Sabtu, 23 September 2017

1439 H

Masuk hari ke 2 Muharram 1439 H. Masuk tahun baru HIJRAH kita mengingati hijrah baginda RasuluLLAH SAW.

Hijrah RasuluLLAH amat banyak untuk diambil pengajaran. Banyak pengajaran bagi umat untuk dilaksanakan dalam diri dan kehidupan. Juga pengajaran untuk perjuangan menegakkan ISLAM. 

Hijrah  tidak boleh dipisahkan dengan pengorbanan. Pengorbanan mesti difahami dalam ruang lingkup yang luas seluas agama dan kebenaran  ISLAM itu sendiri.

Tengok, orang yang tidak memahami pengorbanan. Untuk berkorban dihari raya korban senang. Tetapi  untuk korban dalam masa yang lain dalam ruangan yang lain nampaknya payah dan sukar.

Isnin, 18 September 2017

telah kenal pasti masalah

Mereka yang terlibat dengan bahan haram yang memabukkan yang menyebabkan tragedi kebakaran dan kematian.
Ada akhbar yang menyebut berpunca dari ejek mengejek yang membawa kepada dendam.
Nak dikatakan ejek mengejek sebagai sebab dendam tidak boleh  diterima sebagai sebab utama. Dalam sebuah  rumah yang ada kanak-kanak atau remaja kita boleh yakin kanak-kanak dan remaja itu bila tamatnya sifat ejek-mengejek dikalangan mereka ?
Ejek mengejek adalah perkara biasa bagi kanak-kanak.  Itu sifat dan perangai  mereka. Yang tidak menjadi sifat dan perangai kanak-kanak ialah "terlibat dengan kes juvana" yang haram itu.
Itulah punca masalah.  Benda yang memabukkan sebagai punca masalah. 

Tidakkah ALLAH telah mengharamkan sejak sekian lama ! Oleh yang demikian, wahai yang berkuasa dan wahai rakyat Malaysia, ikutilah Yang Maha Berkuasa bagaimana jalan penyelesaian secara ILAHI.

Sabtu, 16 September 2017

belajar, faham, jujur dan insaflah


"TAHNIAH PDRM" kerana  dengan resminya "membongkar" mendedah lapurkan hasil siasatan dan punca kejadian,  kebakaran PUSAT TAHFIZ DARUL QUR'AN ITTIFAQIAH. "TAHNIAH"

Dalam entri saya yang lalu bertajuk "i'tibar untuk kita",  "Apa yang berlaku ini "KEBAKARAN" TAUFIQIAH, kita semua telah lihat dan faham. Masing-masing memberi pandangan dari sudut kefahaman tersendiri. Dari pandangan itu menjelaskan siapa yang memberikan pandangan. 

Yang peka dengan musibah ini memberi perhatian kearah mana yang nak dibawa dari sudut pandangan dan kepentinganya". 

Setelah PDRM mendedah dan membongkar  tahulah kita rakyat Malaysia akan keadaan sebenarnya. Kita yakin dengan lapuran PDRM.

Disini, saya ingin imbas kembali dimana kita : rakyat Malaysia dan khususnya mereka yang memberikan reaksi tentang musibah itu. Yang saya nak sebut disini dan nak tujukan ialah kepada mereka yang bermulut celupar. 

Ia bermula dari seorang bekas seorang Menteri. Diikuti hingga kerakyat awam.  
Saya amat kesal sebagaimana saudara kita yang kesal juga dengan kata-kata mereka yang mengatakan suatu kesimpulan hati  yang diluahkan dalam FB "tutup pusat tahfiz" dan kata-kata negatif kepada para guru tahfiz yang terlibat.

Walaupun "bersahaja" saya tertarik dengan saudara kita yang bersahaja mengatakan, "sekiranya nak diambil kaedah tutup" tutup jugalah hospital yang terbakar dan jalan yang rosak.

Soalan utama yang perlu hati yang bersih dan kotor seperti Zainuddin Mydin itu jawab ialah, "kenapa cepat mengambil sikaf yang negatif terhadap isu ini ? ".

Saya, dalam tajuk " I'tibar khusus untuk muslimin" saya katakan "Komen yang pandangan negatif perlu dielak sama sekali" Apa yang berlaku melibatkan semua pihak. Sekiranya siasatan terperinci mesti menemui sebab berlaku mesti berkaitan dengan faktor berikut
(1) berkaitan bekalan letrik dan bahan api -
 *kerosakan, **kesilapan cara pengendalian
 (2) kelakuan - *disiplin, perlakuan pelajar :*menggunakan barangan yang bahaya tanpa maklumat
 (3) dikhianati ...sabotaj
 (4) diluar jangkaan.

Hasilnya, hari ini kita tahu, bahawa "ada kaitan dengan DADAH". Dari hati dan fikiran yang rosak kerana dadah. Dari dadah inilah yang merosakkan hati dan fikiran. Usah sebut hal dendam, dengki, kata mengata, ejek mengejek dan lain-lain. Itu semua kerana dadah.

*dari sebahagian akhbar...media cetak hari ini 

Yang perlu dipelajari ialah hati dan minda. Hati dan minda yang mengajar mulut atau tulisan di Twitter, blog dan FB serta lain-lain cabang media.
Yang mengatakan perlu "tutup" itu mereka yang tidak terlibat dengan dadah tetapi hati dan fikiran mereka juga rosak dan jahat teramat sangat sekali.
Kerajaan Malaysia boleh dipuji dalam menangani isu TAUFIQIAH ini. Mengisytiharkan ... meluluskan 30 juta untuk "Pusat Tahfiz Swasta" di seluruh Malaysia adalah langkah "paling baik".
Ia selaras dengan ISLAM yang ada pada atau dalam perlembagaan Malaysia, sebagai "agama resmi" dan Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung sebagai  Ketua Ugama.
Suatu yang tepat dan adil untuk memberikan suatu layanan istimewa kepada seluruh Pusat Tahfiz Al-Quran.  Perhatikan ! dari bangunan dan perkara yang berkaitan dengan pembelajaran di Sekolah Menengan Sains dan Maktab Sains Mara diberi keutamaan. 
Maka apa kurangnya dengan pembelajaran penghafazan al-Qur'an ?. Anda kenali al-Qur'an ?. Mereka yang terlibat dengan penubuhan PUsat Tahfia Al-Quran  walaupun tidak mempunyai dana yang lengkap dan sempurna tetap ingin menyampaikan ilmu mereka dan ingin membina anak bangsa dan anak-anak seagama. 

Kebanyakan yang bercakap sombong dari hati yang busuk tidak mengerti dan faham al-Qur'an. Kerajaan Malaysia di zaman situa Mantan PM dulu cukup prejudis terhadap institusi agama. Adakah anda ingat, beliau memotong bantuan Perkapita kepada Sekolah Aga Rakyat dan mensifatkan Sekolah Agama Rakyat adalah "sarang pengganas" diikuti DS Najib pun pernah mengatakan demikian ! 
Jangan dibusukkan sangat hati !

*gambar dibawah tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati... ia hanya kebetulan semata ... disiarkan disini adalah disebabkan kecintaan ku kepada mereka semata....


Jumaat, 15 September 2017

i'tibar khusus untuk muslimin

SAUDARA KU. Kita ambillah i'tibar sebanyaknya. I'tibar adalah pekej tawaran  ILAHI.  Tentu seorang mukmin tenang dan ber "al-HamduliLLAH" dalam keadaan mana sekali pun.

MUSLIMIN perlu lihat dari sudut yang boleh mendatangkan kebaikan kepada warga muslimin dan negara Islam Malaysia.

Apa yang berlaku ini "untuk menguji siapa antara kita yang sebaik-baik amalan". Sebaik-baik berfikir, bermuhasabah, merancang dan bertindak seterusnya.

Yang bukan ISLAM, terbaik bagi mereka  ialah melihat "saudara mereka"  keluarga muslimin membincangkan, berkomentar dan bertindak untuk masa depan negara kita bersama.

Sekiranya ada idea dan pandangan bagilah pandangan yang "mendekatkan" antara kita "saudara se Malaysia"

Komen dan pandangan "negatif" perlu dielak sama sekali. Sering terjadi bila berlaku sesuatu musibah hidup suasana saling salah mempersalah. Terutama yang berfikiran "over politik".

Apa yang berlaku melibatkan semua pihak. Sekiranya siasatan terperinci  mesti menemui sebab berlaku yang berkaitan dengan faktor berikut ;
(1) berkaitan bekalan letrik dan bahan api - *kerosakan,  **kesilapan cara pengendalian
(2) kelakuan "disiplin", perlakuan pelajar : *menggunakan barangan yang bahaya tanpa maklumat
(3) dikhianati ... sabotaj :*
(4) diluar jangkaan

Apa yang menarik, "standard pentadbiran" Malaysia, setiap kali berlaku musibah ... kemalangan, ketika itu baru bising.

Senerio "pembangkang mengkritik", "kerajaan berlagak" memenuhi semua media seluruh  negara.

Semacam sebelum terjadi "minda beku" dan kecairan fikiran berlaku selepas musibah yang  teruk.
Musibah yang kecil dibiarkan saja.

Imbas kembali realiti apa yang saya katakan tentang "standard pentabiran". Dizaman Mahathir, sekolah agama termasuk madrasah tahfiz dianak tirikan malah dipandang serong.

Terakhir sekali bantuan perkapita kepada sekolah agama rakyat dihentikan. Permohonan penubuhan sekolah agama atau madrasah tahfiz tidak dilayan malah dihalang. Itu zaman Mahathir.  Najib pun masa pernah kata sekolah agama "sarang pengganas". Mungkin ini kerana masa itu nak ampu bosnya, Mahathir.

Kesepatutannya ; sebuah negara yang memartabatkan  ISLAM sebagai negara resmi amat dekat dengan institusi agama.

APA KATA "siapa pun", institusi agama wajib diperkasakan  tanpa prejudis

i'tibar untuk kita

Apa yang berlaku ini "KEBAKARAN TAUFIQIAH" kita semua telah  lihat dan faham. Masing-masing  memberi pandangan dari sudut kefahaman tersendiri. Dari pandangan itu menjelaskan siapa yang memberikan pandangan. Yang peka dengan musibah ini memberi perhatian kearah mana yang nak dibawa dari sudut pandangan dan apa kepentingannya. 

