Sabtu, 12 Mei 2018

Husam di KALAHkan

Husam kalah setelah penat dan lelah membajak, bergala dalam politik Kelantan. Dia cukup yakin dia akan menang di Salor kerana di DUN Salor ini beliau YB, penyandang, tempat yang semua orang mengenali beliau sebagai Datuk Husam.

Manakala orang yang rapat dengan beliau memanggil "San" (Sam). Dia merasakan dirinya seorang yang popular, pandai reti dan pandai bercakap, licik serta ada jasa. Tapi beliau kalah di DUN Salor dan di Parlimen Kota Bharu. Kesian !!!

Dari "orang kuat", "orang dalam", terpelanting keluar dipecat PAS. Dia mesti menunjukkan di penuh dengan "kes kebenaran". Lalu bertindak melampau. Lebih melampau bila tidak dapat membuktikan apa yang dilafazkan. 

Dari dilihat "melampau" inilah orang Kelantan tidak dapat menerima dan tidak simpati terhadapnya. Kerana dirinya pernah berasal dari jawatan Exco Kerajaan Negeri Kelantan dan Naib Presiden PAS maka tentu dirasakan lebih dari orang lain. Maka kena cakap lebih walau ia bukannya "ada kelebihan" lagi setelah dipecat. Lalu kalah di DUN Salor dan di Parlimen Kota Bharu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan