Selasa, 27 Februari 2018

Sahabat Ajyad

Sahabat Ajyad

Makhluk rosak

Makhluk rosak

Erdogan

Kena pelajari dan amati kata-kata Erdogan. Tidak boleh cakap hal lain. Kena cakap hal Erdogan.

Seorang hamba ALLAH yang sehingga kini "sentiasa tepat" tindakannya. Dalam urusan negara Turki dan urusan luar Turki.

Ketika suatu usaha pihak yang menentang beliau merancang untuk merampas kuasa Presiden Turki, beliau yang memegang jawatan itu selamat dari dijatuhkan dan selamat Negara Turki dari "musibah". 

Beliau yang berada diluar negara dengan menggunakan gadget telah menggerakkan rakyat keluar dijalanan menentang usaha dan perancangan musuh beliau. 

Akhirnya beliau kekal sebagai Presiden Turki dan Turki selamat dari "rancangan jahat" Amerika. 

Turki aman dan digeruni.Umat Islam pun terselamat dari dari perpecahan.

ALLAH sayangkan

Ustaz Hawari Abbas telah selamat disemadikan selepas solat dzuhur tadi.

Saya mengenali beliau 1996, sewaktu saya mula belajar di Bukit Ajyad Sud, Mekah.

Beliau tinggal di Bukit Kelantan di Ajyad Sud. Tinggal dirumah seorang Kelantani yang jadi rakyat Saudi Arabia iaitu Tuan Haji Abdul Samad.

Kembali ke tanah air, setelah beberapa tahun di Ajyad Sud Almarhum sepenuh masa menyumbangkan ilmu di sekitar Besut.

Beliau diamanahkan sebagai Ketua Urusan Ulamak PAS Besut sehingga ke akhir hayat.

ALLAH SWT sayangkan Almarhum. Dijemput Almarhum malam tadi. Semuga ALLAH menerima amal solehnya dan mengampuni dosanya. "Aamiin"

Isnin, 26 Februari 2018

Wawancara MM - Presiden PAS

Pihak pembangkang jarang-jarang malah dizaman Mahathir selama 21 tahun tidak  diberi peluang oleh akhbar milik kerajaan untuk mengisi ruangannya.

Ahad, 2 Jamad-il-Akhir 1439 bersamaan 18 Februari 2018  PAS diberi peluang oleh akhbar Mingguan Malaysia  dengan mewawancara Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi.

Banyak yang diperjelaskan secara matang yang  bermatlamatkan   kesejahteraan bersama.

Paling tidak penjelasan Tuan Guru Haji Hadi menjadi salah satu dokumen sejarah.

Hakikatnya kerajaan tidak perlu takut kepadpengaruh pihak lain samada dari pihak pembangkang atau sesama parti komponen.

Ketelusan menyalurkan maklumat kepada rakyat adalah suatu kebaikan yang harus di puji dan di terima kasih.

Ahad, 25 Februari 2018

Sabtu, 17 Februari 2018

Batuk

Kenapa batuk agar lebih dari biasa hari ini ?. Bila batuk-batuk begini, teringat pada 2013 lalu.

Batuk kuat berkerana "jangkitan kuman dalam paru-paru". Masuk ward 7 HUSM selama 11 hari.

Pengalaman masuk ward adalah pengalaman yang "berbisa". Banyak bahan pengajaran yang diterima.

ISTIQAMAH "1"

UNTUK bina sesuatu yang baik disisi ALLAH SWT dan RASULULLAH SAW terlalu amat hebat cubaan dan ujiannya. Cabaran, ujian dalaman dan luaran.

Paling pahit cabaran dalaman yang tak disangka-sangka. Cabatan luaran,  kerana termasuk yang dijangka tidaklah sepahit mana.

Kepahitan cabaran dalaman kerana dari segi hujjah tentu tiada hujjahnya. Nak berhijjah apa "tidak sokong pembinaan kebaikan ? ". Hakikatnya, tiada hujjah untuk menghalang sesuatu kebaikan.

Jika berhujjah untuk menghalang kebaikan maka ia sama dengan cabaran luaran.

Tapi ada juga kebaikan yang tidak disokong dan tiada bukti sokongan itu dengan kebaikan jua maka ada rupa bentuk pengamalan negatif yang tersirat. Itu kepahitannya.

Sekiranya dilupakan sesuatu pembinaan kebaikan itu, ia lebih pahit kesanya kerana ALLAH SWT dan RASULULLAH SAW memerintahkan supaya kita ISTIQAMAH.

Melupakan kebaikan dan meninggalkannya bererti ; "gagal"..."gugur"..."gila"..."gong".

Itulah mahalnya sebuah ISTIQAMAH dijalan yang benar.

-------------------------------------------------------------------

2 Jamad-il-Akhir 1439
- AHAD -
18 Februari 2018

Ahad, 11 Februari 2018

Masjid Uthmani

25 Jamad-il-Awwal 1438 H bersamaan 11 Februari 2018 Masjid Uthmani mula pasang bumbung. "Al-HamduliLLAH".

Besarlah harapan dan nampaknya harapan ini akan di makhbulkan ALLAH. Masjid Uthmani ini akan dapat di imarahkan sepenuhnya sebulan lagi. "InsyaALLAH"

Sabtu, 10 Februari 2018

Darul Ulum Al-Muhammadiah

Darul Ulum Al-Muhammadiah yang terletak di Kampung Kolam adalah sebuah sekolah agama hak milik Yayasan Islam Kelantan. Bererti ia adalah hak milik Kerajaan Negeri Kelantan.

Sekolah ini asalnya terletak di Pondok  Muhammadiah atau Pondok Tuan Guru Haji Awang Padang ( Pondok Tok Ayah Awang Padang ) Kampung Kolam.

Saya masih ingat lagi diwaktu saya diperingkat sekolah rendah. Pada waktu pagi saya belajar di Sekolah Kebangsaan Kolam dan waktu  petang bermula jam 1 hingga 6 petang belajar disini.

Guru saya ketika itu ialah Allahyarham Ustaz  Haji Zakaria Kasim yang mengajar Bahasa Arab, Allahyarham Ustaz Haji Shamsuddin Abdul Rahman yang mengajar Feqah dan Haji Tahir Awang yang mengajar Khat.

Yang Amat Berhormat Datuk Muhammad Asri Haji Muda merasmikan sekolah ini pada 1971.

Pada 1998 Darul Ulum Al-Muhammadiah di pindahkan di sebelah tanah milik. Nasib baik saya, dengan takhdir ALLAH terbina  MASJID UTHMANI.

Khamis, 8 Februari 2018

Sulung dan Bongsu

Anak sulung dan bongsu. Yang sulung, AHMAD FATHI RABBANI  di lahirkan  tahun  2003. Yang bongsu AINUL FATIHAH MARDHIYYAH dilahirkan pada 2015.

Bertiga bergambar di bilik tetamu nombor 26, MADRASAH AL-QURAN KUBANG BUJUK (MQKB)

Berwudhu

Fathan JunduLLAH di Masjid Muttaqeen Kepong, Terengganu. Singgah disini sekejap. Biasalah dimasjid ini jadi tempat rehat sekejap semasa ziarah anaknda Ahmad Fathi Rabbani di Madrasah Al-Quran Kubang Bujuk. 

Ustaz Abdul Mubin adalah Imam di Masjid Muttaqeen ini. Beliau adalah lepasan Madrasah Al-Quran Kubang Bujuk.

Berwudhu besar fadhilatnya. Jangan hanya betwudhu ketika hendak solat dan baca Al-Quran saja. Ia perlu dilatih, dididik dari awal lagi.

Ittihadiah Tanjung Pagar

Ainul Fatihah Solehah, 7 tahun  dan Ahmad Fathan Jundullah, 9 tahun.

Bertemu

Ibu dan anak.

Hari Bertuah

Kenangan 16 tahun lalu di Tanah Suci. Kenangan kami berdua selaku suami isteri.

Dua sahabat

Wan Ali dan Adnan adalah dua sahabat sejak awal 80 an. Saya berpisah dengan mereka berdua pada 1988.

Sepeninggalan di luar negara, 1988 - 1999, kemudian setelah balik ke tanah air akhir 1999,  pada akhir tahun 1917 baru saya boleh berhubung semula dengan mereka berdua dan sahabat-sahabat yang lain.

Masing-masing telah punya posisi terbaik dalam masyarakat dan kerjaya, Segala Pujian itu kembali kepada ALLAH, "al-HamduliLLAH".

Mereka berdua adalah pelajar DARUL ULUM AL-MUHAMMADIAH KOLAM. Tinggal di pondok Tok Ayah Padang Kolam.


Cergas Cepat Pangkas Pantas

Ahmad Fathan JunduLLAH.

Fahami Dasar Kita

PAS, sebuah parti politik yang berdasar ISLAM.

Pengajaran istimewa

Penarikan "Datuk" oleh Tuanku Sultan Kelantan daripada  Wan Rahim dan YB Hussam adalah tindakan yang tak boleh dipertikai oleh setiap rakyat yang memahami siapa itu Sultan bagi setiap rakyat Malaysia yang terdidik.

Masjid Uthmani

7 Februari 2018 .. "kakah atas" ...kerangka bumbung dinaikkan. Minggu depan akan dipasang bumbung. "InsyaALLAH". 

Pasukan kerja Haji Will Selising telah seminggu bertungkus lumus disini. Kesungguhan nampak jelas kerana menaikkan besi kerangka hanya menggunakan cara manual. Dengan maksud tidak menggunakan crane.

Selesai pembinaan bumbung akan tumpu kepada pembinaan ruang tepi.

Isnin, 5 Februari 2018

Tok Guru Haji Awang Padang

Pondok Kolam Tok Guru Haji Awang Padang. Nama sebenarnya Muhammad Bin Awang. Almarhum meninggal dunia tahun 1994.

Istimewanya Turki

Saya telah sampai "transit" disini sewaktu balik dari mengerjakan umrah pada 2001.  Sampai di Lapangan Terbang Istanbul pada jam 10 malam dalam kedinginan malam musim sejuk. Sejuk sungguh kerana singgah disini  dengan pakaian berjubah dari Jeddah yang panas sepanas musim panas di Saudi.

Suatu pengalaman diantara pengalaman yang tak dapat dilupai ialah selamatnya beg-beg saya diatas troli yang tertinggal, tak dibawa naik keatas bas dari air port ke hotel.

Saya amanahkan kepada "seorang tua", "pak cik jaga beg saya, saya nak kedepan  untuk uruskan barang ahli jamaah". Setelah jelas maklumat saya tinggalkan beg saya dan kedepan untuk masukkan beg rombongan kedalam gerabak barangan bas.

Setelah selesai kami bertolak dari Air Port Istanbul ke hotel. Lama juga, hampir satu jam diatas bas untuk sampai di hotel.

Dalam bas saya tenang memerhati  malam di sekitar Istanbul. Terlintas kepada beg saya. Lalu bersangka, "tentu ada ahli rombongan yang tolak, angkat naik ke dalam gerabak barangan".

Ringkasnya, sampai saya mengarahkan supaya ahli rombongan mengambil beg masing-masing. Terkejut macam nak pengsan kerana beg saya tak ada. Saya bertanyakan pemandu bas, "semua beg sudah diturunkan dari bas ? ".  Pemandu bas mengiyakan. Terasa nak terkencing nak terberak bila sah beg saya tak ada dalam bas.

Ini baik hati pemandu bas ini. Saya minta beliau bawa kembali ke Air Port. Ringkasnya, sampai di Air Port saya dapati beg saya berada di tengah-tengah ruangan balai ketibaan ruangan luar.

SubhanaLLAH...al-HamduliLLAH, terkeluar dari zon susah ke zon senang. Dalam beg ada paspot. Sekiranya ada masalah tadi, saya mungkin lebih lama berada di Istanbul.

Hanya ada pengalaman "tertinggal beg" tidak "terpaksa lewat" balik dan mungkin akan masuk ke pengurusan Duta Malaysia di Turki kerana rakyat Malaysia kehilangan paspot di Air Port Istanbul.

Mungkin ini antara istimewanya Turki.

Mahathir "1"

Almarhum Dato' Fadhil Noor ( ADFN ) mantan Presiden PAS dalam ucapannya sebagai pemimpin gerakan ISLAM di Malaysia, semasa hayatnnya  sering menegur dan mengecam Dr. Mahathir Mohammad selaku Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO  ketika itu.

ADFN memegang jawatan Presiden PAS diera pemerintahan Dr Mahathir.  Almarhum mengkaji dan memahami pemikiran dan tindakan  Dr. Mahathir memerintah negara.

Selain tidak melaksanakan hukum ALLAH sebagaimana termaktub dalam al-Qur'an, di zaman Dr. Mahathir berlakunya peristiwa paling kejam iaitu tregedi pembunuhan Memali yang mengorbankan seorang guru agama dan belasan pengikut almarhum di Pondok Memali pada 1985.

Almarhum Ustaz Ibrahim Bin Mahmood atau lebih dikenali Ibrahim Libya adalah seorang pendakwah sepenuh masa dalam PAS yang sebelum bekerja di Jabatan Perdana Menteri.

Kelantangan, ketegasan dan keberanian  Almarhum Ustaz Ibrahim Libya mengkritik dan mengecam Kerajaan UBN pimpinan Dr. Mahathir tidak menyenangkan Perdana Menteri Malaysia itu.

Dari asas ketidaksenangan, sakit dengan kritikan pedas dan benar itulah punca tindakan zalim pemerintahan  Dr. Mahathir sehingga melakukan  "tindakan menghalalkan cara".

Hari ini pemerintahan Malaysia bertukar kepada Dato' Najib Tun Razak.  Dr.  Mahathir kini bukan saja berada diluar kerajaan setelah melepaskan jawatan Perdana Menteri secara "terpaksa" malah beliau juga berada diluar UMNO.

Kini, tepat dan benar apa yang berlaku di Malaysia ada kaitan dengan pemerintahan Dr. Mahathir dulu. Ternyata doa ADFN supaya Dr. Mahathir dipanjangkan umur dimakhbulkan ALLAH.

Rohingya

Bila lihat saudara kita bekerja mengangkat bahan yang berat saya rasa kagum dengan kekuatan mereka.

AbduLLAH, bertubuh kecil umur 22 tahun gagah tak padan dengan tubuhnya.

Terdetik dihati, "padan ALLAH uji mereka dengan api".

Masjid Uthmani

Masjid Uthmani naik bumbung

Ahad, 4 Februari 2018

Mahathir.

Setelah menerima tekanan dalaman  UMNO dari bawah hingga keatas, logiknya Mahathir "terasa" tertekan. Paling tidak "tidak puas hati"  lalu secara terpaksa berundur dari kepimpinan UMNO.  Mahathir berhadapan realiti pahit yang meyakinkan beliau bahawa "orang tak mahukan"...tak perlukan aku lagi.

Bagi seorang Mahathir, undur secara paksa dikira kalah. Orang yang sentiasa menang bila menerima "tekanan"jadi rasa kalah dan  "tertekan".

Bila undur, seorang Mahathir iaitu orang yang telah puluhan tahun berkuasa penuh bergaya diktator terasa sangat "kekosongan" dan "kehilangan" sesuatu  yang amat dan teramat-amat mendarah daging dengan beliau iaitu "kuasa" yang dalam erti kata lain sebuah kekuatan, kehebatan, ketinggian dan kebesaran. Itulah kekuasaan. 

Jumaat, 2 Februari 2018

Apa Erti Saya Menganut Islam

Mula buka APA ERTI SAYA MENGANUT ISLAM pada Kuliah Dhuha Jumaat hari ini.

Sebuah buku yang masyhur karangan Almarhum Sheikh Dr. Fathi Yakan, tokoh pejuang ISLAM yang tidak asing dalam dunia ISLAM. 

Buku yang membicarakan tentang pembentukan dan pembinaan peribadi MUSLIM. Membincangkan bagaimana kedudukan keMUSLIMan kita.

Akhirnya membicarakan tentang kedudukan kita dan pergerakan ISLAM.

Ingat dan faham

Pesanan ATGNA

Biar sesuai dengan nama

Sebagai menghormati agama kita,  ISLAM,  saya ingin katakan tentang ISLAM dahulu. 

Bahawa parti politik yang dikaitkan dengan ISLAM  maka keISLAMan yang ada pada parti politik itu diperhatikan. Sejauh mana ?

Begitu juga parti politik yang dikaitkan dengan  MELAYU maka apa keMelayuan yang ada pada parti itu diperhatikan.

Seterusnya nama AMANAH yang ada pada parti itu diperhatikan keAMANAHannya.

Begitu jugalah dengan yang menamakan keADILan !

Sejauhmana keISLAMan ?, keMELAYUan ?, keAMANAHan ?  dan keADILan ?

Juga BERSATU, sejauh mama keBERSATUan mereka.