Sabtu, 25 Mac 2017

raja jembal "tunjuk bisa"

"Baik, bagus, setuju dan suatu tindakan yang tepat",  tindakan keluarga Allahyarham TGNA yang membuat lapuran polis terhadap pihak dan yang menggunakan  nama Almarhum untuk menarik sokongan orang ramai supaya menyokong dan menyertai PAN. Ini jelas sekali !. Kesannya negatif dan buruk kepada keluarga Raja Jembal itu dan kepada PAS khususnya.

Tentu sekali  keluarga Almarhum dan ahli PAS terfikir kerana Almarhum TGNA meninggal dunia dalam PAS dan ketika itu Almarhum sebagai Mursyidul 'Am PAS. Tiba -tiba pihak PAN membuat program berkaitan Almarhum yang mentafsirkan pemikiran Almarhum secara yang dikehendaki yang sesuai dengan pemikiran dan  parti mereka yang kini menentang PAS secara terbuka. Sedangkan nilai pemikiran Almarhum adalah tidak boleh dipisahkan dengan PAS.

Ada diantara mereka yang telah berani ber "kalau" iaitu "kalau Tok Guru Nik Aziz ada tentu Tok Guru akan sertai PAN".  Ramai yang sakit hati dan marah dengan "kalau" ini. Jelas, ia suatu ucapan yang melampau. Mengatakan "kalau" sedemikian bukannya suatu hujjah yang benar. Tapi hujjah yang tidak benar ini digunakan untuk menunjukkkan beliau memahami siapa Almarhum dan mereka nak sifatkan PAS itu tidak benar.

"Terima kasih" diatas kejelasan pemikiran dan pegangan dasar keluarga "Ayah Ziz". Mereka bimbang kerana dengan lemahnya penghayatan dan pengorbanan mereka "bekas ahli dan pemimpin PAS itu menjadikan PAS boleh pecah. Tidak mustahil, hubungan kekeluargaan boleh juga pecah disebabkan sentimen ini.

Cukuplah PAN, jujurlah. Buatlah sesuatu yang disukai. Tak payah sebut dan libatkan orang yang meninggal dunia. Walaupun ini bersifat pemikiran dan politik semasa, bukannya harta pesaka tetapi ancaman pecah dan perpecahan keluarga boleh berlaku. Apatah lagi kerana ahli keluarga "Ayah Ziz" telah menghidu bahawa ada antara keluarga Almarhum yang cenderung kepada PAN. 

Banyak lagi perkara harmoni yang boleh dibuat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan