Ahad, 19 April 2015

hilang suspen dan terkejut


Syukur, semalam jam 6:35 petang diketika matahari hampir terbenam, apa yang dirasakan "terkejut" beberapa minggu lalu kini  selesai kerana isteri melahirkan anak perempuan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu. 



Hari jadi saya jatuh pada 18 April. Anak kelima ini dilahirkan pada 19 April. Apa ertinya ini ? ... jawab mudah saja, "itu ketentuan ALLAH"

Suatu peringatan dari ALLAH SWT bahawa sesuatu yang berat; amanah dan tanggungan perlu diteruskan cabarannya. 

Anak kelima ini saya ingin namakan "AINUL FATIHAH MARDHIYYAH"....."insyaALLAH". MARDHIYYAH adalah satu nama indah milik bidadari yang paling cantik disyurga nanti.  


Maka dengan harapan "kita"  diredhai ALLAH sebagai ahli syurga jadi,  nama anak ini akan diberi nama sebuah pengharapan "ahli syurga yang diredhai NYA"

KECANTIKAN yang diharapkan, bukan tertumpu kepada kecantikan paras rupa tetapi kepada kecantikan dalaman, kecantikan kerohanian sebagaimana harapan kita sendiri, bahawa kita dituntut memohon kecantikan kerohanian iaitu "ISTIQAMAH diatas  jalan MUSTAQEEM"

Insya ALLAH, kita hayati dan amati bersama.

Bermanja dengan anak keempat
 AINUL FATIHAH SOLEHAH FIKRI, 
dilahir pada 11.11.2011,  kakak kepada 
AINIL FATIHAH MARDHIYYAH FIKRyang baru lahir ini.

Jumaat, 3 April 2015

. ... terkejut ... terkejut ...


Pagi ini buat satu keputusan.  Bukannya perkara besar sangat.  Tapi kerana "terkejut" jadi  besar juga.  Suatu peristiwa yang boleh dijadikan pengajaran kepada kita  bersama. "Insya ALLAH"

Merakamkan sikit apa yang saya alami semalam. Isteri saya sedang mengandungkan anak yang kelima.  Semalam ['kelmarin', bahasa Kelate ] isteri saya bersiap untuk solat asar.

Mengambil wudhu dalam keadaan duduk atas kerusi plastik kerana  'meraikan kepenatan' lapan bulan mengandung. Tiba-tiba, saya yang berada diruangan dapur terdengar suatu bunyi pelik !  Bunyi yang boleh dikatakan, dicatat disini "dup" bunyinya. 

Saya terus berkejar keruangan ambil wudhu. Bukan main "terkejut" melihat isteri yang sedang sarat berada atas lantai. Sambil mulut mendoakannya serta berselawat kepada Rasulullah SAW menenangkan untuk keadaan diri sendiri.

Isteri tenang berkata menjelaskan kepada saya, "kaki kerusi patah, jatuh perlahan saja".  Terang dan tenang isteri menjelaskan. SubhanalLAH !!!. Berat berapa kilo dalam kandungan sehingga patah kerusi ?,  hati saya berkata-kata.

Nampaknya tiada sesuatu yang boleh mencemaskan, samada keluar darah atau air ketuban, "Alhamdulullah" Sekiranya terjadi begitu mungkin keterkejutan ini akan menjadi suatu kes yang serius lagi.

Ringkasnya, dari jam empat petang sehingga tujuh malam memerhatikan keadaan 'kesihatan' beliau.  Saya membatalkan jadual peribadi kuliah maghrib semalam di Masjid Perpaduan Ummah di kampong saya sendiri, Kampung Kolam.

Nasib baik ada nombor telephone bimbit Syida, Jururawat Desa. Menanyakan apakah yang sepatut dilakukan sambil menceritakan apa yang berlaku. Jururawat Syida menasihati supaya pergi ke klinik swasta. Kalau boleh 'scan' untuk melihat keadaan anak dalam kandungan. 

Ini yang saya nak KONGSIKAN BERSAMA, dengan niat sesama mukmin. Bukan merendahkan yang bukan mukmin atau bukan Islam. Kita adalah saudara semanusia dan kemanusiaan

Perlu lakukan sesuatu: [1] Bertanyakan 'ahli' tentang perkara yang kita tidak mengetahuinya. [2] Rawatan susulan hendaklah disegerakan selepas sesuatu yang mengejutkan kepada ibu mengandung. 'Scan' diklinik swasta, Klinik Alwani Selising, Pasir Puteh. RM 25 [ kena GST atau tidak, tak tahu ... tapi saya percaya itu 'harga anak beranak' . 

Syukur, saya akan menyambut anak kelima sebelum Ramadhan nanti. "Insya ALLAH" 




 INI anak kami yang ke 3, 
AHMAD FATHAN JUNDULLAH 
yang dilahirkan pada March 2009