Ahad, 10 Jun 2018

Saya dan 9 Mei18

PRU-14

Telah lama berlalu PRU-14. Ia berangsung pada 9 Mei 2018 lalu pada hari Rabu. Saya baru nak berblog semula setelah lama tidak berblog. "Saya dan 9 Mei" nak dijadikan bahan tulisan diblog ini.

Pilihanraya bertujuan untuk membentuk suatu kerajaan dan telah berkeputusan resmi telah diwarta terbentuk sebuah kerajaan iaitu Kerajaan PAKATAN HARAPAN.

Sebuah kerajaan yang benar-benar baru yang menggantikan Kerajaan BARISAN NASIONAL yang didominan atau didokongi UMNO yang telah kalah pada PRU-14 ini.

Saya, diamanah sebagai Pengarah Unit Peti Kolam yang dibawahnya ada tiga cawangan PAS iaitu PAS Cawangan Kolam Atas Pasir, Cawangan Kolam Pondok dan Cawangan Mak Mayong. Terletak dalam Dewan Undangan Negeri Jelawat dan Parlimen Bachok.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan