Selasa, 27 Februari 2018

ALLAH sayangkan

Ustaz Hawari Abbas telah selamat disemadikan selepas solat dzuhur tadi.

Saya mengenali beliau 1996, sewaktu saya mula belajar di Bukit Ajyad Sud, Mekah.

Beliau tinggal di Bukit Kelantan di Ajyad Sud. Tinggal dirumah seorang Kelantani yang jadi rakyat Saudi Arabia iaitu Tuan Haji Abdul Samad.

Kembali ke tanah air, setelah beberapa tahun di Ajyad Sud Almarhum sepenuh masa menyumbangkan ilmu di sekitar Besut.

Beliau diamanahkan sebagai Ketua Urusan Ulamak PAS Besut sehingga ke akhir hayat.

ALLAH SWT sayangkan Almarhum. Dijemput Almarhum malam tadi. Semuga ALLAH menerima amal solehnya dan mengampuni dosanya. "Aamiin"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan