Ahad, 25 Mac 2018

Masjid Uthmani

Setelah selesai ruangan yang luas 50 x 60 kaki persegi, kini tinggal sikit lagi diruangan tepi.

Mozek berwarna cream ini di sumbang oleh seorang hamba ALLAH.

Jadual pembinaan akan datang ;
(1)  Bekalan letrik
(2)  Siling
(3)  Cermin pintu dan jendela
(4)  Bekalan air
(5)  Tandas
(6)  Bilik mandi
(7)  Tempat wudhu termasuk kolah
(8)  Carpet
(9)  Kipas
(10) Air Cond
(11) Sistem siaraya                                                  (12) Jeriji

Dari senarai yang disebut, banyak lagi DANA RM diperlukan. Jadi, memerlukan bantuan dan sumbangan mukminin dan mukminat yang berkeupayaan dan berkeinginan berkebajikan.

Tak tahu

Doktor pun tak tahu apa nama penyakit yang ada dihujung ibu kaki kanan sebagaimana dalam gambar.

Tentunya ia suatu penyakit kerana ia diluar dari normal....kebiasaan. Jika dilihat ada bintik-bintik macam "tuat".. ketumbuhan tapi kata doktor, "kenapa "tuat" tumbuh dihujung ibu kaki". Kata seorang doktor yang saya temui 22 March 2018, Khamis lalu.

Dari suasana "doktor tak tahu" itu, hari ini Ahad...3 hari selepas jumpa doktor itu kini bintik putih jadi hitam dan bertambah banyak. Apa ni ? "Tak tahu"

Jika dirasa, disentuh di tempat yang kelihatan luar biasa tu terasa sakit. Tak disentuh tak rasa sakitnya.

Agaknya ini antara  kesan  dibetes !

Sabtu, 24 Mac 2018

Petai

Petai khabarnya bermanfaat. Boleh membantu untuk tambah baik kesihatan. Terbaik untuk mereka yang mengidap dibetes.

Tidak diketahui sejauh mana fakta dan  kesan positif dari sudut sains untuk membantu  pesakit dibetes.

Yang masyhurnya kata-kata  yang diulang-ulang dalam 'perbualan kosong', "petai jadi ubat"  bagi pengidap kencing manis.




Selasa, 20 Mac 2018

Rabu, 14 Mac 2018

Putera

Sahabat 1970an, di SMK PUTERA ; Abdul Halim, Abdul Rahim, Hasnan dan Haji Man pada 14 March 2018 lalu datang menziarahi ku.

Sejak 1979 berpisah di PUTERA tak pernah jumpa. Ketika itu baru 17 tahun, kini setelah umur melepasi separuh abad berjumpa kembali.

Alangkah sayangnya kepada sahabat semasa muda-muda dulu. Aku peluk dan cium mereka.

Dengan mereka ; dulu selalu makan minum, bersukan, bertegang leher dan ber"geng" ala dan gaya sekelas dan sebumbung sepersekolahan. 

Kini setelah tua bertaut kembali dengan kematangan beranak dan bercucu.