Sabtu, 17 Februari 2018

ISTIQAMAH "1"

UNTUK bina sesuatu yang baik disisi ALLAH SWT dan RASULULLAH SAW terlalu amat hebat cubaan dan ujiannya. Cabaran, ujian dalaman dan luaran.

Paling pahit cabaran dalaman yang tak disangka-sangka. Cabatan luaran,  kerana termasuk yang dijangka tidaklah sepahit mana.

Kepahitan cabaran dalaman kerana dari segi hujjah tentu tiada hujjahnya. Nak berhijjah apa "tidak sokong pembinaan kebaikan ? ". Hakikatnya, tiada hujjah untuk menghalang sesuatu kebaikan.

Jika berhujjah untuk menghalang kebaikan maka ia sama dengan cabaran luaran.

Tapi ada juga kebaikan yang tidak disokong dan tiada bukti sokongan itu dengan kebaikan jua maka ada rupa bentuk pengamalan negatif yang tersirat. Itu kepahitannya.

Sekiranya dilupakan sesuatu pembinaan kebaikan itu, ia lebih pahit kesanya kerana ALLAH SWT dan RASULULLAH SAW memerintahkan supaya kita ISTIQAMAH.

Melupakan kebaikan dan meninggalkannya bererti ; "gagal"..."gugur"..."gila"..."gong".

Itulah mahalnya sebuah ISTIQAMAH dijalan yang benar.

-------------------------------------------------------------------

2 Jamad-il-Akhir 1439
- AHAD -
18 Februari 2018

Tiada ulasan:

Catat Ulasan