Ahad, 17 Julai 2011

akhir sebuah penghidupan

Allah SWT menjadikan semuanya secara berpasangan.  Dalilnya firman Allah SWT dalam Surah Yasin ayat 34 bermaksud, " Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan semuanya berpasangan, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui "

Kewujudan berpasangan itu ternyata dalam kehidupan kita.  Paling besar dalam kehidupan ialah 'hidup' itu sendiri dan pasangan kepada hidup ialah 'kematian'.

Kehidupan dan kematian adalah suatu pakej anugerah Allah SWT kepada hambanya.  Ianya suatu pakej dari Kekuasaan dan Keadilan Allah SWT Yang Maha Kuasa dan Yang Maha Adil.  

Allahyarhamah Lo' Lo' telah menemui dan bersama dengan kematian setelah terlantar di rumah sakit beberapa hari.



Kematiannya suatu kehilangan kepada PAS.  Beliau adalah pemikir, perancang dan penggerak PAS.  Beliau adalah AJK PAS Pusat dan Yang Berhormat PAS Kawasan Titiwangsa.

Jelas bahawa kematian itu adalah pasangan kepada hidup dan kematian adalah suatu permulaan kepada suatu perjalanan yang amat jauh namun ianya amat sukar untuk bertapak kukuh dihati. 

Bukti bertapak kukuhnya ingatan dan keyakinan kepada sebuah kematian ialah pengisian kepada kehidupan dengan amalan soleh dan jihad membersihkan jiwa raga sebelum menemui Allah SWT.

Semoga roh Allahyarhamah Dr. Lo' Lo'  bersemadi bersama dengan roh mereka yang solehah dan mujahidah. Amin