Rabu, 22 November 2017

kepatuhan dan ketaatan

Hubungan baik dalam keluarga perlu sentiasa dibentuk dan bina selalu.  Hubungan ibu dan anak serta hubungan bapa dan anak. Ada yang sama dan berbeza bentuk dan caranya.

Anak-anak perlu di beritahu selalu. Ketaatan dan kepatuhan adalah perkara utama yang perlu ada pada anak-anak. Kegagalan anak memahami hukum wajib taat kepada kedua ibu bapa  adalah merupakan satu kegagalan yang mendasari dan bahaya kesannya.

Kadang-kadang anak perlu diberitahu kesalahan mereka  dengan sikap "sedikit garang". Perlu disampaikan kemarahan kita sebagai bapa atau ibu.

Yang paling ditakuti anak ialah dengan merotan. Rotan bila dikenakan dipaha, betis dan punggung ada rasa sakitnya yang tersendiri.  Memang "kesakitan" dari rasaan dirotan itu yang dikehendaki oleh yang merotan.

Siapa yang tak pernah kena rotan ditubuh bererti tiada yang merotannya samada ibu atau bapa atau guru. Bererti, tiada kesalahan yg selayak dirotan.

Tak kena rotan sebab tiada kesalahan yang sesuai dengan kesalahan. Manakala rotan pula, yang  makin halus makin sakit.

Yang paling berkesan untuk diingati oleh anak ialah "kena rotan".  Sebab apa ?. Sebab "sakit" ... "sakit sangat"

Di Malaysia, merotan jadi isu. Ibu bapa tahu anak "sakit" bila dirotan. Ibu bapa tentu amat simpati  pada anak yang dirotan kerana ibu bapa mana yang tidak kasihkan anak. Kasih kepada anak sehingga pihak lain "tak boleh sentuh" dengan rotan.

Lagi pun ibu bapa merasakan hanya  mereka yang layak merotan anak mereka walau pun dirumah mereka tidak pernah memarahi anak mereka. Kerana tidak pernah memarahi anak itulah yang menyebabkan anak-anak "ada perangai" tertentu yang disifatkan sebagai satu kesalahan yang hukuman setimpalnya "hukuman rotan".

Anak-anak perlu ingat jika ibu bapa  meroyan itu tentulah anak mempunyai kesalahan yang besar dan berat.

Diharapkan, hanya dengan merotan  anak  itu tidak akan mengulangi kesalahan yang  sehingga digukum rotan itu.

Semuga memberi kesedaran dan kebaikan kepada semua pihak. "InsyaALLAH"

pengajaran petang ini

Petang ini sembang dengan AHMAD FATHAN JUNDULLAH ( AFJ ) anak ketiga berumur 8 tahun, darjah 2 di SRI Ittihadiah Tanjung Pagar.

Watak AFJ sama dengan watak anak-anak lain yang seperingkat umur dengannya. Sama berharap bermanja dengan ayah dan ibu.

Menerima arahan dari bapa dengan berbagai reaksi. Terutama jika "tak mahu". Tak mahu "buat". Tak mahu "ambil". Tak mahu "belajar Qur'an". Sebab yang berbagai-bagai ; "malas", "letih", "sakit kepala" dll.

Pihak bapa pula bila mengeluar arahan tentu menunggu kepatuhan dan ketaatan.

Ada yang dipatuhi dan ada yang di buat "deee". "Deee" adalah sifat yang paling banyak pada seumur sebegini.

Kita sebagai "boss" dalam keluarga nak berlagak macamana ?

Ahad, 12 November 2017

cabaran mencabar

PADA 11/11/11 yang lalu, bererti telah enam tahun umur anakku AINUL FATIHAH SOLEHAH ( AFS )

Sungguh mendebarkan bapa AFS ini. Bayangkan, ibunya pada hari itu tiga kali  masuk "dewan bedah" Hospital Raja Perempuan Zainab 2 Kota Bharu.