Media menamakan kesemua yang terkorban ini sebagai  "anak-anak syurga".  Saya setuju sangat dengan pemikiran terbaik dari pemikir yang menamakan dengan nama tersebut.

Nama yang memberi suatu pengiktirafan kepada al-QUR'AN, yang memberi galakan kepada hamba yang ingin mendorong anak-anak mereka supaya menghafaz al-Qur'an.

Juga menggambarkan pihak yang terlibat mengurus jenazah mangsa terkorban meletakkan mangsa ditempat yang tinggi, "syurga" yang dikehendaki dicita oleh semua orang beriman.

Dari segi teknikal, kubur yang dipilih  ialah kubur yang istimewa "Raudatus Sakinah". Kerajaan telah menangung kos pengkebumian mereka. Ada yang disemadikan disini dan ada dikampung mereka di Negeri Sembilan. Seorang tenaga pengajar, ustaz dibawa balik ke Kelantan.

Banyak i'tibar yang boleh didapati dari musibah ini. Tidak salah kita sama-sama menyebutnya demi keredhaan.

Khamis, 14 September 2017

musibah "ditetapkan ILAHI"

Pusat Tahfiz Darul Quran  ITTIFAQIAH di Keramat Hujung terbakar. Saya tersentuh  hati, menangis mengenangkan anak-anak kita yang mengalami musibah.

Dengan musibah ini, pelajar tahfiz, "senang dan jadi ahli syurga". Ini keyakinan kepada janji ALLAH.

Kepada seluruh  keluarga yang terlibat, saya ucap TAKZIAH. Sabar dan tabahkah menghadapi ujian ini. 

Tidak nak mempersalahkan siapa walau musibah ini ada kaitan, "mungkin" dengan sedikit kealpaan atau kecuaian.... "Tiada daya dan upaya untuk melawan takhdir  ILAHI"

Apa pun semuanya ada pengajaran. Sedih membayangkan anak-anak yang berpelukan takut, sakit kepanasan api membakar.

Tapi saya tenangkan hati, api sifatnya panas membakar tapi mungkin  ALLAH Yang Maha Kuasa menyejukkan mereka seperti "disejukkan Nabi Ibrahim".

ALLAH Yang Maha Mengetahui, Maha Adil. Semuga "syuhada' " Masrasah ITTIFAQIAH tenang disana. "Aameen"

Selasa, 12 September 2017

botakkan kepala

Esok, Rabu 22 Zulhijjah1438 bersamaan 11 September 2017, setelah bercuti 14 hari sempena Eid Adha anaknda Ahmad Fathi Rabbani akan lapur diri untuk meneruskan pengajian tahfiz di Madrasah Quran Kubang Bujuk ( MQKB ), Terengganu.

Hari ini "cukur kepala". Berkepala botak menjadi  syarat lapur diri. Dikehendaki sampai semasa dan boleh solat asar berjamaah di Masjid MQKB.

Insya ALLAH. Akan selamat dan ALLAH SWT permudahkan urusan perjalanan dan pembelajaran.

"Anakndaku Fathi. Belajar bersungguh-sungguh deh "insya ALLAH"


Isnin, 11 September 2017

inikah politik ?

Saya nak menulis tentang PAS, PKR, PAN dan UMNO serta sedikit tentang Dr. Mahathir. Jadi, tentang politik lah ? Tidak politik sangat tapi "sikit tentang ISLAM" iaitu tentang masa depan orang ISLAM dan ISLAM di Malaysia. "Insya ALLAH".

Saya bukan tokoh, pun tidak pakar tentang politik. Cuma nak tulis dari APA YANG SAYA AMATI untuk diamati bersama.

Bermula dengan PAKATAN RAKYAT ( PR ) yang telah pecah. Anggota  PR ini sebelum pecah ialah DAP, PKR dan PAS.


Selepas pecah, tinggal DAP dan PKR. PAN masih berada dalam kandungan lagi ketika itu. Tanya sikit, siapa ibu dan bapanyanya ? 

Berikutan "kekecewaan" dari kekalahan pemimpin PAS yang bertanding dalam Muktamar PAS telah mengubah senerio dalaman  PAS dan rentak  politik negara.

Tak perlu sebut tentang PASMA, cuma sedikit. Dari PASMA jadi PAN. Sebelumnya berbagai "isu" dalaman PAS yang bermula di Kedah yang menyebabkan PAS "berkocak" yang akhirnya  "retak" kepada "retak menunggu belah". Akhirnya pecah  berderai. 

Secara ringkas disebut sejarah atau rentetan ini. Diperingkat awal, apa yang berlaku boleh dipandang secara yang tersurat dan yang tersirat. Boleh disebut secara umum iaitu ;
TerSURAT, kritikan terbuka dan jarum halus pemimpin DAP kepada dasar politik PAS dan dasar tubuh PAS yang bertujuan untuk memecahkan "pakatan Melayu".

