Khamis, 14 Jun 2018

SAMPAI masanya

Ucapan keGEMBIRAan dan ucapan keMENANGan setelah berjaya menunaikan TITAH PERINTAH ILAHI iaitu ibadat asy-syiam dibulan RAMADHAN. "Al-HamduliLLAH".

Selepas Ramadhan kita meneruskan hidup kita dalam bulan baru Syawal dengan jadual dan program baru. Bulan Ramadhan yang lalu, ibadat yang utama khusus ialah ibadat asy-syiam.

Dari asy-syiam, yang terLEBIH khusus pula ialah MELAWAN HAWA NASFU. Melawan nafsu aalah merupakan rukun kehidupan insan beriman.

Dalam Ramadhan yang lalu, bagi mereka yang mampu telah menINFAQ sebahagian dari kurniaan ILAHI dengan mengadakan  majlis IFTAR. 

Gambar dibawah kelihatan hamba ALLAH berdoa selepas solat maghrib pada 27 Ramadhan lalu di PUTIK  Kelantan. 

Sebelum Ramadhan lalu, pada 9 Mei bagi hamba yang telah cukup umur 21 tahun yang  berdaftar sebagai pengundi telah meLAKSANAkan keIKHLASan mereka beKERJA dan meMILIH parti mana yang menjadi pilihan. 

Saya bukan saja menDAFTAR tapi telah beKERJA untuk meMENANGkan HARAKAH ISLAMIAH. Bekerja melawan nafsu dengan seKADAR yang MAMPU khususnya untuk memPERTAHANkan Kelantan. 

"Al-HamduliLLAH", hasilnya PAS, sebagai parti ISLAM dan HARAKAH ISLAMIAH mempertahankan kemenangan diKelantan.

Semasa PRU14 yang lalu, seruan BANGKIT PERTAHAN KELANTAN diizinkan ALLAH. PAS menang "istimewa" kerana berjaya mempertahankan Kelantan dari serangan dua penjuru besar  iaitu dari UBN dan PAN dibawah gabungan PAKATAN HARAPAN.

Kemenangan PAS khususnya di Kelantan dan di Terengganu dan dimana saja adalah kemenangan dengan penat lelah MELAWAN NAFSU. Ia bukan perlawanan dan pertembungan yang mudah, ringan dan ringkas.

Selepas dua kemenangan ini, kita selaku hamba beriman di minta meneruskan hidup dengan berlawan iaitu LAWAN NAFSU.

Perlawanan dengan nafsu adalah PERLAWANAN SEPANJANG ZAMAN yang cukup luas ruang lingkupnya yang tidak terikat  dengan masa dan program.

Lawan tetap lawan. Menang kalah hanya satu iaitu MOHON keredhaan  ILAHI. Perlawanan yang benar selayak dan kesepatutannya memohon keredhaan ILAHI.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan