Isnin, 26 November 2012

ujian lagi ! ... mungkinkah ada lagi ?



Ujian ALLAH SWT



Apa yang saya fahami ;  yang sukar dan sulit ialah meningkatkan  dan mempertahankan keimanan. Sulit mempertahan dan meningkatkannya.    Sedangkan kerja mempertahankan keimanan dan meningkatkan keimanan adalah kerja utama si mukmin

Sifat keimanan umat tidak sama dengan keimanan para ambia'. Namun, kesulitan ini bukanlah suatu yang mendukacitakan kerana ia sememangnya telah menjadi 'jadual' Allah SWT.

Ujian adalah  sebahagian dari  'jadual pentadbiran' Allah SWT.  Termaklum, bahawa ujian adalah besar matlamatnya disisi Allah SWT.  Allah SWT sentiasa melakukan penyaringan dalam menentukan keimanan hamba NYA. Sejauhmana ketaatan dalam pengabdian hamba.

Lulus ujian bererti berjaya menjaga dan meningkatkan keimanan. Lalu ALLAH terus menguji kedudukan iman yang dikatakan  meningkat itu. 

Tujuan saya meleretkan bahasa saya kali ini setelah lama tidak berblog ialah untuk menyatakan bahawa Mesir, bumi ambia' dibawah pentadbiran Dr. Morsi bergolak lagi.  Subhanallah ...

Pergolakan adalah ujian dan saringan dari NYA.   Pertembungan sesama sendiri adalah ujian yang besar risikonya.  Yang sentiasa merancang untuk menggagalkan Dr.Morsi ialah musuh 'disebelahnya' yang baru minggu lepas membunuh ratusan rakyat Palestine. 

Kita semua kenal dengan musuh kita itu.

Mereka itu adalah golongan yang telah dilaknati Allah SWT.  Tetapi menghairankan kerana terdapat mereka yang setiap hari mengutuk golongan ini tetapi sebaluknya mengikut dan merujuk kepada golongan ini.

Sebagai hamba Allah SWT yang cintakan Islam dan perjuangannya, sama-samalah kita memohon dari Allah supaya memberi pertolongan kepada pejuang-pejuang Islam di bumi Mesir itu. 

Berkebetulan dengan pergolakan di bumi Mesir itu, di bumi Malaysia hari 'hidup' dengan isu yang mungkin 'mematikan' pasukan Harimau Malaya setelah kalah ditangan Singapura 3 - 0 malam tadi.

Sepatutnya kita berbicara isu yang lebih besar lagi. Isu di Mesir ada kaitan dengan maruah kita selaku seorang mukmin. 

Isu bola, yang paling banyak disebut ialah nama Rajagopal !. Ketika itu anda mungkin lupa kepada golongan yang sentiasa menang sehingga terkini iaitu golongan " addhalliin "  dan  golongan  " al-maghdhuub " 

Ingatlah bahawa perjuangan yang diamanahkan kepada  kita ialah untuk mengalahkan golongan tersebut

Pelajari dan kajilah Surah Al-Fatihah kerana ia mengajar tentang hakikat kehidupan dan ujian dari Allah SWT   





Selasa, 18 September 2012

ainul fatihah solehah Fikri

Syukur kehadrat Allah SWT diatas anugerahNya. Saya dianugerahkan seorang puteri yang kini telah mencapai umur sepuluh bulan, Ainul Fatihah Solehah Fikri

Solehah nama panggilan harian yang dilahirkan pada 11/11/11 jam 3 pagi Jumaat setelah menanti dengan penuh debaran sejak beberapa hari sebelum tarikh tersebut.

Bererti saya mempunyai dua puteri. Kakaknya, 6 tahun diberi nama Ainul Fatihah Mujahidah.  Kedua-duanya Ainul Fatihah. Yang berbezanya ialah antara Mujahidah dan Solehah


Diharap anak-anak kita memberi manfaat yang sebenarnya kepada agama. Amin.  Semua ibu bapa mempunyai harapan yang tinggi terhadap anak-anaknya. Hasrat untuk mendapat dan melakukan kebaikan adalah fitrah. Ia adalah anugerah Allah SWT. "Al-HamduliLLAH "

Justeru, sebagai lanjutan dari kefahaman bahawa ia adalah anugerahNya mak marilah kita mendekatkan diri kepadaNya keran disisiNya hakikat kebaikan.   Kebaikan adalah hak milik mutlak Allah SWT.

Bagi saya, yang sedang membina sebuah masjid yang diberi nama MASJID UTHMANI [ www.masjiduthmani.blogspot.com ] tentunya mengharap anak-anak menyambung menjaga  ' r u m a h   ALLAH ' ini. 

Berasaskan kefahaman dan keyakinan ini maka saya terlebih  dahulu mengucapkan " terima kasih " kepada anda selaku hamba Allah SWT yang sempat melayari blog ini dan blog MASJID UTHMANI.  Satu lagi blog / laman web masjid ialah www.masjiduthmani.com 

Tema pembinaan masjid ini ialah MEMAKMURKAN BUMI ALLAH. Maka sesiapa yang ingin membantu saya dan hakikatnya membantu diri sendiri bolehlah memasukkan kedalam akaun MASJID UTHMANI atau hubungi saya ' FIKRI '  013-99 764 99.

Terima kasih.

Sekian