Begitu juga pemimpin PKR dan pemimpin PAS, bertaraf Timbalan Presiden PAS, AJK PAS Pusat bercanggah-canggahan secara terbuka dan mengkritik Presiden dan keputusan PAS.


TerSIRAT, PKR melakukan tindakan tanpa memaklum dan berunding dengan PAS selaku anggota PR disebabkan kukuhnya hubungan PKR dan DAP. Mereka ada agenda tersurat dan tersirat !

Dalam suasana itu, diera "asmara dana" pemimpin PAS yang kalah bertanding itu dengan kekaguman mereka kepada tokoh yang mereka kagumi itu boleh dan telah merubah keyakinan asal mereka

Sebelum mereka kalah banyak kenyataan tidak berprinsip dan tidak beradab serta tidak beradat resam sepasukan, "menikam sahabat dan saudara" dari belakang mengambarkan "tidak tsiqah atau hilang tsiqah" "sePAS" dengan ahli dan pemimpin PAS malah kepada Majlis Syura Ulamak PAS !

Wujud suasana yang amat serius yang sangat amat menggembirakan Lim Kit Siang dan Anuar Ibrahim dalam PR  bahawa "orang mereka" telah taat dan patuh sepenuhnya kepada mereka sehingga meninggalkan Presiden PAS dan Majlis Syura Ulamak PAS.

Bila PAS pecah, yang paling suka gembiranya ialah DAP dan PKR. UMNO lagi suka. Paling suka ialah Dr. Mahathir.

PAS amat dukacita dan luka dengan perpecahan ini. Tapi kematangan PAS menilai bahawa golongan yang keluar dari PAS itu adalah golongan yang bermasalah dalam PAS yang telah  berakar umbi sejak sekian lama yang dimulai dengan kemasukan seorang tokoh UMNO kedalam PAS yang menjadi egen tokoh tertinggi PKR.

Hakikat tersirat, mereka ingin menguasai PAS dan mengeluarkan golongan ulamak dari PAS. Tetapi tidak dapat lalu muncul plan kedua "pecahkan" PAS.

PAN ditubuhkan secara teknikal dan prosedur yang mudah. Ada kepimpinan PAN yang bertaraf YB "melarikan" kerusi yang mereka menangi atas nama PAS. 

Ada di peringkat Parlimen dan ada diperingkat DUN. Jadilah mereka wakil, YB  PAN dalam Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

Dikerusi sebegini tentu akan berlaku pertembungan antara PAS dan PAN. Tentu juga ditempat ini UMNO yang secara tradisi masuk bertanding disemua kawasan DUN atau Parlimen.

Dalam hal kerusi, berikutan pecah PR maka kerusi yang "PAS beri" kepada PKR maka PAS akan ambil balik bertanding malah WAJIB PAS ambil balik.  Ayat yang sama, UMNO pun bertanding.

Jadilah pertandingan tiga penjuru. Yang diharap dan didoakan ialah supaya rakyat tolak PAN dan PKR.

Saya dapat kesan bahawa rakyat telah menolak PKR dan PAN.
Kenapa ?. Kerana PAN dan PKR, sikap dan pendirian mereka dalam isu ISLAM hanya diterima dikalangan mereka semata dan ia menguntungkan yang bukan ISLAM malah kedudukan bukan ISLAM makin kukuh.

Dan yang paling besar sikap dan pendirian PAN dan PKR sama dengan DAP. Rakyat menerima dan meyakini dasar ISLAM PAS dan penghayatan serta keputusan dasar PAS dalam setiap isu.

Akhir-akhir ini rakyat menyimpulkan bahawa sikap dan pendirian PAKATAN HARAPAN di dominan oleh DAP. 

Pendirian dasar Dr. Mahathir tentang ISLAM sama dengan DAP. Bererti mereka benar-benar sama sepakat  melawan PAS.

Rakyat telah tolak Dr. Mahathir. Orang UMNO pun tolak juga. Orang UMNO tidak menerima DAP malah mengutuk Dr. Mahathir yang bersama dengan DAP yang dikutuk beliau selama ini. 

Rakyat benci dan meluap dengan politik sumpah-sumpah berkepentingan tinggi ini.

Dari suasana tersebut, PKR dan PAN akan berkubur.  PPBM akan  menenui ajal.

Ahli PAS kini makin teguh pendirian. Mereka yakin dan faham tema dan seruan ISTIQAMAH.

Pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera yang menegaskan bahawa disisi PAS,  UMNO tetap sama seperti  dulu. Yang berbezanya cara dan pendekatan.

Kerjasama dalam perkara yang melibatkan kepentingan rakyat tanpa permusuhan seperti suasana diera golongan "bekas ahli PAS" yang kini dalam PAN sudah tiada lagi. Dulu, kasar keras ekstreem dan bermusuhan adalah perangai mereka yang menguasai PAS.

Hakikatnya mereka tidak boleh menguasai PAS. Mereka gagal dalam PAS dan dalam PAN serta dalam PH.

Tinggal lagi antara PAS dan UMNO siapa diperingkat akhir yang menjadi pilihan rakyat ?.

Tuduhan DAP, PKR dan PAN bahawa  PAS ber UG tidak benar. Itu fitnah yang di atur meraka. Rakyat tidak percaya. Pimpinan PAS teguh ISTIQAMAH dengan PAS dan dasarnya.

Cuma trick berubah. !  PAS ubah cara dan pendekatan.  Berubah itu HARAKAH. Tidak berubah itu jumud dan pasif. Tetapi berubah bukannya menjadikan PAS pragmaris, plural dan liberal serta sekular.

Anda kenal siapa mereka yang berISM itu ?

"MASA DEPAN DITANGAN ISLAM"...untung PAS ikut ISLAM

"Yakin dengan PAS... ISTIQAMAH menuju husnul khatimah mencari redha ILAHI. "Insya ALLAH" "Aamen"

●GAMBAR yang tertera dibawah ialah gambar disatu majlis pertemuan pemimpin PAS iaitu Almahum Al-Fadhil Ustaz Fadzil Noor, TGHH dan Cikgu Mustafa Ali dengan pelajar Malaysia di Dewan Sayyid Abul A'la Al-Maududi Lahore pada 1991.

Dalam gambar ini Almarhum Ustaz Fadzil sedang menyampaikan sesuatu kepada wakil pelajar Malaysia Almarhum Ustaz Solehan Abdul Ghafar. Saya berdiri ditengah●


Sabtu, 9 September 2017

hati yang tidak puas dan puas hati

Manusia yang sekadar manusia tetap ada "tidak puas hati", hakikat ketidakpuashatian !.

PUAS HATI jadi seorang Perdana Menteri, puluhan tahun berkuasa. Bila ahli UMNO "tidak puas hati" kerana pentadbirannya untuk "puas hati" dia semata maka dia terpaksa undur dalam keadaan "tidak puas hati". "Puas hati" ahli UMNO. Rakyat Malaysia pun "puas hati".

Dengan "puas hati" serah tugas PM kepada Pak Lah dalam keadaan dan secara "puas hati" tanpa pergolakan dalam UMNO.  Pak Lah pun terima dengan "puas hati".

Bila undur dalam keadaan "tidak puas hati",  hanya nak jaga UMNO dan nak "puas hati" ahli UMNO maka beliau paksa undur dan jatuhkan Pak Lah. Jatuh dalam keadaan "tidak puas hati" Pak Lah imam ISLAH hadhari itu. Jatuh tersungkur menunging. Hidung Pak Lah terkena najis. Tangan Pak Lah kotor. Baju tentu sekali lah. Pak Lah tentu "tak puas hati", malu.

kenangan 1992

Sewaktu belajar di Karachi mengikuti program rehlah pelajar Malaysia di pantai yang saya lupa namanya. Menarik tempat ini kerana dipantainya tempat penyu bertelur.

Saya ada dalam gambar itu. Gambar yang disimpan oleh seorang sahabat yang juga ada dalam gambar itu. Melihat keajaiban ciptaan ILAHI. Anak penyu menetas dalam pasir. Muncul dipermukaan bumi. Dari dalam pasir terus menuju ke laut.

Tiada seekor dari puluhan dan ratusan anak penyu yang nampak terpinga-pinga hendak kemana sewaktu keluar dari "sarang dalam pasir".  ALLAH SWT telah anugerahkan citarasa dan ilmu kepada anak penyu.

Ini salah  satu keajaiban ciptaan ILAHI yang tidak sia-sia diciptakan ini. Gambar dan cerita seumpama ini dinegara kita mungkin di Rantau Abang saja.

Dapat kita makan hari ini telur penyu sebiji  RM 4 ?

"dengan nama ALLAH" suatu muqaddimah

Muqaddimah ;
Percikan Mujahid Sufi Haraki

Berbagai teori politik terkini dengan nama dan istilah yang berbeza-beza. Terutama dari PKR parti serpihan UMNO dibawah bimbingan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dari keberbezaan itu melanjut zahirkan semuanya berbeza dengan ISLAM. Samada dari segi penghayatan dan pengamalan, pentadbiran dan perlaksanaan. Jauh dari sunnah kerana telah bersebati dengan kepunahan.

Politik tetap politik. Ia tidak ada dasar putus yang tetap. Namun berbeza dengan mereka yang beramal, menghayati, mentadbir dan melaksanakan secara ISLAM syumul dan kaffah.

Dalam golongan yang kaya dengan istilah terkini walau berbagai istilah dikemukakan saya nampak satu saja yang tetap sama yang ada pada mereka  iaitu  "matlamat menghalalkan cara".

Benar matlamat itu tapi batil caranya. Sesat dan hilang puncakah ?. Benar ia telah sesat menyesatkan punca diakibatkan kerakusan dan gila pangkat tertutup kebenaran !

Ulamak telah mengenal pasti polisi ini. "Matlamat sebuah kuasa untuk menguasai Malaysia lalu ISLAM diletakkan dan dikesampingkan". Mana boleh ?. Ciptalah apa alasan dan istilahnya. Akhirnya muncul istilah dari Ameriki dan DAP.

Sikap individu dan parti yang seumpama ini amat bahaya kepada ISLAM dan umatnya dari semua sudut.

