Khamis, 20 Disember 2018

Melayu terhimpit

Rungsing resah rasanya melihat dan mengenang bangsa Melayu yang kini terhimpit di setiap posisi.

Dari sudut politik, akhlak, pendidikan dan yang tentunya itu semua terangkum dibawah keagamaan, al-ISLAM.

Penilaian ini mungkin berbeza antara kita. Namun, jika di teliti wujudnya perbezaan ini pun adalah suatu yang meresahkan.

Ramai yang melihat dan menilai bukan dari sudut keagamaan sedangkan ISLAM sebagai agama fitrah untuk sekelian hamba ALLAH telah menjelaskan haram dan halal.

Hebatnya pendidikan dan  pengawalan ISLAM terhadap hamba, di antara halal dan haram itu syubhat. Menyimpulkan, siapa yang jaga syubhat itu adalah orang yang menjaga agamanya dan dirinya yang beragama.

Rabu, 5 Disember 2018

Sebar IMAN

Hari ini dalam sejarah, kali kedua saya mengkritik tentang kebersihan. Kali pertama 10 tahun lalu tentang sampah sarap di depan premis "popia stadium".

Semalam saya kritik kekotoran tempat pembuangan sampah di depan "kedai tayar ustaz" yang serentak di hadapan 4 buah premis kedai makan.

Saya kritik berserta beberapa keping gambar sebagai bukti dan disertai cadangan. Saya nak menduga kerana pihak Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam tentu amat tahu "Kebersihan dari IMAN" dan Majlis Perbandaran ISLAM tentu ingin menjaga dan menyebar IMAN !.

Mujahadah

Syukur pada ILAHI. Setelah dimaklumkan oleh Pegawai Kesihatan, doktor yang merawat pada temu janji tempuh hari bahawa organ buah pinggang telah rosak dan berada pada "tahap 3" hamba ini telah dikurniakan kekuatan untuk bermujahadah dalam pengambilan makanan dan minuman.

Tidak pernah lihat sejak terkena dibetes, FBS setiap jam enam pagi pada tahap umumnya kurang dari 10 iaitu 5.0.

Diketika hendak tidur, paling tinggi 13 dan kebanyakannya RBS kurang 10. Malah beberapa kali HYPO. Makan dan minum terbaik kerana hanya makan nasi hanya separuh senduk dan langsung tidak minum air manis dari gula putih dan susu pekat manis. Juga peranan keberkesanan insulin amat jelas !

Sabtu, 17 November 2018

ICERD

ICERD adalah rancangan kuffar yang diasaskan pada 1960 an. Jauhnya perancangan kuffar. Hari ini kita MUSLIMIN di Malaysia menghadapi masalah. Masalah masa depan ISLAM yang berhubungkait dengan ICERD.

Asasnya, sama rata dikalangan manusia diterima ISLAM. Setiap bangsa tidak boleh menzalimi bangsa yang lain kerana rasa lebih hebat dan mulia. Dalam ISLAM, yang mulia disisi ALLAH ialah mereka yang bertaqwa.

Ahad, 21 Oktober 2018

Jangan begitu

Seorang Mahathir, Tun Dr. Mahathir Perdana Menteri Malaysia itu telah pun bersedia apa yang akan berlaku pada dirinya.

Tun M telah lama melalui onak perjalanan likuan hidup. Seorang tua yang telah lasak dan masak jiwa, hati dan mindanya.

Mungkin beliau tidak menduga ada dikalangan rakyat Pulau Langkawi yang kurang ajar dengan dirinya.

Secara peribadi, walau kurang setuju dengan Tun M tetapi tidak patut bangsa  Melayu tidak beradab sedemikian. Keluar majlis ketika Tun M masih  duduk disitu. Tidak patut sekali, "saya tak setuju".

Kita, orang Melayu boleh marah dan boleh tegur pemimpin. Sila marah dan tegurlah kerana ALLAH. Jangan tegur dengan cara tidak beradab Melayu.

Dengan relax Tun M sebut "boleh letak jawatan" walaupun itu yang paling disukai dan dijagai Tun M. Bila Tun M sebut tentang "letak jawatan", riuh se Malaysia.

Keriuhan ini akhirnya menenggelamkan isu lain dan semua pihak lain "dihukum bersalah".

Tun M yang menang juga !

Khamis, 23 Ogos 2018

Korban rancangan LGE

Kepada saudara dan  sahabat ku di Pulau Pinang. Maaf dipinta.

"Kepada saudara ku di Pulau Pinang, hati-hati takut termakan daging dari LGE yang nak korbankan hang".

Itu kata-kata ku sekejap tadi dalam posting terakhir hari ini.

Di Pulau Pinang sedemikian !

Rabu, 25 Julai 2018

Kubah MASJID Uthmani

Kubah MASJID Uthmani

Tahniah PAS

Tahniah PAS...Tahniah !!
Dewan Undangan Negeri Pahang yang menyaksikan suara PAS bergema membawa kebenaran ISLAM.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang dari PAS yang sedang bersidang kini telah membawa cadangan supaya hari Jumaat dijadikan hari cuti umum bagi negeri Pahang. Usul ini ditolak setelah mendapat tentangan dari ADUN yang mewakili DAP dan BN.

Namun TAHNIAH PAS

Perlu saya rakamkan disini "Tahniah kepada Ustaz Shahril Azman, ADUN Jengka. Ustaz Shahril adalah teman sebilik semasa belajar di Jameah Farooqiah, Karachi. 

Rabu, 18 Julai 2018

Kenangan sedih

Terpaksa keluarnya dari istana dengan hati yang teramat sedih. Kesedihan ini juga dirasai oleh mereka yang memahami dan merasai erti sebuah kejatuhan. Sehingga ke hari ini, bagi yang memahami ISLAM dan DAULAH sangat amat terkesan yang mendalam dengan kejatuhan itu.

Jatuh, atas nama dan sebab apa, kesannya amat mendalam. 

Benar..setuju

Benar Farith Zul. Setuju sangat

Ziarah

Tahfiz Al-Hamadiah, Kadok

Sabtu, 7 Julai 2018

Tak percaya

Saya terkejut tengok tajuk berita ini. Ada juga rasa tak percaya. Timbul rasa marah bila nak percaya.

Betulkah Zainuddin Mydin sedemikian ?. Kalau betul apa muslihat beliau ?. Matlamat apa beliau buat saranan sedemikian kepada pemerintah.

Lebih jauh, terfikir-fikir "apa agama dia ?". Dia berfahaman apa ?. Setahu saya sedikit tentang beliau. Beliau bekas seorang wartawan dan bekas Menteri Penerangan dari UBN dizaman Mahathir.

Apa salah orang ISLAM hafaz al-Quran ?. Nak hafaz al-Quran mesti di madrasah.

Lemah memikirkannya.

Jumaat, 6 Julai 2018

Ujian besar

Ujian besar bagi seorang ibu. Ibu yang mengandungkan anak 9 bulan. Rasa kasih dan sayang ibu adalah kemuncak dari kasih sayang.

Yang terkeluar dari rasa kasih dan sayang ialah mereka yang  terlibat dengan  kerja terkutuk membunuh anak ini. 

Dimana kemanusiaan anda  ?. Tiada sedikit  rasa kasih kepada anak kecil yang tiada salah apa !!. Itulah antara maksud tidak berperikemanusiaan.

Kemuncak kekejaman

Kejam...jahat tidak berperikemanusiaan. Sanggup membunuh baby berusia 5 bulan. Kemuncak kejahatan dan kekejaman manusia yang melakukanya.

Apa yang dapat setelah berjaya lakukan sedemikian ?. Soalan yang bukan dituju kepada yang dituduh itu ? Apatah lagi kepada anda ?. Tidak, soalan ini tidak kepada anda. Soalan itu hanya ada dalam fikiran saya semata !!

Rabu, 4 Julai 2018

UG

Sejak sekian lama, PAS dituduh "UG" dengann  UMNO.  BUKAN sekadar  dituduh tapi tuduhan itu serentak dengan FITNAH terhadap PAS.

APA yang berlaku terkini, Kerajaan PH Kedah mendapat bantuan UMNO. Begitu juga kerajaan PH Perak.

Hasil kePERCAYAan masyarakat Pantai Barat kepada ISU ini ( UG ) menyebabkan PAS jatuh tertimbus di Negeri Selangor.

Tapi, PAS tidak sedemikian. Itu fitnah terhadap PAS. Terbukti, apa yang berlaku di Kedah dan Perak.

Selasa, 3 Julai 2018

Najib mantan PM

Antara yang tersebar kepad awam...rakyat Malaysia dan dunia tentang DSNajib, mantan PM Malaysia yang telah ditahan oleh pihak berkuasa SPRM, jam 2:30 petang pada 3 Julai 2018.

Antara tuduhannya ialah sedemikian yang tertulis. Pagi ini beliau dibawa ke Mahkamah  untuk dibaca pertuduhan tersebut.

Malam tadi DSNajib terpaksa tidur dalam lokup SPRM. Semua ini adalah kerana beliau dan isterinya. Kesian !!!

Minuman terbaik

Minuman terbaik untuk kita semua. OLIVE LEAF adalah dari kebaikan yang diiktiraf al-QURAN.  ALLAH SWT bersumpah dengan makhluk NYA, OLIVE.

Ahad, 1 Julai 2018

SALAM Takziah

Kematian pertama dikalangan Yang Berhormat selepas PRU-14. Almarhum Shuhaimi Bin Haji Shafiei yang mewakili PKR Sungai Kandis, Selangor. 

Salam TAKZIAH kepada seluruh keluarga Almarhum Shuhaimi. Tabahlah menghadapi ujian ILAHI ini. 

Tahniah sahabatku

Ustaz Shahril Azman al-Hafiz angkat sumpah sebagai AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI JENGKA.

Kepada ALLAH kembali

Dik, sabarllah. Dik, hentikan sikap itu. Dik,  Pak Cik kesiankan adik.  Itulah padahnya.
Rugi dik. Rugi dunia akhirat.

HUSAM gugur

Husam gugur kali ke berapa ?. Mungkinkah akan gugur seterusnya ?

Nikmatnya bersaudara bersahabat

PUTERA 1975 - 79
NIKMATnya berSAUDARA dan berSAHABAT. TAJUK  dan TEMA yang saya sendiri beri untuk mengenangkan nikmat  persaudaraan ISLAM dan bersahabat secara ISLAM.

Sabtu, 30 Jun 2018

Tun Razak

Dulu begitu

Exercise

Mesin

Tok Kenali

Adakah ini Tok Kenali ?

Kukuhkan UKHUWWAH

Dengan sahabat sejati dalam perjalanan hidup dan perjuangan. Bertemu sekali sekala sambil makan berborak mesra terasa hebatnya ukhuwwah ISLAMIAH yang terbina.

Sahabat adalah harta peribadi kita yang paling tak ternilai harganya.  Jagalah sahabat dengan sebaiknya.

Dalam persahabatan, walau pun  payah untuk mewujudkan rasa kasih dan hubungan yang kukuh namun mudah pula garis panduan yang ditinggalkan RasuluLLAH SAW iaitu "cakap yang baik atau diam". Bersahabat selama mana pun sahabat tidak akan bermasalah dengan kita jika kita beramal dan menghayati mutiara pengajaran insan kamil itu.

Isnin, 25 Jun 2018

Perpisahan 1988



Gambar yang tak terduga masih ada. Dijumpai terselit dalam sebuah buku. Gambar 1988, yang diambil oleh siapa saya  tak tahu. 1988 hingga  2018, 30 tahun masih elok lagi.

Saya berucap dalam MAJLIS PERPISAHAN dalam bilik kelas di Sekolah Menengah Agama ( Arab ) Darul Ulum Al-Muhammadiah Kolam  sehari dua sebelum berangkat ke Pakistan untuk belajar.

Saya rasa diri saya bertuah dapat berkhidmat di sekolah ini. Sebelum ke Pakistan saya  jadi guru di sekolah ini. Kawan rapat yang memberi semangat saya untuk belajar ialah Al-Fadhil Ustaz Hassan Ibrahim, Ustaz Ahmad Ishak, Ustaz Rodhi Jaafar, Ustaz Munir Ghazali, Ustaz Zamri Ghazali, dan Ustaz Yusif Jaafar. Rasa syukur yang tidak terhingga

Benar sabda RasuluLLAH tentang keutamaan bersahabat dengan orang baik. Bila berkawan dengan orang baik maka kebaikan itu boleh tumpah kepada siapa yang berkawan dengannya. Pengaruh mereka semua menyebabkan saya ada kekuatan untuk belajar keluar negara. 

"Al-HamduliLLAH", kepada ALLAH dipanjatkan kesyukuran yang tidak terhhingga.

Ibu dan anak

Dua beranak... ibu dan anak. Hajjah Roslawati Hamzah dan anak sulung kami AHMAD FATHI RABBANI FIKRI.

Syukur kehadrat ILAHI kerana anaknda sanggup mengikuti pengajian bidang  tahfiz di MADRASAH QURAN KUBANG BUJUK, Kubang Bujuk, Serada.

Kini telah hampir 3 tahun anaknda AHMAD FATHI RABBANI disini. Kami berdua bersama anak yang lain selalu ziarah.

Gambar ini diambil ketika ibu dan anak nak ucap selamat tinggal. Kini, 10 Syawal adalah awal tahun atau permulaan bagi sess baru 1439 H.

Anaknda, selamat belajar ...menghafaz.

Tok Saboh

Kuliah dhuha Masjid Tok Saboh

Lakaran MENJADI lakaran hidup

Akan muncul MADRASAH TAHFIZ QURAN UTHMANI Kampung Kolam. "InsyaALLAH"

Ahad, 17 Jun 2018

Khamis, 14 Jun 2018

SAMPAI masanya

Ucapan keGEMBIRAan dan ucapan keMENANGan setelah berjaya menunaikan TITAH PERINTAH ILAHI iaitu ibadat asy-syiam dibulan RAMADHAN. "Al-HamduliLLAH".

Selepas Ramadhan kita meneruskan hidup kita dalam bulan baru Syawal dengan jadual dan program baru. Bulan Ramadhan yang lalu, ibadat yang utama khusus ialah ibadat asy-syiam.

Dari asy-syiam, yang terLEBIH khusus pula ialah MELAWAN HAWA NASFU. Melawan nafsu aalah merupakan rukun kehidupan insan beriman.

Dalam Ramadhan yang lalu, bagi mereka yang mampu telah menINFAQ sebahagian dari kurniaan ILAHI dengan mengadakan  majlis IFTAR. 

Gambar dibawah kelihatan hamba ALLAH berdoa selepas solat maghrib pada 27 Ramadhan lalu di PUTIK  Kelantan. 

Sebelum Ramadhan lalu, pada 9 Mei bagi hamba yang telah cukup umur 21 tahun yang  berdaftar sebagai pengundi telah meLAKSANAkan keIKHLASan mereka beKERJA dan meMILIH parti mana yang menjadi pilihan. 

Saya bukan saja menDAFTAR tapi telah beKERJA untuk meMENANGkan HARAKAH ISLAMIAH. Bekerja melawan nafsu dengan seKADAR yang MAMPU khususnya untuk memPERTAHANkan Kelantan. 

"Al-HamduliLLAH", hasilnya PAS, sebagai parti ISLAM dan HARAKAH ISLAMIAH mempertahankan kemenangan diKelantan.

Semasa PRU14 yang lalu, seruan BANGKIT PERTAHAN KELANTAN diizinkan ALLAH. PAS menang "istimewa" kerana berjaya mempertahankan Kelantan dari serangan dua penjuru besar  iaitu dari UBN dan PAN dibawah gabungan PAKATAN HARAPAN.

Kemenangan PAS khususnya di Kelantan dan di Terengganu dan dimana saja adalah kemenangan dengan penat lelah MELAWAN NAFSU. Ia bukan perlawanan dan pertembungan yang mudah, ringan dan ringkas.

Selepas dua kemenangan ini, kita selaku hamba beriman di minta meneruskan hidup dengan berlawan iaitu LAWAN NAFSU.

Perlawanan dengan nafsu adalah PERLAWANAN SEPANJANG ZAMAN yang cukup luas ruang lingkupnya yang tidak terikat  dengan masa dan program.

Lawan tetap lawan. Menang kalah hanya satu iaitu MOHON keredhaan  ILAHI. Perlawanan yang benar selayak dan kesepatutannya memohon keredhaan ILAHI.

Ahad, 10 Jun 2018

Sejarah...sejuk HATI

Solat hajat menyambut kemenangan dan mengasaskan pembinaan mempertahankan kemenangan secara ISLAM.

Saya dan 9 Mei18

PRU-14

Telah lama berlalu PRU-14. Ia berangsung pada 9 Mei 2018 lalu pada hari Rabu. Saya baru nak berblog semula setelah lama tidak berblog. "Saya dan 9 Mei" nak dijadikan bahan tulisan diblog ini.

Pilihanraya bertujuan untuk membentuk suatu kerajaan dan telah berkeputusan resmi telah diwarta terbentuk sebuah kerajaan iaitu Kerajaan PAKATAN HARAPAN.

Sebuah kerajaan yang benar-benar baru yang menggantikan Kerajaan BARISAN NASIONAL yang didominan atau didokongi UMNO yang telah kalah pada PRU-14 ini.

Saya, diamanah sebagai Pengarah Unit Peti Kolam yang dibawahnya ada tiga cawangan PAS iaitu PAS Cawangan Kolam Atas Pasir, Cawangan Kolam Pondok dan Cawangan Mak Mayong. Terletak dalam Dewan Undangan Negeri Jelawat dan Parlimen Bachok.