Jumaat, 26 November 2010

cina muslim di malaysia


Bersama Ann Wan Seng sempena Ekspo Cheng Ho - Kelantan 2010

Penuh keyakinan, Islam yang diyakini .... Islam Untuk Semua

Pertemuan Mesra
Dia, menulis boleh, berceramah pun  boleh, menyampaikan motivasi pun dia boleh....kemuncaknya, Islam pun Ann Wan Seng boleh.  Islam sendiri memang boleh untuk semua. "Islam Untuk Semua". Begitulah sifat Islam dan begitulah jika seseorang yang telah menerima hidayah.

Senang nampaknya Ann Wan Seng bersembang dengan saya tentang Islam walau pun pertemuan dalam keadaan yang sibuk, maklumlah dalam keadaan Ekspo Cheng Ho.

Orang ramai tak putus-putus, nak bergambar, nak bertanya, nak mengucapkan tahniah....termasuk saya. Memang Ann Wan Seng seorang berwatak pendakwah. Senang diajak berbual dan mengeluarkan buah fikiran sebagaimana beliau senang mengeluarkan buah fikiran dalam buku-buku tulisannya.

Mungkin kerena Ann Wan Seng sedang mempromosi produknya menyebabkan beliau semacam itu. Seorang peniaga mestilah berkeperibadian yang baik. Muka manis, pandai bersembang dan melayan pelangannya.

Pengalaman saya, pernah menasihati seorang tuan punya kedai runcit. "Saya datang ke kedai awak, saya tetamu awak tapi saya lihat air muka awak semacam sayang sangat kepada benda dalam kedai awak. Semacam awak tak mahu orang datang dan tak mahukan wang orang, sedangkan awak berniaga. Nampaknya awak terasa cukup kukuh dengan barang kepunyaan awak dalam kedai ini". Lalu tersentak tuan punya kedai. "kenapa ?".

Lalu saya beritahu tentang stylenya sebagaimana yang saya lihat. Masuk kedalam kedainya rasa takut kerana melihat kepada air mukanya yang serius tanpa sepatah kata yang manis. Juga rasa naik benci kerana bila masuk kedalam kedainya disambut dengan air muka yang begitu, tak bertegur sapa walau sepatah, "tengoklah, nak apa tu ? ",  dilihatnya kita ini bukan macam tetamunya. Malah nampak air muka curiga kepada pelanggannya.  " Bukankah Islam mengajar bahawa senyum iaitu satu sedeqah dan jangan dipandang kecil kebajikan itu ".

Saya pun tahu mungkin inilah kelemahan saya bila berhadapan dengan situasi sebegini.  Jadi, saya kalah dengan suasana ini tapi realitinya watak dan keperibadian itu suatu daya penarik untuk suatu pelaburan dan keuntungan yang lebih besar lagi, apatah bagi seorang pendakwah.  

Kerana apa ? "Serius tak bertempat". Memang pandai Cina berniaga. Berniaga bukan dengan kepakaran dan faham tentang perniagaan tetapi berniaga dengan menunggu pelanggan masuk yang terpaksa membeli kerana hendakkkan sesuatu. Bila dalam fikiran, aku buat macam mana pun orang beli dan kalau orang tak beli, "aku tak peduli". Ini menunjukkan orang itu tak pandai berniaga.

Pelanggan yang masuk pertama kali mesti dilayan dengan layanan yang baik kerana dengan kedatangan pertama kali ini akan membuahkan rezeki yang seterusnya. Kena cara pelanggan akan datang lagi.

Islam mengajar kepada penganutnya supaya berkenalan. Hasil dari perkenalan boleh melakukan sesuatu atas nama taqwa. Berniaga yang halal dan bersih adalah taqwa. Taqwa adalah bekal. Berniaga sedemikian boleh masuk syurga juga !. Buka berniaga untuk dapat wang semata tetapi untuk dapat taqwa.

Saya akan menjadi pembeli tetap kepada buku-buku karangan Ann Wan Seng. Mahalnya kerana beliau melihat dirinya seorang bangsa Cina yang muslim. Rahsia-rahsia hidup sebelum Islam menjadikan dirinya seorang pendakwah yang mahal nilainya. Kebolehannya tiada rahsia lagi.



Buku dan Ann Wang Seng

.... kita kena banyak membaca ...

Isnin, 8 November 2010

tuan guru dan haji 1431

Haji TGNA 1431 dan liku-lukunya

Haji 1431, 10 hari lagi kerana hari ini  1 Zulhijjah 1431. Teringat setahun yang lalu. Ribut di Kelantan berikutan muncul isu 'tajaan' ke Mekah. Rancangan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tergendala.

TGNA membatalkan niatnya ke Mekah berikutan dirinya dikaitkan dengan rasuah untuk menunaikan haji dengan wang 'tajaan'. Tsunami fitnah yang melanda Tuan Guru amat hebat.

Matlamat mahu menjatuhkan Tuan Guru, juga sekali gus menjatuhkah Kerajaan Kelantan dan PAS amat jelas sekaliBenarlah, fitnah itu 'lebih dahsyat dari peperangan", rancangan untuk berbuat kebajikan tergendala bila fitnah menguasai suasana !.
.
Tahun ini, hari Rabu lusa, 3 Zulhijjah Tuan Guru akan berangkat ke Mekah. Beliau akan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa jam 10 pagi. Apa yang nak sebut disini, ialah badai ujian yang menempuh TGNA tahun lalu.

Jika tidak di calitkan dengan sikap dan kerenah politik pihak-pihak yang berpolitik kotor dan jahat, isu tahun lepas tak wujud kerana setiap orang yang hendak ke Mekah tentu memahami bahawa modal hendak terbang kesana mestilah dari sumber yang halal.
.
Masakan Tuan Guru tidak dapat menilai perkara ini. Oleh yang demikian, kalau tidak kerana berniat buruk demi mencapai matlamat politik sepatutnya isu ini tak muncul atau kemunculannya janganlah sampai terhalang seorang untuk pergi mengadap Allah. Busuknya hati mereka yang menghalang Tuan Guru untuk ke Mekah.
.
Tahun ini, sunyi sepi tak ada sebarang isu dan rungutan. Tiada peluru yang dilepaskan kepada Tuan Guru. Saya ternanti nanti apakah ulasan pemergian Tuan Guru tahun ini. Kata-kata sinis, "Ke Mekah selepas kalah di Galas" misalnya, tiada langsung walaupun sememangnya kalah di Galas tempohari.
.
Dukacita Tuan Guru tahun lalu terubat kerana dapat menziarahi RasululLah S.A.W. tahun ini. Sepatutnya orang yang beragenda untuk menjatuhkan Tuan Guru tahun lalu merasa malu. Paling tidak malu kepada diri sendiri. Tapi kerana malu itu sebahagian dari iman maka tak perlu cakap pasal malu kerana orang yang tiada iman tiada perasaan malunya.
.
"Jika kamu tidak malu, lakukan apa saja", adalah maksud hadith Rasulullah S.A.W. Orang yang berpolitik kotor, bererti kotorlah jiwanya. Jika ia punya iman tentu ia tidak memilih untuk memasukan diri kedalam kancah kekotoran. Jika diri dalam kekotoran, melakukan kesalahan kepada manusia maka tentunya akan bertembung dengan kesukaran dalam hidup kerana kesalahan dengan manusia perlu memohon maaf dengan manusia. Orang yang semacam ini akan sentiasa jahat jiwanya. Makin lama makin bongkak dan sombong.

Kepada Tuan Guru, selamat berangkat ke Mekah " 'ala barkatil Lah". Tentunya Tuan Guru mendoakan agar Kerajaan Negeri Kelantan kekal "Membangun Bersama Islam" dan PAS tetap teguh mengemudi dan menerajui perjuangan Islam di bumi Malaysia tercinta. Semuga Tuan Guru dipanjangkan umur dan sihat untuk memimpin ummah ini.
.
Moga-moga buah fikiran saya yang tak seberapa ini memberi suatu sumbangan kepada mereka yang ingin bermuhasabah dan membaiki diri...mencari redhaNya. InsyaAllah.

Jumaat, 5 November 2010

"Dengan Nama Allah" Buah Fikiranku APA YANG AKU AMATI




      "buah fikiranku .....apa yang saya amati"

Sempena 'Bulan Korban' "Dengan nama ALLAH ...... "  saya melangkah setapak kehadapan dengan Buah Fikiranku  dari "apa yang saya amati" Tentunya .. 'buah fikiran saya' ini bermatlamatkan AL-ISLAM. Sekiranya tidak kepada Al-ISLAM "rugi sangat"

Kerana bermatlamatkan ISLAM maka saya yakin bahawa saya sematlamat dengan siapa saja.  Apakah ada lagi matlamat lain selain dari matlamat AL-ISLAM ? 

Kerana bermatlamatkan ISLAM, kita pergi jauh kedepan.  Maka ia pasti akan bertembung dengan cabaran dan ujian.  ISLAM muncul dengan ujian dan berdepan dengan siapa saja dengan ujian !. 

Cabaran dan ujian adalah suatu yang ditakuti kerana bimbang dengan cabaran dan ujian yang tidak 'larat' untuk berdepan dengannya menyebabkan tidak lulus, lalu terkorban. "Na'uzubiLLAHi minzalik". Namun perlu disedari bahawa "Allah SWT tidak memberati hambaNya melainkan mengikut kadar kemampuan seseorang". 

Mungkin...mungkin yang paling berat ialah ujian dan cabaran dengan mereka yang sematlamat ISLAM.  Ujian ini adalah yang terhebat kerana ia berbentuk saringan terhadap ' gugur atau kekal ' bersama matlamat yang di ikrarkan bersama.  ISTIQAMAH atau GUGUR ?

Walau bagaimana pun berpegangan kepada keyakinan "Allah tidak membebankan hambaNya kecuali yang selayak dengannya" maka perjuangan wajib diteruskan. Yang pastinya, setiap perjuangan memerlukan pengorbanan.

Maka, buah fikiran yang bermatlamatkan perjuangan pasti memerlukan pengorbanan. Buah fikiran perjuangan mesti diteruskan.  Kadang-kadang ia membentuk pertembungan yang sihat, insyaAllah.

Garapilah bersama demi cita-cita dan matlamat suci kita.