Bila tidak bersama mereka dituduh dengan berbagai tuduhan. Mereka yang ISTIQAMAH dengan dasar ISLAM tidak rasa lemah, hina dan undur dengan tuduhan itu.

Tetapi, dikesalkan kerana ia menguntungkan bukan ISLAM. Jika demikian, dimana bijak dan licik ?...pintar dan progresif ? ... profesional dan rasional ? ... perlakuan dan amalan serta sifat-sifat fahaman liberal, plural, pragmatis berala Ameriki jelas kelihatan.

Sekiranya tidak sedemikian tentu "tidak diredhai kuffar". Kerana sedemikianlah jadi  "diredhai kuffar". Ia bermula pada zaman Mahathir dengan sokongan dan panduan Kassim Ahmad lalu dilanjutkan oleh seorang Siti yang Kasim, Siti Kasim.

Saya  bukan rasis. Tapi saya menentang setiap bangsa, puak yang menentang dan berperlakuan tidak menguntungkan ISLAM walau dari bangsa ku sendiri, Melayu.

Melayu sudah lama telah jadi haprak batak keparat bila diajar dan didoktrinkan oleh doktrin Mahathirisma percikan Kamalisma At-Turk yang menolak perlaksanaan hukum ISLAM.

Suatu yang perlu di muhasabah.... jujurlah !.

Jumaat, 8 September 2017

tulis, lukis dan baca

Anaknda Solehah. 6 tahun. Belajar di Sekolah Rendah Islam  Ittihadiah Tanjung Pagar, Ketereh.

Tahun lepas 2016 belajar "sekejap" di PASTI Pasir Golok, Ketereh. PASTI Pasir Golok adalah antara PASTI yang terbaik namun kerana kelemahan Solehah  menyebabkan beliau menyempurnakan pembelajaran dengan baik.

Ketika  berumur setahun pihak Hospital Raja Perempuan Zainab 2, tempat beliau dilahirkan mengenal pasti bahawa beliau ada "jantung berlubang". Kesan dari masalah ini ( insya ALLAH tidak jadi masalah berpanjangan ) beliau cepat letih. Gejalan ini menyebabkan beliau "cepat letih"

Yan menarik, bila di tanya kenapa tak mahu kesekolah, Solehah menjawab, "Yah tak pergi kesekolah pun Yah pandai juga".

Sekarang ini baru mengenal huruf. Tulisan masih kehulu kehilir. Walau bagaimana pun dirumah Solehah rajin menulis dan melukis seperti kanak-kanak lain juga.

Hari ini 8 September 2017, pelajaran baru Solehah dengan saya ialah ; (i) tulis  ( ii)  lukis (iii) baca .... dari buku Kamus Bergambar.

Insya ALLAH

ziarah abe dan anak

Hari ini ziarah dua pupu yang juga bekas abang ipar, "abe Zain". Tinggal bersama anak bongsunya Siti Sarah di Kampung Surau  Kota, Mukim Kota, Kota Bharu.

Suami Siti Sarah ialah  Nik Mohammad Akmal, "Tok Bilal" di Masjid Mukim Kota.

Abe Zain sudah  stroke 2 tahun. Keadaan abe Zain hari ini, al-HamduliLLAH boleh "memahami kaifiat solat".

Saya katakan demikian kerana abe tidak boleh bercakap tapi boleh mendengar. Tak boleh bangun berdiri dan hanya boleh bergerak, gerakkan tangan kiri. Dengan tangan kiri itulah digunakan untuk sesuatu yang berkaitan keperluannya.

"Ya ALLAH, anugerahilah ketenangan kepads abe dan anugerahilah kesabaran kepadanya". ""Aameen".

Disebelah saya, sebelah gambar saya ini ada abe tapi saya tidak sertakan bersama kerana ketika anaknda Siti Sarah ambil gambar ini abd tidak memakai baju.

Semuga catatan ini ada manfaat bersama.

kerenah angkuh

Dulu DAP dengan dasar perjuangan mereka menentang Kerajaan UMNO - BN dalam perkara yang melibatkan pentadbiran dan ekonomi.

DAP mendesak supaya menghapuskan 'Dasar Ekonomi Baru'  DEB. Kini DAP mencampuri urusan agama ISLAM. Banyak perkara yang bersifat keagamaan khususnya agama ISLAM dipertikaikan, dikritik dan saranan-saranan yang bersifat permasalahan dan perkara  dalaman  penganut ISLAM.

Rabu, 6 September 2017

gambar FB

Lanjutan "lebarkan  taaruf" dengan bermatlamat untuk mencapai matlamat bersama mencari redha ILAHI. 

Semuga anda yang dijemput ALLAH sempat melayari laman web peribadi saya ini www.ustazfikrikelantani.blogspot.com saya bersyukur kerana dapat kita berkenalan dengan lebih lanjut.

Saya ditakhdirkan, dianugerahkan ALLAH dapat memiliki sedikit ruangan tanah diatas muka bumi NYA diilhamkan ILAHI bersedia me WAKAF fi sabiliLLAH untuk  membina sebuah masjid, MASJID UTHMANI.

UTHMANI adalah sempena nama moyang saya OSMAN. Osman, ada anak lelaki iaitu datuk saya iaitu Awang. Awang ada anak Siti Che Jah. 

Dari ibu saya Siti Che Jah saya dapat memiliki tanah seluas 3 ekar. Dari 3 ekar ini "sebahagian" nya saya meWAKAFkan untuk  tambahan pembangunan ; (1) Sekolah Menengah Agama ( Arab ) Darul Ulum Al-Muhammadiah Kg. Kolam yang terletak dibawah Yayasan Islam Kelantan, Kerajaan Negeri Kelantan seluas 50 depa (2) Masjid Uthmani seluas 7000 kaki persegi dan (3) Pejabat PAS Cawangan Kolam seluas 30 × 40 kaki persegi. "Al-hamduliLLAH".

MASJID UTHMANI bererti berada disebelah Sekolah Menengah Agama ( Arab ) Darul Al-Muhammadiah.

Besarlah harapan agar saudara seaqidah seperjuangan dapat membantu usaha pembangunan pembinaan MASJID UTHMANI. "Insya ALLAH"

Terima kasih

dia ku serahkan kepada DIA

Jam 6 petang ini. Sampai dirumah dari urusan biasa. Anak perempuan "kakak" yang ditugaskan buka pintu.

Saya dan ibunya, isteri belum turun dari kereta. Tiba-tiba terdengar, "abi, balik kerumah ke pagi tadi ? "..."pintu bilik depan tempat rehat itu abi buka ke ?", tanya kakak.

Saya naik keatas rumah dan meneliti. Memang ada kesan rumah dipecah masuk.

Alangkah  kecewa dan marah dengan perlakuan  jahat ini.  Sebelum eid adha baru ini pun telah "dia" pecah masuk.

Mudahnya "dia"  masuk rumah aku. Saya masih mendiami rumah pesaka warisan ayah bonda. Rumah berdinding kayu, berjendela "nacco" bercermin. Sebelum raya baru ini jendela "nacco" dicabut cermin dan dibuang besi penghalang.

Rumah baru kami baru siap tapak "ikat 9" berhampiran  MASJID UTHMANI. Bila rumah itu siap tidak tahu !

Kali ini macamana ? Masuk bawah rumah dan patahkan lantai yang reput. Lalu masuk keruang bilik utama. Keluar keruang rehat dan masuk terus keruang tamu. Lalu "dia" keluar semula dari rumah melalui lantai dan terus keluar dari kawasan rumah.

Pintu yang diguna keluar dari bilik utama keruang rehat itu ditinggalkan dalam keadaan  terbuka. Itulah yang menyebabkan terkejut meluru anak perempuan tadi

Agaknya "dia" amat memerlukan RM. Mungkin sekiranya "dia" seorang pekerja sebagai pembantu mekanik dan sekiranya terlibat pula dengan "ubat sedap tidur", perlukan  RM yang banyak untuk susu anak walau seorang dan perlu "ubat sedap tidur" yang tidak mencukupi.

Siapa saja tidak cukup RM. Tapi WAJIB dijalan HALAL. Saya tidak tinggalkan RM dirumah samada ketika keluar sekejap atau lama. Barangan lain kali ini tidak diambil.

Memang perlukan RM !

"Duduklah elok-elok, jaga agama rezeki akan murah".
"insya ALLAH"

kampung ku

Kampung Kolam adalah nama sebuah kampung. Sekali dengar panggilan kampung yang dikaitkan dengan kolam semacam sebuah kampung yang diatas kolam atau dalam sebuah kolam.

Tidak, kampung saya bernama Kampung Kolam kerana dikampung ini terdapat sebuah kolam seluas 9 ekar. Luasnya sebuah kolam menjadi punca dipanggil  kampung yang berkolam luas.

Bagaimana sekarang kolam itu ?. Dulunya kolam yang dalam dipenuhi semak samun dan  pokok sagu.   Kini setelah melalui dan berlalu  puluhan tahun kolam bersemak samun bersagu ditukar status kepada sebuah kolam untuk pertandingan joran.

Itulah sebab kampung saya beroleh nama.

Selasa, 5 September 2017

bongsu terkini

Ainul Fatihah Mardhiyyah nama anak bongsu. Dilahirkan 2 tahun 5 bulan yang lalu.

Pada mulanya payah nak jumpa dan pilih untuk buat keputusan nama MARDHIYYAH. Nama AINUL FATIHAH telah jadi kesemua nama anak. Yang bezanya MUJAHIDAH dan SOLEHAH serta MARDHIYYAH.

Mardhiyyah, sempena nama bidadari yang paling cantik dalam syurga. Cantik itu yang ketiga. Yang pertamanya "yang deredhai NYA", yang kedua, "dalam syurga" dan ketiga "Mardhiyyah" selepas Mujahidah dan Solehah.

Bagaimanalah masa depannya ? Berumur 5. Selebihnya adalah umur ku 50 an. Jauh perbezaanya.Dengan umur  saya sebegini, berapa lama lagi saya boleh kedepan ? "Itu urusan ALLAH SWT". Serah pada ALLAH. Jangan dijadikan itu permasalahan. Semua ibu bapa memikirkan masa depan anakndanya. Perancangan dan rasa nak melihat masa depan berlaku didepan mata. 10 tahun lagi Mardhiyyah berumur 12 tahun, darjah 6 sekolah rendah. 

