Jumaat, 13 April 2018

Percaya ?

Siapa anda dan siapa yang mengeluarkan fakta ini. Anda percaya atau tidak itu terpulang kepada anda !

Saya percaya ini sebagai suatu fakta yang sah. Fakta ini muncul diambang PRU14. Namun, sekiranya tidak diambang PRU pun fakta ini perlu untuk merancakkan daya fikir kerana maklumat adalah asas untuk berfikir dan bertindak.

Antara yang digembar gembur dan  realiti KELANTAN - TERENGGANU. Kelantan digambarkan kebelakang dari Terengganu. Selama ini anda dimana dalam mengolah kemajuan minda ?

Kedua negeri Melayu yang diperintah oleh orang Melayu dari parti dominan Melayu. Cuma di Kelantan dari parti Melayu yang berdasar ISLAM dan di TERENGGANU dari parti Melayu yang berdasar keBANGSAan Melayu.

Negeri Terengganu dapat dana yang banyak dari Kerajaan Persekutuan  manakala Kerajaan Kelantan disekat  dana dari  Kerajaan Persekutuan.

Saya melihat rakyat Kelantan berdaya fikir lebih tinggi dari rakyat Kelantan walaupun bersama pembangkang PAS  !.

Mungkin sikap saya tidak adil tapi saya bukan sehari dua dalam PAS. Saya mengikuti PAS sejak 1985 dan selalu membuat perbandingan dan kajian tentang perkara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan