Isnin, 28 Ogos 2017

takhdir pokok durian

Asalnya enam pohon pokok durian disekitar tapak Masjid  Uthmani. Dalam gambar ini adalah yang terakhir boleh di rekodkan. Yang lain telah hilang dibakar. Yang ini pun akan dibakar jadi abu.

Pokok durian yang dimaksudkan ini ditanam oleh almarhum ayahanda di sekitar tahun 1990 an. Pada masa ini saya masih belajar di Pakistan.

Ayah tanam durian ini di celah-celah pokok getah. Diatas tanah seluas tiga ekar  ini semuanya dipenuhi oleh pokok getah. Ringkasnya, dari hasil pokok getah inilah ayahanda menghantar perbelanjaan  saya  semasa masa belajar.

Nasib batang durian ini tidak bertuah. Terpaksa jadi abu. Bila di tolak oleh jentolak maka tamatlah riwayat pokok durian ini. Pada awalnya saya telah maklumkan kepada seorang yang dipanggil Pak Su Haji yang kerjanya membuat "kotak jenazah". 

Entah macamana batang durian ini dari hari kehari, dari bulan ke bulan tidak diurus  oleh Pak Su Haji. Terbiat tanpa hitam putih. Dia tidak maklumkan kepada saya.

Saya pun tidak  buat tindakan susulan untuk menetapkan bagaimana kesudahan batang durian ini. Akhirnya saya terpaksa buat keputusan untuk bakar bagi tujuan untuk membersih kawasan Masjid Uthmani ini.

Jadi abu, itulah yang saya katakan "tidak bertuah" batang durian ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan