Isnin, 26 November 2012

ujian lagi ! ... mungkinkah ada lagi ?



Ujian ALLAH SWT



Apa yang saya fahami ;  yang sukar dan sulit ialah meningkatkan  dan mempertahankan keimanan. Sulit mempertahan dan meningkatkannya.    Sedangkan kerja mempertahankan keimanan dan meningkatkan keimanan adalah kerja utama si mukmin

Sifat keimanan umat tidak sama dengan keimanan para ambia'. Namun, kesulitan ini bukanlah suatu yang mendukacitakan kerana ia sememangnya telah menjadi 'jadual' Allah SWT.

Ujian adalah  sebahagian dari  'jadual pentadbiran' Allah SWT.  Termaklum, bahawa ujian adalah besar matlamatnya disisi Allah SWT.  Allah SWT sentiasa melakukan penyaringan dalam menentukan keimanan hamba NYA. Sejauhmana ketaatan dalam pengabdian hamba.

Lulus ujian bererti berjaya menjaga dan meningkatkan keimanan. Lalu ALLAH terus menguji kedudukan iman yang dikatakan  meningkat itu. 

Tujuan saya meleretkan bahasa saya kali ini setelah lama tidak berblog ialah untuk menyatakan bahawa Mesir, bumi ambia' dibawah pentadbiran Dr. Morsi bergolak lagi.  Subhanallah ...

Pergolakan adalah ujian dan saringan dari NYA.   Pertembungan sesama sendiri adalah ujian yang besar risikonya.  Yang sentiasa merancang untuk menggagalkan Dr.Morsi ialah musuh 'disebelahnya' yang baru minggu lepas membunuh ratusan rakyat Palestine. 

Kita semua kenal dengan musuh kita itu.

Mereka itu adalah golongan yang telah dilaknati Allah SWT.  Tetapi menghairankan kerana terdapat mereka yang setiap hari mengutuk golongan ini tetapi sebaluknya mengikut dan merujuk kepada golongan ini.

Sebagai hamba Allah SWT yang cintakan Islam dan perjuangannya, sama-samalah kita memohon dari Allah supaya memberi pertolongan kepada pejuang-pejuang Islam di bumi Mesir itu. 

Berkebetulan dengan pergolakan di bumi Mesir itu, di bumi Malaysia hari 'hidup' dengan isu yang mungkin 'mematikan' pasukan Harimau Malaya setelah kalah ditangan Singapura 3 - 0 malam tadi.

Sepatutnya kita berbicara isu yang lebih besar lagi. Isu di Mesir ada kaitan dengan maruah kita selaku seorang mukmin. 

Isu bola, yang paling banyak disebut ialah nama Rajagopal !. Ketika itu anda mungkin lupa kepada golongan yang sentiasa menang sehingga terkini iaitu golongan " addhalliin "  dan  golongan  " al-maghdhuub " 

Ingatlah bahawa perjuangan yang diamanahkan kepada  kita ialah untuk mengalahkan golongan tersebut

Pelajari dan kajilah Surah Al-Fatihah kerana ia mengajar tentang hakikat kehidupan dan ujian dari Allah SWT