Sabtu, 25 Mac 2017

belajarlah anak-anakku


Selamat belajar kembali. Penggal baru, penggal kedua bermula hari ini di Kelantan dan di negeri seumpamanya. 

"Anak-anakku, belajar bersungguh-sungguh"  "Masa depan anda ditangan anda dengan izin ALLAH SWT".
ALLAH SWT memerintahkan hambanya supaya belajar, menuntut ilmu. Ilmu yang utama yang wajib dipelajari ialah ilmu ma'rifah iaitu mengenal ALLAH. Untuk mengenal ALLAH ia bermula dengan ilmu asas mengenal huruf hijaiyyah. 

Ainul Fatihah Mujahidah darjah 5, Ahmad Fathan JunduLLAH darjah 2 dan Ainul Fatihah Solehah kelas Pra. Kesemua mereka di Sekolah Rendah Islam ( Arab ) Ittihadiah Tanjung Pagar, Ketereh. 

Abang kepada mereka semua, sulung Ahmad Fathi Rabbani 14, tahun ini 2017 telah masuk tahun  ke 2 menghafaz al-Qur'an di Madrasah Quran Kubang Bujuk, Serada, Terengganu. "InsyaALLAH abang Tah akan jadi seorang hafidz...."Aameen"

Perancangan adalah sesuatu yang diizinkan ALLAH SWT. Kita bermohon kepada ALLAH SWT untuk merancang dan mohon kepada ALLAH SWT supaya perancangan kita berjaya dengan izin ALLAH SWT jua.

Bahasa pendidikan orang tua, "aku tak ada harta nak ditinggalkan, lalu aku hantarkan kesekolah, dapat ilmu, ilmu itulah hartanya"

ILMU itu masa depan.  

raja jembal "tunjuk bisa"

"Baik, bagus, setuju dan suatu tindakan yang tepat",  tindakan keluarga Allahyarham TGNA yang membuat lapuran polis terhadap pihak dan yang menggunakan  nama Almarhum untuk menarik sokongan orang ramai supaya menyokong dan menyertai PAN. Ini jelas sekali !. Kesannya negatif dan buruk kepada keluarga Raja Jembal itu dan kepada PAS khususnya.

Tentu sekali  keluarga Almarhum dan ahli PAS terfikir kerana Almarhum TGNA meninggal dunia dalam PAS dan ketika itu Almarhum sebagai Mursyidul 'Am PAS. Tiba -tiba pihak PAN membuat program berkaitan Almarhum yang mentafsirkan pemikiran Almarhum secara yang dikehendaki yang sesuai dengan pemikiran dan  parti mereka yang kini menentang PAS secara terbuka. Sedangkan nilai pemikiran Almarhum adalah tidak boleh dipisahkan dengan PAS.

Ada diantara mereka yang telah berani ber "kalau" iaitu "kalau Tok Guru Nik Aziz ada tentu Tok Guru akan sertai PAN".  Ramai yang sakit hati dan marah dengan "kalau" ini. Jelas, ia suatu ucapan yang melampau. Mengatakan "kalau" sedemikian bukannya suatu hujjah yang benar. Tapi hujjah yang tidak benar ini digunakan untuk menunjukkkan beliau memahami siapa Almarhum dan mereka nak sifatkan PAS itu tidak benar.

"Terima kasih" diatas kejelasan pemikiran dan pegangan dasar keluarga "Ayah Ziz". Mereka bimbang kerana dengan lemahnya penghayatan dan pengorbanan mereka "bekas ahli dan pemimpin PAS itu menjadikan PAS boleh pecah. Tidak mustahil, hubungan kekeluargaan boleh juga pecah disebabkan sentimen ini.

Cukuplah PAN, jujurlah. Buatlah sesuatu yang disukai. Tak payah sebut dan libatkan orang yang meninggal dunia. Walaupun ini bersifat pemikiran dan politik semasa, bukannya harta pesaka tetapi ancaman pecah dan perpecahan keluarga boleh berlaku. Apatah lagi kerana ahli keluarga "Ayah Ziz" telah menghidu bahawa ada antara keluarga Almarhum yang cenderung kepada PAN. 

Banyak lagi perkara harmoni yang boleh dibuat.

Rabu, 15 Mac 2017

kita dan cabaran hidup

SETELAH lama tidak berblog, hari ini saya ingin menyatakan sesuatu. "Insya ALLAH"

KITA sebagai manusia, antara yang WAJIB hidup dalam JIWA kita ialah KITA ini makhluk yang terlalu amat lemah dan sememangnya bila disebut makhluk itu lemah kerana makhluk itu adalah yang  "dijadikan" dan yang menjadikan ialah "al-KHALIQ" "Yang Maha MENJADIKAN"

Walau pun kita tahu bahawa kita MANUSIA adalah "sebaik-baik kejadian" dengan "kelengkapan" kejadian yang tidak ada pada sebarang mahkluk lain, namun "ditetapkan dasar tauhid" bahawa kita "tiada upaya dan upaya" dan daya upaya itu milik ALLAH SWT.

JUSTERU, apa yang kita rasa, ingatlah bahawa "rasa-rasa" itu hanya rasa semata. Ia bukan suatu yang sebenarnya. 

MAKA, kehidupan ini sebenarnya hendaklah kehidupan dengan atau "BERSAMA ALLAH"  barulah kita dapat kehidupan yang sebenar.


INGATLAH, semua bentuk pegangan itu ada cabarannya yang dimaknakan dengan UJIAN dari ALLAH SWT. Justeru, KEHIDUPAN BERSAMA ALLAH adalah suatu kehidupan yang di TUNTUTI ALLAH SWT jua.

TENTANG cabaran itu,  tentunya  dalam perkara yang berkaitan dengan kepentingan kehidupan dan kepentingan kita  MANUSIA dalam  "kekhalifahan". 

BERMULA dari makna HAKIKI sebagaimana yang didedahkan al-Qur'an,  "Sesungguhnya AKU ingin menjadikan "fil-ardh" diatas bumi itu "khalifah" iaitu penguasa dengan makna pemerintah dan pemimpin. Dari sini, jelas bahawa setiap kita adalah "pemimpin". Lalu dengan kelayakan ini manusia beraktiviti diatas muka bumi dengan taraf yang selayaknya. 

Kepelbagaian CABARAN adalah kerana "status" istimewa, "khalifah".  Tentu kita tidak lupa bahawa "rancangan" ALLAH ini ditentang sehebatnya oleh sejenis makhluk lain ?. 

AKHIRnya, kesan penentangan itu membuat makhluk tersebut "dimurkai" ALLAH dengan hukuman "adalah mereka [ iblis ] itu dari golongan kaafiriin", kemuncak kecelakaan yang berlaku kepada makhluk akibat "kepentingan peribadi melampau"

Jangan sampai terjadi pada KITA, "na'uzubiLLAHi minzalik" 

SEKIAN. 

Mari kita AMATI bersama. "Insya ALLAH"