Masuk 9 pagi. Akhirnya keluar semula. Masuk 2 petang  pun keluar semula. Kenapa demikian ? Kerana  BP "tekanan darah" tidak stabil.

Sejak 9 November masuk ward menunggu untuk bersalin.  Masuk ward pun kerana "tekanan darah" tidak stabil.

Akhirnya doktor yang menyelia ibu AFS buat keputusan. Pembedahan sampai ketahap "wajib" dilakukan. Saya tidak faham kenapa keputusan sedemikian ?. Mungkin mengikut pandangan pihak pakar bahawa "tekanan darah" tak mungkin  turun dan stabil dan ia telah membahayakan anak dalam kandungan.

Pembedahan malam itu bermula 2 pagi.  Saya keseorangan diluar diruang menunggu. Hati amat berdebar dengan berbagai rasa dan kacauan hati. Ibu ke anak ... anak ke ibu ?

Al-HamduliLLAH, walau seorang diri, Surah al-Kahfi menjadi teman pada pagi itu.

Akhirnya, jururawat menolak  bawa keluar  baby. Itulah AINUL FATIHAH SOLEHAH enam tahun lalu dan hari ini beliau sihat.

Itu yang besarnya. Selamat.

Sabtu, 11 November 2017

pertahan tegakkan keyakinan

Tersilau di FACE BOOK akan kata-kata Ketua Menteri Pulau Pinang LGE yang juga Setiausaha Agung DAP, "banjir di Pulau Pinang bukan disebabkan pembangunan".

Saya komen juga kata-kata beliau di FB,  dengan menyebut bahawa "dia mula berskrew. Saya mengiya bahawa banjir itu bukan disebabkan pembangunan tetapi disebabkan ' kepada hotak kau '.

Tingginya "standard" pemikiran LGE sehingga nak "skrew" mangsa banjir dan pemerhati politik bahawa banjir itu tiada kaitan dengan kerja beliau.

Masa banjir di Kelantan beberapa tahun lepas juga LGE berlagak "tinggi" merendahkan Menteri Besar Kelantan.

Saya kena sebut bahawa keberanian LGE meneruskan usaha "menskrew" sasarannya kerana beliau yakin kepada dua perkara ;
(1) Beliau sudah ada Melayu yang sudah sedia "menYESkan" beliau.
(2) Watak-watak Melayu itulah yang membelanya.

Sebab itu beliau jadi angkuh sombong. Apatah lagi, doktrin beliau yang mendesak sedemikian.

Melayu Pulau Pinang "berubahlah saudara ku". PAS adalah terbaik untuk anda
"insya ALLAH"

Jumaat, 3 November 2017

merempuh benteng

AKTIVITI "Kuliah Jumaat Mingguan" atau "Kuliah  Dhuha Jumaat" adalah suatu medan penyebaran dan  pencarian ilmu serta tapak pembinaan pengaruh pihak penganjur. Tidak kira samada yang menganjur itu seorang individu atau dari sebuah pertubuhan atau persatuan. 

Di Kelantan, waktu dhuha adalah waktu "Kuliah Jumaat".  Di kebanyakan tempat dinegeri ini, kuliah dimulakan pada jam 9:30 pagi. Bagi membesar dan menggalakkan penyebaran ilmu, Kerajaan Negeri Kelantan sejak dizaman ATGNA telah mengisytiharkan hari Jumaat ialah "hari menuntut ilmu".

Ditengah-tengah bandar Kota Bharu di Jalan Dato Pati di isytiharkan sebagai MEDAN ILMU dengan "Kuliah Jumaat" ini dulunya  dikendali dan disampaikan oleh ATGNA sendiri.  Kini ia disambung oleh tokoh-tokoh pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan dan pemimpin tinggi PAS.

"Al-hamduliLLAH", boleh panjatkan pujian kepada ILAHI diatas nikmat ini. Tiada sebuah kerajaan yang melaksanakan usaha sebegini seperti Kerajaan Negeri Kelantan.

