Isnin, 5 Februari 2018

Istimewanya Turki

Saya telah sampai "transit" disini sewaktu balik dari mengerjakan umrah pada 2001.  Sampai di Lapangan Terbang Istanbul pada jam 10 malam dalam kedinginan malam musim sejuk. Sejuk sungguh kerana singgah disini  dengan pakaian berjubah dari Jeddah yang panas sepanas musim panas di Saudi.

Suatu pengalaman diantara pengalaman yang tak dapat dilupai ialah selamatnya beg-beg saya diatas troli yang tertinggal, tak dibawa naik keatas bas dari air port ke hotel.

Saya amanahkan kepada "seorang tua", "pak cik jaga beg saya, saya nak kedepan  untuk uruskan barang ahli jamaah". Setelah jelas maklumat saya tinggalkan beg saya dan kedepan untuk masukkan beg rombongan kedalam gerabak barangan bas.

Setelah selesai kami bertolak dari Air Port Istanbul ke hotel. Lama juga, hampir satu jam diatas bas untuk sampai di hotel.

Dalam bas saya tenang memerhati  malam di sekitar Istanbul. Terlintas kepada beg saya. Lalu bersangka, "tentu ada ahli rombongan yang tolak, angkat naik ke dalam gerabak barangan".

Ringkasnya, sampai saya mengarahkan supaya ahli rombongan mengambil beg masing-masing. Terkejut macam nak pengsan kerana beg saya tak ada. Saya bertanyakan pemandu bas, "semua beg sudah diturunkan dari bas ? ".  Pemandu bas mengiyakan. Terasa nak terkencing nak terberak bila sah beg saya tak ada dalam bas.

Ini baik hati pemandu bas ini. Saya minta beliau bawa kembali ke Air Port. Ringkasnya, sampai di Air Port saya dapati beg saya berada di tengah-tengah ruangan balai ketibaan ruangan luar.

SubhanaLLAH...al-HamduliLLAH, terkeluar dari zon susah ke zon senang. Dalam beg ada paspot. Sekiranya ada masalah tadi, saya mungkin lebih lama berada di Istanbul.

Hanya ada pengalaman "tertinggal beg" tidak "terpaksa lewat" balik dan mungkin akan masuk ke pengurusan Duta Malaysia di Turki kerana rakyat Malaysia kehilangan paspot di Air Port Istanbul.

Mungkin ini antara istimewanya Turki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan