Isnin, 25 Jun 2018

Perpisahan 1988



Gambar yang tak terduga masih ada. Dijumpai terselit dalam sebuah buku. Gambar 1988, yang diambil oleh siapa saya  tak tahu. 1988 hingga  2018, 30 tahun masih elok lagi.

Saya berucap dalam MAJLIS PERPISAHAN dalam bilik kelas di Sekolah Menengah Agama ( Arab ) Darul Ulum Al-Muhammadiah Kolam  sehari dua sebelum berangkat ke Pakistan untuk belajar.

Saya rasa diri saya bertuah dapat berkhidmat di sekolah ini. Sebelum ke Pakistan saya  jadi guru di sekolah ini. Kawan rapat yang memberi semangat saya untuk belajar ialah Al-Fadhil Ustaz Hassan Ibrahim, Ustaz Ahmad Ishak, Ustaz Rodhi Jaafar, Ustaz Munir Ghazali, Ustaz Zamri Ghazali, dan Ustaz Yusif Jaafar. Rasa syukur yang tidak terhingga

Benar sabda RasuluLLAH tentang keutamaan bersahabat dengan orang baik. Bila berkawan dengan orang baik maka kebaikan itu boleh tumpah kepada siapa yang berkawan dengannya. Pengaruh mereka semua menyebabkan saya ada kekuatan untuk belajar keluar negara. 

"Al-HamduliLLAH", kepada ALLAH dipanjatkan kesyukuran yang tidak terhhingga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan