Isnin, 22 Januari 2018

Bangkitkan keMUKMINan

Perlu diberi perhatian seruis tentang pembentukan dan pembinaan keMUSLIMan dan keMUKMINan.

Dalam masa yang sama, perlu difahami dan diberi penekanan  bahawa dalam  pembentukan dan pembinaan ini, musuh ISLAM, musuh kita yang  telah berada didepan kita bukan lagi membincang "apa yang perlu dibuat" tetapi mereka telah berada di agenda "bila masa" dan "dimana tempat" yang perlu dilakukan tindakan.

Musuh kita itu ialah musuh ALLAH. Apa yang ALLAH SWT  isytiharkan itu musuh NYA adalah musuh kita "tanpa kompromi" sepanjang masa.

Sabtu, 20 Januari 2018

Air naik lagi ?

Gambar dihadapan Ibu Pejabat Polis Kota Bharu ini saya agak gambar semalam. Dari sumber mana saya tak tahu. Tengok ada dalam galeri talipon bimbit saya pagi ini.

Kalau semalam.macam tu agaknya juga hari ini air bertambah disitu  sebab hujan tak henti sejak pagi semalam.

Keli

Bila tengok ikan keli ini saya teringat kepada seorang hamba ALLAH yang selalu sampai dirumah saya mempromosi ikan keli tangkapannya.

Ikan ini sedap isinya. 

Khamis, 4 Januari 2018

Penghuni asrama MQKB

Pagi lagi dihubungi anak, Ahmad Fathi Rabbani dari asrama  Madrasah Al-Quran Kubang Bujuk. Apa perkara yang menyebabkan pagi-pagi lagi menghubungi orang tua...ibu bapa ni ?

Sebabnya bermula dari hati yang ingin tahu. Rasa ingin tahu mungkin telah menguasai diri sejak semalam. Namun jadualnya pagi ini.