"Ya ALLAH, ku pohon pajangkanlah umur hamba MU dengan kebajikan dan ketaqwaan"

"Ya ALLAH ...jadikan anak-anak kami anak yang soleh bertaqwa, mengetahui faqeh tentang  agama  MU dan memperjuangkan kebenaran MU" ...."Aameen"

binaan ukhuwwah dan penjagaan

Di  stesyen kereta api Lahore. Ramai bersama sahabat baik semuanya ini. Bila ramai begini tentulah ada perkara penting. Tentu sekali kerana ada sahabat yang nak balik Malaysia.

saya dan keluarga

Fikri bin Awang
Roslawati binti Hamzah
Ahmad Fathi Rabbani Fikri
Ainul Fatihah Mujahidah Fikri
Ahmad Fathan Jundullah Fikri
Ainul Fatihah Solehah Fikri
Ainul Fatihah Mardhiyyah Fikri

"Ya ALLAH, hidup dan bahagikanlah kami dengan iman...matikanlah kami dengan iman"

taaruf diluaskan

Berfikir. Terus berfikir. Lalu muncul apa yang difikirkan. Kemudian fikir macamana nak buat. Saya perlu perkenalkan diri. Saya yang sedang bina MASJID UTHMANI perlu perkenalkan diri sebagai PENGERUSI PEMBINAAN MASJID UTHMANI. 

Apa "orang kata" bila saya / kita meletakkan gambar saya / kita dalam blog seperti ini.

Jawapannya ;
Dari gambar apa pun, dimana orang yang melihat boleh baca siapa kita.

Jawab ; Terserlah apa orang nak dibaca tentang siapa kita. Saya ada matlamat meletakkan gambar disini.

Saya meletakkan gambar saya disini adalah dengan niat dan perancangan supaya ia menjadi sebahagian dari teknik TAARUF antara kita.

Senang untuk memperkenalkan diri. Ada blog...(  blogspot ) ada FB...ada twitter. Yang atas nama peribadi dan atas nama Masjid Uthmani. Hulurkan kad lalu dibaca. Terutamanya tentang MASJID UTHMANI.

Adalah diharapkan ia tidak menjadi masalah di akhirat dan didunia pun tiada masalah antara hamba. "Insya ALLAH"

telah pergi yang di sayangi

Saya memulakan dengan rasa syukur dan  bangga kerana semasa hayatnya almarhum mengenali saya.

Itulah almarhum Ustaz Fadhil yang saya kenangi. Mula mengenali beliau sewaktu beliau berkunjung ke Mansoorah, Markaz Jamaat -E -Islami, Lahore. 

Ketika  itu saya sedang belajar di Jameah Asyrafiah Lahore. Muslim Town dengan Mansoorah sejauh 10 kilometer. Kebetulan saya menjadi Amir Persatuan Malaysia  Lahore dan sahabatku Solehan jadi Timbalan.

Keduanya telah pergi menemui ILAHI dan kini bersama rahmat ALLAH dialam barzakh.

daging singe

Tahun 1438 H ini. Saya merasa-rasakan bahawa ALLAH SWT telah "menyekat" sedikit nikmat. 

Saya telah setahun dihidapi  gelaja darah tinggi. Takut saya memakan daging. Menjadikan  saya takut makan "daging singe" kesukaan saya. 

Ramai berpendapat bahawa daging bermasalah kepada mereka yang bergejala darah tinggi. Saya kurang setuju pendapat itu. Terutama daging kambing kerana daging kambing itu makanan Rasulullah SAW.

Jadi, masalahnya bukan daging tapi resepi. Jenis makanan apa ?. Masakan "daging singe" sedap sekali. Tetapi mesti kemasinan sikit rezepinya kerana nak disesuaikan dengan nasi yang tawar. 

Masakan masin dan nasi yang tinggi karbohiderat semuanya bermasalah kepada saya. Doktor kata, "nasi makan sikit, secawan sahaja setiap kali makan". Sabar diri ku. 

Justeru, Eid Adha tahun ini  saya  terpaksa "stop" makan daging. Tak makan daging korbanlah saya !!. "Masya ALLAH".

Penakut dan tidak bertawakkalkah saya ?

boleh infaq

Saya telah meWAKAFkan sebahagian tanah milik saya seluas 7000 kaki persegi untuk tapak MASJID UTHMANI Kampung Kolam.

Pembinaan fasa 3 kini diteruskan. Pembinaan lantai peringkat atau lapis pertama telah selesai. Lantai ini adalah RUANGAN SOLAT seluas 50 x 60 kaki persegi.

Bagi hamba ALLAH SWT  yang ada rancangan untuk berkebajikan bina masjid disini disertakan nombor akaun di RHB Bank atas nama MASJID UTHMANI .

                    " 2-53025-0000563-0 "

Dipersilakan secara hormatnya untuk bina masjid untuk agama dan masa depan kita sendiri. "Insya ALLAH"