Isnin, 8 November 2010

tuan guru dan haji 1431

Haji TGNA 1431 dan liku-lukunya

Haji 1431, 10 hari lagi kerana hari ini  1 Zulhijjah 1431. Teringat setahun yang lalu. Ribut di Kelantan berikutan muncul isu 'tajaan' ke Mekah. Rancangan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tergendala.

TGNA membatalkan niatnya ke Mekah berikutan dirinya dikaitkan dengan rasuah untuk menunaikan haji dengan wang 'tajaan'. Tsunami fitnah yang melanda Tuan Guru amat hebat.

Matlamat mahu menjatuhkan Tuan Guru, juga sekali gus menjatuhkah Kerajaan Kelantan dan PAS amat jelas sekaliBenarlah, fitnah itu 'lebih dahsyat dari peperangan", rancangan untuk berbuat kebajikan tergendala bila fitnah menguasai suasana !.
.
Tahun ini, hari Rabu lusa, 3 Zulhijjah Tuan Guru akan berangkat ke Mekah. Beliau akan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail, Pengkalan Chepa jam 10 pagi. Apa yang nak sebut disini, ialah badai ujian yang menempuh TGNA tahun lalu.

Jika tidak di calitkan dengan sikap dan kerenah politik pihak-pihak yang berpolitik kotor dan jahat, isu tahun lepas tak wujud kerana setiap orang yang hendak ke Mekah tentu memahami bahawa modal hendak terbang kesana mestilah dari sumber yang halal.
.
Masakan Tuan Guru tidak dapat menilai perkara ini. Oleh yang demikian, kalau tidak kerana berniat buruk demi mencapai matlamat politik sepatutnya isu ini tak muncul atau kemunculannya janganlah sampai terhalang seorang untuk pergi mengadap Allah. Busuknya hati mereka yang menghalang Tuan Guru untuk ke Mekah.
.
Tahun ini, sunyi sepi tak ada sebarang isu dan rungutan. Tiada peluru yang dilepaskan kepada Tuan Guru. Saya ternanti nanti apakah ulasan pemergian Tuan Guru tahun ini. Kata-kata sinis, "Ke Mekah selepas kalah di Galas" misalnya, tiada langsung walaupun sememangnya kalah di Galas tempohari.
.
Dukacita Tuan Guru tahun lalu terubat kerana dapat menziarahi RasululLah S.A.W. tahun ini. Sepatutnya orang yang beragenda untuk menjatuhkan Tuan Guru tahun lalu merasa malu. Paling tidak malu kepada diri sendiri. Tapi kerana malu itu sebahagian dari iman maka tak perlu cakap pasal malu kerana orang yang tiada iman tiada perasaan malunya.
.
"Jika kamu tidak malu, lakukan apa saja", adalah maksud hadith Rasulullah S.A.W. Orang yang berpolitik kotor, bererti kotorlah jiwanya. Jika ia punya iman tentu ia tidak memilih untuk memasukan diri kedalam kancah kekotoran. Jika diri dalam kekotoran, melakukan kesalahan kepada manusia maka tentunya akan bertembung dengan kesukaran dalam hidup kerana kesalahan dengan manusia perlu memohon maaf dengan manusia. Orang yang semacam ini akan sentiasa jahat jiwanya. Makin lama makin bongkak dan sombong.

Kepada Tuan Guru, selamat berangkat ke Mekah " 'ala barkatil Lah". Tentunya Tuan Guru mendoakan agar Kerajaan Negeri Kelantan kekal "Membangun Bersama Islam" dan PAS tetap teguh mengemudi dan menerajui perjuangan Islam di bumi Malaysia tercinta. Semuga Tuan Guru dipanjangkan umur dan sihat untuk memimpin ummah ini.
.
Moga-moga buah fikiran saya yang tak seberapa ini memberi suatu sumbangan kepada mereka yang ingin bermuhasabah dan membaiki diri...mencari redhaNya. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan