Memaparkan catatan dengan label Darul Ulum Al-Muhammadiah Kolam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Darul Ulum Al-Muhammadiah Kolam. Papar semua catatan

Sabtu, 10 Februari 2018

Darul Ulum Al-Muhammadiah

Darul Ulum Al-Muhammadiah yang terletak di Kampung Kolam adalah sebuah sekolah agama hak milik Yayasan Islam Kelantan. Bererti ia adalah hak milik Kerajaan Negeri Kelantan.

Sekolah ini asalnya terletak di Pondok  Muhammadiah atau Pondok Tuan Guru Haji Awang Padang ( Pondok Tok Ayah Awang Padang ) Kampung Kolam.

Saya masih ingat lagi diwaktu saya diperingkat sekolah rendah. Pada waktu pagi saya belajar di Sekolah Kebangsaan Kolam dan waktu  petang bermula jam 1 hingga 6 petang belajar disini.

Guru saya ketika itu ialah Allahyarham Ustaz  Haji Zakaria Kasim yang mengajar Bahasa Arab, Allahyarham Ustaz Haji Shamsuddin Abdul Rahman yang mengajar Feqah dan Haji Tahir Awang yang mengajar Khat.

Yang Amat Berhormat Datuk Muhammad Asri Haji Muda merasmikan sekolah ini pada 1971.

Pada 1998 Darul Ulum Al-Muhammadiah di pindahkan di sebelah tanah milik. Nasib baik saya, dengan takhdir ALLAH terbina  MASJID UTHMANI.

Sabtu, 9 Disember 2017

pertemuan kerana ALLAH

Berpisah pada 1988, ditakhdirkan 6 Disember 2017 dapat berjumpa dengan sebahagian penuntut SMU Darul Ulum Al-Muhammadiah Kampung Kolam.

Pertemuan yang sungguh bermakna. Kenal rupa tapi nama tak ingat. Ingat nama rupa tak ingat.

Semua telah jadi "orang tua" walaupun muda-muda lagi. Ada beranak lima..tujuh "murah rezeki"