Ahad, 31 Disember 2017

2018

Letakkan azam yang tertinggi. Target yang tertinggi. Moga-moga pencapaian itu nanti tinggi.

Bermohonlah pada ILAHI serta usaha yang gigih. Gabungan antara usaha dan doa "insyaALLAH" akan membuahkan hasil.

Jumaat, 22 Disember 2017

Tahniah Erdogan

Terkini, Turki memimpin dunia diketika umat ISLAM benar-benar memerlukan kepimpinan. Erdogan yang memimpin OIC mengarah, memanggil Sidang Luar Biasa OIC bila Presiden Amerika mengisytihar Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel yang baru.

Apa yang menarik dari suasana ini ?. Salah satu siaran TV menyebut dan menyanjung Erdogan. Lalu dikaitkan dengan kelebihan dan kekuatan Negara Turki yang mempunyai kekuatan tentera dan ekonomi yang kuat.

Memang tidak dinafikan itulah Turki. Tapi perlu difahami dan diyakini bahawa Erdogan melawan Yahudi dan Amerika bukan semata-mata kerana ada dua faktor tersebut.

Apakah faktor lain?. Jawabnya ; KEIMANAN yang kuat dan KEFAHAMAN ang benar. 

Kita carilah kedua faktor itu kerana itulah kekuasaan dan faktor yang hakiki.

Kerjasama "taawuun"

Kuliah Jumaat 2 Rabi-ul-Akhir 1439 disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar. Giliran beliau yang digilir dengan saya dan Al-Fadhil Ustaz Amin

Darul Ulum Al-Muhammadiah

Darul Ulum Al-Muhammadiah Kampung Kolam, nama sebuah "Sekolah  Agama"  dibawah hak milik  pentadbiran  Yayasan Islam Kelantan.

Tapak asalnya di Pondok Muhammadiah, Pondok Tok Ayah Padang Kolam kini dipindahkan ditempat lain iaitu disebelah tanah milik saya.

Demi untuk menyempurnakan kebajikan dan kebaktian kepada agama dan masyarakat juga demi untuk kemajuan Darul Ulum Al-Muhammadiah saya meWAKAFkan tanah saya dari tanah yang se lot dengan Masjid Uthmani seluas 600 depa untuk dibina tambahan ;  kelas pengajian, asrama, pejabat, kantin asrama dan makmal.

Dengan  tambahan tanah yang diwakafkan ini, sekolah ini  berupaya membuka tingkatan 4 dan 5. Kini pelajarnya seramai 500 orang.

InsyaALLAH, para pelajar Darul.Uulum Al-Muhammadiah  dan orang kampung tempatan  akan mengimarah Masjid Uthmani.

Khamis, 21 Disember 2017

Maahad Maududi Lahore

Seruan Kita

Kalimah membesarkan ALLAH

Pasukan Kerja

Berbincang mesra untuk mencapai matlamat bersama.

Ilmu Semasa

Ceramah PAS 

cara ISLAM bukan cara Melayu

Melayu gagal memperjuangkan haknya. ISLAM adalah hak bangsa Melayu kerana Melayu itu jenis manusia dan manusia itu ditanggungjawabkan dengan ISLAM.

Sekiranya Melayu merasakan telah memiliki ISLAM maka Melayu perlu faham bahawa ISLAM yang dianugerahi ALLAH memerintahkan manusia supaya mengamalan ISLAM dengan memperjuangkan ISLAM supaya berada ditempatnya yang sebenar.

Melayu perlu faham, memperjuangkan ISLAM suatu perintah. Lalu perlu difahami lagi  bahawa memperjuangkan ISLAM itu adalah diatas dasar ISLAM dan secara ISLAM. Tidak boleh memperjuangkan ISLAM secara Melayu.

Selain gagal memperjuangkan ISLAM, Melayu juga gagal memperjuangkan satu lagi haknya. Apa dia ?. Jawabnya Bahasa Melayu.



Selasa, 19 Disember 2017

malam di MEKAH

Awal 1996 hingga akhir  1999 saya berada di Mekah.  Menetap di Mekah secara "haram" dengan tujuan untuk menuntut ilmu. 

Setelah dapat visa umrah di Consulat Saudi di Karachi bertolak dengan PIA dari Air Port Ali Jinnah, Karachi.

Macamana timbulnya idea nak ke Mekah ?. Macamana urusan di Karachi ?.  Siapa yang dikenali di Mekah ?.

Idea terakhir bersebabkan maklumat dari  seorang pelajar Malaysia, Zubair yang menuntut ilmu di Mekah datang ke Karachi untuk hafaz al-Quran.

Idea awal, 1988 adalah atas keberkatan "insyaALLAH" - "keberkatan" ALLAH bila suatu ketika saya ditanya oleh Ayah Pha Mahligai ( Mahligai adalah nama kampung yang bersempadan dengan Pekan Melor dekat dengan kampung saya, Kampung Kolam ) yang datang ziarah cucunya Syukri yang belajar di Karachi bertanya saya, "selepas belajar di Pakistan ni nak belajar dimana pula ? ". "Mekah, insyaALLAH, Ayah Pha doakan", jawab saya. Ayah Pha pun kata, "insyaALLAH".

Perbualan ini berlangsung di rumah MISG Karachi, rumah pelajar Malaysia di FB Area, Dastagir. 

Isnin, 18 Disember 2017

pertama dan kedua

KLINIK AN-NISA', Kota Bharu. 4 September 2006, AINUL FATIHAH MUJAHIDAH dilahirkan. Ia disambut oleh kumpulan staf klinik yang diketuai oleh Dr. Rosliza. Seorang bidan, Kak Jah yang berasal dari Machang juga bersama kumpulan staf.

Anak perempuan ini adalah anak kedua. Tahun 2006, sebelum ada GST bayaran wajib RM 1500.

Ketika ini abangnya yang merupakan anak sulung AHMAD FATHI RABBANI berumur 3 tahun.

aku sayang pada mu

Tok Guru Nik Aziz

Isnin, 11 Disember 2017

pemergian tanpa ganti

Tuan Guru Haji Abdullah, ayah sahabat saya Ustaz Abdul Bari telah pergi mengadap ILAHI.

guru dan sahabat ku

Tidak pasti bila tarikhnya [ saya akan dapat tarikh &  edit nanti ].  Tapi masih ingat ketika ini isu yang bertiup dalam negara ialah kunjungan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang tidak mendapat "layanan istimewa" Tuan Guru Haji Hadi.

Lalu saya diajak sahabat memgunjungi Tuan Guru Haji Hadi untuk mendapat sesuatu yang langsung dari Dato' Presiden.

khabar baik

Hari ini pagi-pagi lagi seorang hamba ALLAH memaklumkan bahawa ada hamba ALLAH datang ditapak pembinaan MASJID UTHMANI dan mengukur keluasan MASJID UTHMANI untuk dibuat bumbung.

"Al-HamduliLLAH", sekiranya sampai masa MASJID UTHMANI teduh sebagaimana target awal tahun 2018 maka ia suatu nikmat yang besar.

Ini membawa erti bahawa pengajian sekolah yang bersebelahan dengan MASJID UTHMANI iaitu SMU Darul Ulum Al-Muhammadiah akan bernafas dan semangat baru.

Yang saya harapkan, imej "sebelah sekolah ada masjid, MASJID UTHMANI". Saling memenafaatkan antara dua institusi ini.

Saya selaku PENGERUSI PEMBINAAN MASJID UTHMANI amat bersyukur dan mengalukan usaha hamba ALLAH SWT yang saya tidak kenali ini untuk berkebajikan bagi dirinya, negerinya dan agamanya.

"Aku serahkan urusanku kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH Maha Melihat akan hamba NYA ...Tiada daya dan upaya ku kecuali bagi ALLAH Yang Maha Tinggi dan  Maha Agung...Aku berserah  kepada ALLAH Yang Maha Hidup Yang Tidak Mati selama-lamanya"

8ee

Ahad, 10 Disember 2017

ada lesen

Kanak-kanak, anak ku Ahmad Fathan Jundullah, 8 dan Ainul Fatihah Solehah, 6 "diberi lesen" boleh main luar rumah hari ini.

Sukanya sampai bersila. Disekitar rumah tak banyak pasir. Ada sikit-sikit pasir tu mereka memaksa minda nak reka permainan apa ? Mereka buat taman  yang ada kolam air. Air diambil dari tong tadahan air  hujan . Seronok bukan main.

Kadang-kadang perlu  "beri lesen" !!

Sabtu, 9 Disember 2017

mee che' mat

Mee sedap Jalan Gajah Mati. Sekarang saya di jalan ini. Dihujung sana dalam gambar ini ialah permulaan Jalan Gajah Mati.

Kemana Che Mat sekarang ?. Khabarnya Che Mat ialah seorang Tiong Hua yang memeluk ISLAM.

Che Mat menjalankan perniagaan masakan panas di jalan ini. Masakan mee dan nasi goreng Che Mat laris sungguh. Kedai  beliau buka mesti didatangi pelanggannya.

Di Jalan Gajah Mati bersilang, simpang empat dengan Jalan Sultanah Zainab. Jalan Gajah Mati pendek saja, dari tepi sungai melintasi Jalan Sultanah Zainab hingge ke Bulatab Medan Tuan Padang. Jalan Sultanah Zainab panjang dari Masjid Muhammadi hingga ke Kampung Puteh.

Di Jalan Gajah Mati ini, saya sejak tahun 1970 an sering bersama sahabat menjamu selera roti canai  dan kadang-kadang kue tiew goreng. Masa belasan tahun tak tahu fikir tentang syubhah makan kue tiew goreng masakan seorang Tiong Hua disebelah Tailor ATAKA. Tailor ni saya selalu tempah seluar Charlie dan seluar sekolah disini.

Sekarang telah banyak perubahan. Che' Mat pun dah tua, bersara dari bisnesnya.

apa perlu buat ?

Majoriti umat ISLAM telah tahu bahawa bumi PALESTINE adalah hak milik umat ISLAM. Hakikatnya bumi suci AL-QUDS adalah sebahagian dari apa yang termaktub dalam Kitab Suci AlQuran dan al-Hadith RasuluLLAH SAW.

Tahu bahawa bumi ini dirampas dan ditakluk oleh bangsa terlaknat, Yahudi atas nama "pegangan agama" yang disokong oleh majoriti kafiriin.

Cuma yang tidak diketahui ialah tentang sejarah secara terperinci. Paling sikit tahu bahawa bumi ini dirampas dari umat ISLAM sejak 1948 lagi.

Dari segi hukum ISLAM dan sejarah ISLAM mungkin ada yang tidak tahu. Tahu atau sebaliknya kerana belajar. Tak belajar tak tahu lah  !. Formula mudah saja !

Cita-cita Yahudi untuk menguasai dan memerintah dunia secara langsung mesti dengan cara menguasai Bait-ul-Maqdis. Kini mereka telah pun memerintah dan menguasai dunia. Cuma oa secara tak langsung. Mereka memerintah dunia melalui proxi mereka. Siapa yang menjadi egen dan proxi mereka ?

Umat ISLAM mesti  melakukan suatu tindakan berasaskan ajaran ISLAM sempena pengisytiharan Donald Thrump Presiden Amerika ini.

kenangan

Masjid Badshahi Lahore dalam kenangan sehingga 1993

pertemuan kerana ALLAH

Berpisah pada 1988, ditakhdirkan 6 Disember 2017 dapat berjumpa dengan sebahagian penuntut SMU Darul Ulum Al-Muhammadiah Kampung Kolam.

Pertemuan yang sungguh bermakna. Kenal rupa tapi nama tak ingat. Ingat nama rupa tak ingat.

Semua telah jadi "orang tua" walaupun muda-muda lagi. Ada beranak lima..tujuh "murah rezeki"

rosak

"Pasal apa jadi begini abi ? ", tanya anak  anak saya Ahmad Fathan Jundullah

keluarkan peluh

Bersihkan sekitar rumah

solat

Ainul Fatihah Mardhiyyah solat. RasuluLLAH mengajar kita,  ibu bapa supaya menyuruh anak solat ketika umur 7 tahun dan bila berumur 10 tahun sekiranya tidak mahu solat hendaklah dipukul.