Jumaat, 26 November 2010

cina muslim di malaysia


Bersama Ann Wan Seng sempena Ekspo Cheng Ho - Kelantan 2010

Penuh keyakinan, Islam yang diyakini .... Islam Untuk Semua

Pertemuan Mesra
Dia, menulis boleh, berceramah pun  boleh, menyampaikan motivasi pun dia boleh....kemuncaknya, Islam pun Ann Wan Seng boleh.  Islam sendiri memang boleh untuk semua. "Islam Untuk Semua". Begitulah sifat Islam dan begitulah jika seseorang yang telah menerima hidayah.

Senang nampaknya Ann Wan Seng bersembang dengan saya tentang Islam walau pun pertemuan dalam keadaan yang sibuk, maklumlah dalam keadaan Ekspo Cheng Ho.

Orang ramai tak putus-putus, nak bergambar, nak bertanya, nak mengucapkan tahniah....termasuk saya. Memang Ann Wan Seng seorang berwatak pendakwah. Senang diajak berbual dan mengeluarkan buah fikiran sebagaimana beliau senang mengeluarkan buah fikiran dalam buku-buku tulisannya.

Mungkin kerena Ann Wan Seng sedang mempromosi produknya menyebabkan beliau semacam itu. Seorang peniaga mestilah berkeperibadian yang baik. Muka manis, pandai bersembang dan melayan pelangannya.

Pengalaman saya, pernah menasihati seorang tuan punya kedai runcit. "Saya datang ke kedai awak, saya tetamu awak tapi saya lihat air muka awak semacam sayang sangat kepada benda dalam kedai awak. Semacam awak tak mahu orang datang dan tak mahukan wang orang, sedangkan awak berniaga. Nampaknya awak terasa cukup kukuh dengan barang kepunyaan awak dalam kedai ini". Lalu tersentak tuan punya kedai. "kenapa ?".

Lalu saya beritahu tentang stylenya sebagaimana yang saya lihat. Masuk kedalam kedainya rasa takut kerana melihat kepada air mukanya yang serius tanpa sepatah kata yang manis. Juga rasa naik benci kerana bila masuk kedalam kedainya disambut dengan air muka yang begitu, tak bertegur sapa walau sepatah, "tengoklah, nak apa tu ? ",  dilihatnya kita ini bukan macam tetamunya. Malah nampak air muka curiga kepada pelanggannya.  " Bukankah Islam mengajar bahawa senyum iaitu satu sedeqah dan jangan dipandang kecil kebajikan itu ".

Saya pun tahu mungkin inilah kelemahan saya bila berhadapan dengan situasi sebegini.  Jadi, saya kalah dengan suasana ini tapi realitinya watak dan keperibadian itu suatu daya penarik untuk suatu pelaburan dan keuntungan yang lebih besar lagi, apatah bagi seorang pendakwah.  

Kerana apa ? "Serius tak bertempat". Memang pandai Cina berniaga. Berniaga bukan dengan kepakaran dan faham tentang perniagaan tetapi berniaga dengan menunggu pelanggan masuk yang terpaksa membeli kerana hendakkkan sesuatu. Bila dalam fikiran, aku buat macam mana pun orang beli dan kalau orang tak beli, "aku tak peduli". Ini menunjukkan orang itu tak pandai berniaga.

Pelanggan yang masuk pertama kali mesti dilayan dengan layanan yang baik kerana dengan kedatangan pertama kali ini akan membuahkan rezeki yang seterusnya. Kena cara pelanggan akan datang lagi.

Islam mengajar kepada penganutnya supaya berkenalan. Hasil dari perkenalan boleh melakukan sesuatu atas nama taqwa. Berniaga yang halal dan bersih adalah taqwa. Taqwa adalah bekal. Berniaga sedemikian boleh masuk syurga juga !. Buka berniaga untuk dapat wang semata tetapi untuk dapat taqwa.

Saya akan menjadi pembeli tetap kepada buku-buku karangan Ann Wan Seng. Mahalnya kerana beliau melihat dirinya seorang bangsa Cina yang muslim. Rahsia-rahsia hidup sebelum Islam menjadikan dirinya seorang pendakwah yang mahal nilainya. Kebolehannya tiada rahsia lagi.



Buku dan Ann Wang Seng

.... kita kena banyak membaca ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan