Sabtu, 5 Mei 2018

BerPURDAH

Disebuah restoran di Pekan Selising, Pasir Puteh. Dari jauh kelihatan seorang muslimat berpurdah. Saya tertarik dengan suatu keHEBATan dan keAJAIBan serta keSUKAan yang tinggi.

Kebetulan saya singgah beli masakan panas. Terlihat hamba ALLAH berpurdah terasa kelainan dan asing di Selising. "Ada juga berPURDAH di Selising" , terdetik dihati saya walau pun mungkin yang berpurdah ini orang luar Selising yang singgah untuk dapatkan makanan. 

Saya rakamkan suasana ini tanpa disedari kerana terasa bangga dengan kewujudan hamba NYA sedemikian. Moga-moga tidak SALAH kerana tak nampak wajahnya dan bentuk tubuh peribadinya. Anak siapa cucu siapa yang berdisiplin sebegini ? "Al-HamduliLLAH"

BerPURDAH, suatu yang sukar diamalkan oleh orang tertentu tetapi mudah bagi mereka yang mahu yang berAMAL memakainya dengan keIMANan lalu terpilih dipilih oleh RABBINA.

MOHONlah tutup AURAT dan berPURDAH. Tidak sudah didunia andai tidak TUTUP aurat dan tentu diakhirat akan dapat padah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan