Ahad, 19 April 2015

hilang suspen dan terkejut


Syukur, semalam jam 6:35 petang diketika matahari hampir terbenam, apa yang dirasakan "terkejut" beberapa minggu lalu kini  selesai kerana isteri melahirkan anak perempuan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu. 



Hari jadi saya jatuh pada 18 April. Anak kelima ini dilahirkan pada 19 April. Apa ertinya ini ? ... jawab mudah saja, "itu ketentuan ALLAH"

Suatu peringatan dari ALLAH SWT bahawa sesuatu yang berat; amanah dan tanggungan perlu diteruskan cabarannya. 

Anak kelima ini saya ingin namakan "AINUL FATIHAH MARDHIYYAH"....."insyaALLAH". MARDHIYYAH adalah satu nama indah milik bidadari yang paling cantik disyurga nanti.  


Maka dengan harapan "kita"  diredhai ALLAH sebagai ahli syurga jadi,  nama anak ini akan diberi nama sebuah pengharapan "ahli syurga yang diredhai NYA"

KECANTIKAN yang diharapkan, bukan tertumpu kepada kecantikan paras rupa tetapi kepada kecantikan dalaman, kecantikan kerohanian sebagaimana harapan kita sendiri, bahawa kita dituntut memohon kecantikan kerohanian iaitu "ISTIQAMAH diatas  jalan MUSTAQEEM"

Insya ALLAH, kita hayati dan amati bersama.

Bermanja dengan anak keempat
 AINUL FATIHAH SOLEHAH FIKRI, 
dilahir pada 11.11.2011,  kakak kepada 
AINIL FATIHAH MARDHIYYAH FIKRyang baru lahir ini.

Jumaat, 3 April 2015

. ... terkejut ... terkejut ...


Pagi ini buat satu keputusan.  Bukannya perkara besar sangat.  Tapi kerana "terkejut" jadi  besar juga.  Suatu peristiwa yang boleh dijadikan pengajaran kepada kita  bersama. "Insya ALLAH"

Merakamkan sikit apa yang saya alami semalam. Isteri saya sedang mengandungkan anak yang kelima.  Semalam ['kelmarin', bahasa Kelate ] isteri saya bersiap untuk solat asar.

Mengambil wudhu dalam keadaan duduk atas kerusi plastik kerana  'meraikan kepenatan' lapan bulan mengandung. Tiba-tiba, saya yang berada diruangan dapur terdengar suatu bunyi pelik !  Bunyi yang boleh dikatakan, dicatat disini "dup" bunyinya. 

Saya terus berkejar keruangan ambil wudhu. Bukan main "terkejut" melihat isteri yang sedang sarat berada atas lantai. Sambil mulut mendoakannya serta berselawat kepada Rasulullah SAW menenangkan untuk keadaan diri sendiri.

Isteri tenang berkata menjelaskan kepada saya, "kaki kerusi patah, jatuh perlahan saja".  Terang dan tenang isteri menjelaskan. SubhanalLAH !!!. Berat berapa kilo dalam kandungan sehingga patah kerusi ?,  hati saya berkata-kata.

Nampaknya tiada sesuatu yang boleh mencemaskan, samada keluar darah atau air ketuban, "Alhamdulullah" Sekiranya terjadi begitu mungkin keterkejutan ini akan menjadi suatu kes yang serius lagi.

Ringkasnya, dari jam empat petang sehingga tujuh malam memerhatikan keadaan 'kesihatan' beliau.  Saya membatalkan jadual peribadi kuliah maghrib semalam di Masjid Perpaduan Ummah di kampong saya sendiri, Kampung Kolam.

Nasib baik ada nombor telephone bimbit Syida, Jururawat Desa. Menanyakan apakah yang sepatut dilakukan sambil menceritakan apa yang berlaku. Jururawat Syida menasihati supaya pergi ke klinik swasta. Kalau boleh 'scan' untuk melihat keadaan anak dalam kandungan. 

Ini yang saya nak KONGSIKAN BERSAMA, dengan niat sesama mukmin. Bukan merendahkan yang bukan mukmin atau bukan Islam. Kita adalah saudara semanusia dan kemanusiaan

Perlu lakukan sesuatu: [1] Bertanyakan 'ahli' tentang perkara yang kita tidak mengetahuinya. [2] Rawatan susulan hendaklah disegerakan selepas sesuatu yang mengejutkan kepada ibu mengandung. 'Scan' diklinik swasta, Klinik Alwani Selising, Pasir Puteh. RM 25 [ kena GST atau tidak, tak tahu ... tapi saya percaya itu 'harga anak beranak' . 

Syukur, saya akan menyambut anak kelima sebelum Ramadhan nanti. "Insya ALLAH" 




 INI anak kami yang ke 3, 
AHMAD FATHAN JUNDULLAH 
yang dilahirkan pada March 2009

Khamis, 26 Mac 2015

angkuh, sombong,, ekstremnya dap

SUATU HAKIKAT, mereka yang tidak beriman adalah mereka yang angkuh. Angkuh itu adalah keperibadian menyempurnakan ketidakpercayaan mereka kepada al-ISLAM. 

ISLAM mensifatkan demikian. Perhatikan ayat al-Qur'an dari Surah al-Baqarah ayat 34 yang bermaksud, "Dan[ingatlah] ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah [ beri hormat ] kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekeliannya tunduk memberi hormat melainkan iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadikan ia dari golongan yang kafir" .....maksud diambil dari Tafsir Pimpinan Ar-Rahman.

Keangkuhan iblis dapat dilihat dari keengganan melaksanakan hukum yang ditetapkan kepada mereka ALLAH SWT, "Tunduk" ... beri hormat kepada Adam. Mereka berani menunjukkan samseng dan keangkuhan disebabkan tidak berimannya mereka. 

Mereka tidak mahu percaya kepada ALLAH SWT walaupun mereka TAHU  tentang ALLAH SWT. Sekiranya mereka percaya tentu mereka tidak mencipta hukum hasil dari kedangkalan dan kelemahan mereka. 

Pengajaran mudah dari peristiwa tersebut dalam mengenali watak kafir dikalangan manusia ialah kewujudan makhluk yang tidak mahu merendah diri kepada kebenaran. Alangkah baiknya, demi menjaga hubungan baik PAKATAN

Lim Guan Eng mengisytiharkan secara terbuka bahawa Tuan Guru Haji Hadi itu seorang yang tidak amanah dan tidak berakhlak. Lalu memutuskan hubungan dengan 'Presiden PAS' itu.

Hakikatnya kita orang berimah telah tahu dan sedar siapa Lim Guan Eng. Namun dari sudut politik, pengisytiharan terbuka ini akan mengeruhkan suasana. 

Akan membentuk kemas jiwa-jiwa yang menentang DAP. Juga secara terbuka mungkin ! .. logik .... politik !!! Bukanlah saya taksub kepada Tuan Guru Haji Hadi, sehingga mengeluarkan hujjah dan perbandingan antara makhluk iblis dan Lim Guan Eng.

Apa yang ingin saya tonjolkan ialah kesanggupan Lim Guan Eng mengisytiharkan pendirian 'putus hubungan' dengan Presiden PAS kerana tidak selari dengan beliau dan DAP. Ini menunjukkan beliau bertegas berlawan dengan cita rasanya, ' k e r a s ' dan ' e k s t r e e m ' nya seorang yang bernama Lim Guan Eng terhadap individu muslim yang tidak mengikuti cita rasa politik DAP. 


Bukan maksud, bila tidak menerima apa yang di putuskan pendekatan Tuan Guru Haji Hadi, jadi kafir... bukan begitu. Bila dasar berbeza, terutama dengan al-ISLAM maka watak angkuh adalah watak yang sempurna sebagai bukti penentangan dan keengkaran. 

Ingat !!!! Hukum hudud adalah sebagai batu petanda disisi ALLAH SWT untuk mengukur sejauh mana kemusliman dan keimanan seseorang hamba NYA. Juga hukum hudud adalah batu sempadan disisi ALLAH untuk menjelaskan sejauh mana keengkaran manusia kepada NYA Yang Maha Kuasa dan Maha Adil. 

Jika yakin dengan keadilan ALLAH yang bersifat Yang Maha Adil, tak perlu ulas tentang hukum-hukum lain yang juga adil sifatnya konon. Perbezaan pendekatan dan cara untuk melaksanakan hukum itu adalah suatu perkara lain. 

ISLAM pun mengajar umatnya supaya berlapang dada dalam menghadapi perbezaan. ALLAH Yang Maha Adil, maka hukum NYA wajib adil, positif selamanya tanpa perbandingan dari sudut mana pun. 

"Kepada ahli-ahli PAS, marilah kita sama-sama
memohon petunjuk dan istiqamah dari ALLAH SWT.

Saya yakin, dihadapan hari,  manusia yang bernama Lin Guan Eng itu dan bapanya itu akan melakukan banyak  lagi yang "meyakitkan PAS" dan muslmin.

Kita sama-sama tengok nanti !!!

Sabtu, 14 Februari 2015

tgna selamat disemadikan

Semalam, sejak pagi berada di Pulau Melaka untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham TGNA
Tuan Guru Nik Abdul Aziz, tahun 1990 di Masjid Jamaat-e-Islami, Mansoorah, Lahore. Saya dan antara sahabat-sahabat yang ada disitu ; Ustaz Razid Mohammad Tok Bali, Ustaz Hasbullah Tok Jiring, Ustaz Zaki Ali Dungun, Ustaz Zulkifli Ahmad Kedah, Ustaz Suhaimi Dungun, Ustaz Razi Thailand, Ustaz Ramli Kedah dan lain-lain sembang selepas solat subuh. Saya masih ingat lagi antara kata-kata Tuan Guru di pagi itu, "ana takut pegang jawatan Menteri Besar, takut hati saya rosak di masuki dunia, tolong doakan ana biar selamat". Kata-kata Almarhum ini menjadi antara kata-kata keramat beliau yang masuk bertapak dihati saya. Masih segar liuk lenggok 'ori bahasa Kelantan' nya.

Selasa, 13 Januari 2015

masjid uthmani kita punya

Masjid Uthmani perlukan bantuan


Perlu disiapkan.  Perlu bantuan dana. Saya MOHON anda ke laman web www.masjiduthmani.blogspot.com. Ia boleh membantu anda menuju kearah maklumat lengkap untuk merancang kebajikan.

Bantuan kepada yang memerlukan. Kesepatutannya, bila tahu terus ke step kedua. "BerINFAQ sebelum di MINTA".  Tanda faham, tanda hati hidup dan lembutnya hati.

Ahad, 11 Januari 2015

bertolongan bertaqwa ... infaq


Tolong menolong adalah sifat yang terpuji. Ia terletak  dibawah arahan ketaqwaan. Taqwa adalah sifat terpuji yang menjadi pemangkin hubungan baik antara hamba dengan Khaliqnya. Taqwalah bekalan yang paling utama yang perlu ada ketika berjumpa dengan ALLAH SWT nanti. Ini telah jadi ketetapan ILAHI.

Orang sosialis pun kata mereka bertolongan juga dan itu adalah tanggungjawab sosial mereka. Apa kita nak kata kepada mereka? Ya, benar kamu telah bertolong tolongan. Tidak kira kamu melakukannya dengan siapa dan kepada siapa tapi tolong menolong itu ada ketikanya ada pada kamu.

Persoalannya kamu bertolongan itu atas asas apa ? ... apa matlamatnya ?