Jumaat, 3 April 2015

. ... terkejut ... terkejut ...


Pagi ini buat satu keputusan.  Bukannya perkara besar sangat.  Tapi kerana "terkejut" jadi  besar juga.  Suatu peristiwa yang boleh dijadikan pengajaran kepada kita  bersama. "Insya ALLAH"

Merakamkan sikit apa yang saya alami semalam. Isteri saya sedang mengandungkan anak yang kelima.  Semalam ['kelmarin', bahasa Kelate ] isteri saya bersiap untuk solat asar.

Mengambil wudhu dalam keadaan duduk atas kerusi plastik kerana  'meraikan kepenatan' lapan bulan mengandung. Tiba-tiba, saya yang berada diruangan dapur terdengar suatu bunyi pelik !  Bunyi yang boleh dikatakan, dicatat disini "dup" bunyinya. 

Saya terus berkejar keruangan ambil wudhu. Bukan main "terkejut" melihat isteri yang sedang sarat berada atas lantai. Sambil mulut mendoakannya serta berselawat kepada Rasulullah SAW menenangkan untuk keadaan diri sendiri.

Isteri tenang berkata menjelaskan kepada saya, "kaki kerusi patah, jatuh perlahan saja".  Terang dan tenang isteri menjelaskan. SubhanalLAH !!!. Berat berapa kilo dalam kandungan sehingga patah kerusi ?,  hati saya berkata-kata.

Nampaknya tiada sesuatu yang boleh mencemaskan, samada keluar darah atau air ketuban, "Alhamdulullah" Sekiranya terjadi begitu mungkin keterkejutan ini akan menjadi suatu kes yang serius lagi.

Ringkasnya, dari jam empat petang sehingga tujuh malam memerhatikan keadaan 'kesihatan' beliau.  Saya membatalkan jadual peribadi kuliah maghrib semalam di Masjid Perpaduan Ummah di kampong saya sendiri, Kampung Kolam.

Nasib baik ada nombor telephone bimbit Syida, Jururawat Desa. Menanyakan apakah yang sepatut dilakukan sambil menceritakan apa yang berlaku. Jururawat Syida menasihati supaya pergi ke klinik swasta. Kalau boleh 'scan' untuk melihat keadaan anak dalam kandungan. 

Ini yang saya nak KONGSIKAN BERSAMA, dengan niat sesama mukmin. Bukan merendahkan yang bukan mukmin atau bukan Islam. Kita adalah saudara semanusia dan kemanusiaan

Perlu lakukan sesuatu: [1] Bertanyakan 'ahli' tentang perkara yang kita tidak mengetahuinya. [2] Rawatan susulan hendaklah disegerakan selepas sesuatu yang mengejutkan kepada ibu mengandung. 'Scan' diklinik swasta, Klinik Alwani Selising, Pasir Puteh. RM 25 [ kena GST atau tidak, tak tahu ... tapi saya percaya itu 'harga anak beranak' . 

Syukur, saya akan menyambut anak kelima sebelum Ramadhan nanti. "Insya ALLAH" 




 INI anak kami yang ke 3, 
AHMAD FATHAN JUNDULLAH 
yang dilahirkan pada March 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan