Sabtu, 12 Mei 2018

Resmi keDUKAcitaan dan keGEMBIRAan

KEPUTUSAN RESMI PRU-14 telah jelas diketahui umum rakyat Malaysia. Satu keputusan yang amat mendukacitakan UMNO tapi menggembirakan PAS dan PH.

KeDUKAcitaan dan keGEMBIRAan kerana suatu kePUTUSan rakyat yang tidak disangka. BN yang tonggak utamanya UMNO telah kalah tidak dapat memerintah Malaysia lagi.

Secara peribadi, walaupun saya sebagai ahli PAS mengharapkan UBN kalah dengan maksud, "TAMAT, tidak boleh memerintah Malaysia" tetapi rasa hati kecil saya, "BN menang lagi, tidak kalah dan boleh meneruskan pemerintahan mereka di Malaysia". 

Ini rasa hati yang tidak sama dengan harapan dan doa siang malam selaku seorang yang beKERJA berLAWAN menentang UBN  bermula 1984 lagi bersama PAS.

Keadaan BERTUKAR dimana keseluruhan kerusi PARLIMEN sebanyak sebanyak 222 itu kerusi telah dimenangi PH sebanyak 114 manakala UBN mendapat 79 kerusi berbanding dengan 133 yang dikuasai pada  PRU-13 lalu.

Dengan majoriti mudah 114 kerusi itu PH, yang merupakan gabungan empat parti iaitu ; PKR, DAP, BERSATU dan PAN menang mengalah UBN yang berpuluh tahun memerintah Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan