Jumaat, 3 November 2017

merempuh benteng

AKTIVITI "Kuliah Jumaat Mingguan" atau "Kuliah  Dhuha Jumaat" adalah suatu medan penyebaran dan  pencarian ilmu serta tapak pembinaan pengaruh pihak penganjur. Tidak kira samada yang menganjur itu seorang individu atau dari sebuah pertubuhan atau persatuan. 

Di Kelantan, waktu dhuha adalah waktu "Kuliah Jumaat".  Di kebanyakan tempat dinegeri ini, kuliah dimulakan pada jam 9:30 pagi. Bagi membesar dan menggalakkan penyebaran ilmu, Kerajaan Negeri Kelantan sejak dizaman ATGNA telah mengisytiharkan hari Jumaat ialah "hari menuntut ilmu".

Ditengah-tengah bandar Kota Bharu di Jalan Dato Pati di isytiharkan sebagai MEDAN ILMU dengan "Kuliah Jumaat" ini dulunya  dikendali dan disampaikan oleh ATGNA sendiri.  Kini ia disambung oleh tokoh-tokoh pemimpin Kerajaan Negeri Kelantan dan pemimpin tinggi PAS.

"Al-hamduliLLAH", boleh panjatkan pujian kepada ILAHI diatas nikmat ini. Tiada sebuah kerajaan yang melaksanakan usaha sebegini seperti Kerajaan Negeri Kelantan.

Diatas sifat cintakan agama dan perjuangannya, sepatutnya majlis-majlis ilmu dihadiri ramai tapi disebaliknya yang  berlaku. Di MEDAN ILMU tiada perubahan akan kehadiran "penuntut".  Sejak zaman ATGNA  ia sentiasa mendapat sambutan ramai. Mungkin kerana faktor majlis ini di tengah-tengah bandar.

Saya pernah mencadangkan  supaya pihak yang bertanggungjawab di Kelantan memperkasakan "majlis ilmu". Mesti meletakkan matlamat paling kurang di suatu Kawasan Parlimen diadakan satu kuliah  ilmu diwaktu dhuha yang istumewa itu.

Tentu ia tidak releven kerana sebuah  kawasan seperti Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan seumpamanya adalah sebuah kawasan yang luas.

Jika demikian, laksanakanlah "majlis ilmu" satu majlis disetiap Dewan Undangan Negeri [ DUN ]  seperti Jelawat, Perupuk dan Tawang dengan setiap satu Kuliah Jumaat.

Kawasan yang paling baik ialah dengab mewujudkan pada setiap Unit Peti Undi [ UPU ] satu "majlis ilmu".

Perlu disebut bahawa di setiap UPU perlu ada sekurangnya dua cawangan PAS. Manakala satu cawangan ada puluhan ahli. Maka ahli ini bertanggungjawab menghidupkan "Kuliah Dhuha Jumaat".

Paling tidak disetiap UPU akan keluar ahli sekurang-kurangnya 10 orang muslimin dan 10 orang muslimat menjadikan 20 orang ahli yang menuntut memahami dasar perjuangan ISLAM.

Telah dibincangkan bersama bahawa seumpama itu perlu penyertaan semua pihak yang terlibat

Namun, apa yang terjadi disebaliknya.  Saya menekankan bahawa, selain  dari Kuliah Jumaat itu sebagai suatu medan untuk mendapat ilmu wahyu rutin mingguan jadikan medan ini sebagai medan untuk MEREMPUH BENTENG dalam perjuangan ISLAM.

Kekuatan MEREMPUH BENTENG dari kalangan ahli tentu akan membuahkan kebaikan. Perjuangan ISLAM dilihat berpengaruh.

Dengan adanya penguasaan  suasana ahli HARAKAH menuntut ilmu menunjukkan kekuatan wadah dan pengaruhnya.

Setiap 'amilin perlu sedar dan berpegang teguh bahawa MEREMPUH BENTENG  adalah suatu dari bentuk keperibadian.

Apakah "benteng" yang perlu dirempuh dan kenapa perlu dirempuh ?. Dalam politik, sukar untuk merempuh benteng tersebut kerana adanya "politiking" yang berbagai.

BENTENG itu WAJIB di REMPUHI. Keupayaan MEREMPUH BENTENG itu adalah dari seorang yang berjiwa MUJAHID, bukannya dari "politikal kampungan". Jadilah "politikal islah".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan