Khamis, 20 Disember 2018

Melayu terhimpit

Rungsing resah rasanya melihat dan mengenang bangsa Melayu yang kini terhimpit di setiap posisi.

Dari sudut politik, akhlak, pendidikan dan yang tentunya itu semua terangkum dibawah keagamaan, al-ISLAM.

Penilaian ini mungkin berbeza antara kita. Namun, jika di teliti wujudnya perbezaan ini pun adalah suatu yang meresahkan.

Ramai yang melihat dan menilai bukan dari sudut keagamaan sedangkan ISLAM sebagai agama fitrah untuk sekelian hamba ALLAH telah menjelaskan haram dan halal.

Hebatnya pendidikan dan  pengawalan ISLAM terhadap hamba, di antara halal dan haram itu syubhat. Menyimpulkan, siapa yang jaga syubhat itu adalah orang yang menjaga agamanya dan dirinya yang beragama.

Rabu, 5 Disember 2018

Sebar IMAN

Hari ini dalam sejarah, kali kedua saya mengkritik tentang kebersihan. Kali pertama 10 tahun lalu tentang sampah sarap di depan premis "popia stadium".

Semalam saya kritik kekotoran tempat pembuangan sampah di depan "kedai tayar ustaz" yang serentak di hadapan 4 buah premis kedai makan.

Saya kritik berserta beberapa keping gambar sebagai bukti dan disertai cadangan. Saya nak menduga kerana pihak Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam tentu amat tahu "Kebersihan dari IMAN" dan Majlis Perbandaran ISLAM tentu ingin menjaga dan menyebar IMAN !.

Mujahadah

Syukur pada ILAHI. Setelah dimaklumkan oleh Pegawai Kesihatan, doktor yang merawat pada temu janji tempuh hari bahawa organ buah pinggang telah rosak dan berada pada "tahap 3" hamba ini telah dikurniakan kekuatan untuk bermujahadah dalam pengambilan makanan dan minuman.

Tidak pernah lihat sejak terkena dibetes, FBS setiap jam enam pagi pada tahap umumnya kurang dari 10 iaitu 5.0.

Diketika hendak tidur, paling tinggi 13 dan kebanyakannya RBS kurang 10. Malah beberapa kali HYPO. Makan dan minum terbaik kerana hanya makan nasi hanya separuh senduk dan langsung tidak minum air manis dari gula putih dan susu pekat manis. Juga peranan keberkesanan insulin amat jelas !