Ahad, 21 Oktober 2018

Jangan begitu

Seorang Mahathir, Tun Dr. Mahathir Perdana Menteri Malaysia itu telah pun bersedia apa yang akan berlaku pada dirinya.

Tun M telah lama melalui onak perjalanan likuan hidup. Seorang tua yang telah lasak dan masak jiwa, hati dan mindanya.

Mungkin beliau tidak menduga ada dikalangan rakyat Pulau Langkawi yang kurang ajar dengan dirinya.

Secara peribadi, walau kurang setuju dengan Tun M tetapi tidak patut bangsa  Melayu tidak beradab sedemikian. Keluar majlis ketika Tun M masih  duduk disitu. Tidak patut sekali, "saya tak setuju".

Kita, orang Melayu boleh marah dan boleh tegur pemimpin. Sila marah dan tegurlah kerana ALLAH. Jangan tegur dengan cara tidak beradab Melayu.

Dengan relax Tun M sebut "boleh letak jawatan" walaupun itu yang paling disukai dan dijagai Tun M. Bila Tun M sebut tentang "letak jawatan", riuh se Malaysia.

Keriuhan ini akhirnya menenggelamkan isu lain dan semua pihak lain "dihukum bersalah".

Tun M yang menang juga !