Ahad, 4 Februari 2018

Mahathir.

Setelah menerima tekanan dalaman  UMNO dari bawah hingga keatas, logiknya Mahathir "terasa" tertekan. Paling tidak "tidak puas hati"  lalu secara terpaksa berundur dari kepimpinan UMNO.  Mahathir berhadapan realiti pahit yang meyakinkan beliau bahawa "orang tak mahukan"...tak perlukan aku lagi.

Bagi seorang Mahathir, undur secara paksa dikira kalah. Orang yang sentiasa menang bila menerima "tekanan"jadi rasa kalah dan  "tertekan".

Bila undur, seorang Mahathir iaitu orang yang telah puluhan tahun berkuasa penuh bergaya diktator terasa sangat "kekosongan" dan "kehilangan" sesuatu  yang amat dan teramat-amat mendarah daging dengan beliau iaitu "kuasa" yang dalam erti kata lain sebuah kekuatan, kehebatan, ketinggian dan kebesaran. Itulah kekuasaan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan