjid Tok Saboh