Diatas sifat cintakan agama dan perjuangannya, sepatutnya majlis-majlis ilmu dihadiri ramai tapi disebaliknya yang  berlaku. Di MEDAN ILMU tiada perubahan akan kehadiran "penuntut".  Sejak zaman ATGNA  ia sentiasa mendapat sambutan ramai. Mungkin kerana faktor majlis ini di tengah-tengah bandar.

Saya pernah mencadangkan  supaya pihak yang bertanggungjawab di Kelantan memperkasakan "majlis ilmu". Mesti meletakkan matlamat paling kurang di suatu Kawasan Parlimen diadakan satu kuliah  ilmu diwaktu dhuha yang istumewa itu.

Tentu ia tidak releven kerana sebuah  kawasan seperti Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan seumpamanya adalah sebuah kawasan yang luas.

Jika demikian, laksanakanlah "majlis ilmu" satu majlis disetiap Dewan Undangan Negeri [ DUN ]  seperti Jelawat, Perupuk dan Tawang dengan setiap satu Kuliah Jumaat.

Kawasan yang paling baik ialah dengab mewujudkan pada setiap Unit Peti Undi [ UPU ] satu "majlis ilmu".

Perlu disebut bahawa di setiap UPU perlu ada sekurangnya dua cawangan PAS. Manakala satu cawangan ada puluhan ahli. Maka ahli ini bertanggungjawab menghidupkan "Kuliah Dhuha Jumaat".

Paling tidak disetiap UPU akan keluar ahli sekurang-kurangnya 10 orang muslimin dan 10 orang muslimat menjadikan 20 orang ahli yang menuntut memahami dasar perjuangan ISLAM.

Telah dibincangkan bersama bahawa seumpama itu perlu penyertaan semua pihak yang terlibat

Namun, apa yang terjadi disebaliknya.  Saya menekankan bahawa, selain  dari Kuliah Jumaat itu sebagai suatu medan untuk mendapat ilmu wahyu rutin mingguan jadikan medan ini sebagai medan untuk MEREMPUH BENTENG dalam perjuangan ISLAM.

Kekuatan MEREMPUH BENTENG dari kalangan ahli tentu akan membuahkan kebaikan. Perjuangan ISLAM dilihat berpengaruh.

Dengan adanya penguasaan  suasana ahli HARAKAH menuntut ilmu menunjukkan kekuatan wadah dan pengaruhnya.

Setiap 'amilin perlu sedar dan berpegang teguh bahawa MEREMPUH BENTENG  adalah suatu dari bentuk keperibadian.

Apakah "benteng" yang perlu dirempuh dan kenapa perlu dirempuh ?. Dalam politik, sukar untuk merempuh benteng tersebut kerana adanya "politiking" yang berbagai.

BENTENG itu WAJIB di REMPUHI. Keupayaan MEREMPUH BENTENG itu adalah dari seorang yang berjiwa MUJAHID, bukannya dari "politikal kampungan". Jadilah "politikal islah".

Khamis, 2 November 2017

Melabur

Hari ini Jumaat,  3 November 2017 bermusafir ke Kubang Bujuk untuk menziarahi anak sulung AHMAD FATHI RABBANI yang sedang belajar bidang hafazan di Madrasah Al-Quran Kubang Bujuk.

Selepas mengalu-alukan Ustaz Amin yang akan menyampaikan Kuliah Jumaat Mingguan hari ini jam 10 pagi bertolak dari Kampung Kolam. Singgah solat Jumaat di Masjid Penarik.

Minggu depan saya sendiri akan menyampaikan kuliah. Setiap minggu gilir antara saya dan Ustaz Amin.

Masjid  Perpaduan Ummah ialah salah sebuah masjid di Kampung Kolam.  Saya bersama AJK Masjid Perpaduan Ummah membuat keputusan melancarkan kuliah ini sejak tahun 2011.