Rabu, 14 Mac 2018

Putera

Sahabat 1970an, di SMK PUTERA ; Abdul Halim, Abdul Rahim, Hasnan dan Haji Man pada 14 March 2018 lalu datang menziarahi ku.

Sejak 1979 berpisah di PUTERA tak pernah jumpa. Ketika itu baru 17 tahun, kini setelah umur melepasi separuh abad berjumpa kembali.

Alangkah sayangnya kepada sahabat semasa muda-muda dulu. Aku peluk dan cium mereka.

Dengan mereka ; dulu selalu makan minum, bersukan, bertegang leher dan ber"geng" ala dan gaya sekelas dan sebumbung sepersekolahan. 

Kini setelah tua bertaut kembali dengan kematangan beranak dan bercucu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan