Isnin, 5 Februari 2018

Mahathir "1"

Almarhum Dato' Fadhil Noor ( ADFN ) mantan Presiden PAS dalam ucapannya sebagai pemimpin gerakan ISLAM di Malaysia, semasa hayatnnya  sering menegur dan mengecam Dr. Mahathir Mohammad selaku Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO  ketika itu.

ADFN memegang jawatan Presiden PAS diera pemerintahan Dr Mahathir.  Almarhum mengkaji dan memahami pemikiran dan tindakan  Dr. Mahathir memerintah negara.

Selain tidak melaksanakan hukum ALLAH sebagaimana termaktub dalam al-Qur'an, di zaman Dr. Mahathir berlakunya peristiwa paling kejam iaitu tregedi pembunuhan Memali yang mengorbankan seorang guru agama dan belasan pengikut almarhum di Pondok Memali pada 1985.

Almarhum Ustaz Ibrahim Bin Mahmood atau lebih dikenali Ibrahim Libya adalah seorang pendakwah sepenuh masa dalam PAS yang sebelum bekerja di Jabatan Perdana Menteri.

Kelantangan, ketegasan dan keberanian  Almarhum Ustaz Ibrahim Libya mengkritik dan mengecam Kerajaan UBN pimpinan Dr. Mahathir tidak menyenangkan Perdana Menteri Malaysia itu.

Dari asas ketidaksenangan, sakit dengan kritikan pedas dan benar itulah punca tindakan zalim pemerintahan  Dr. Mahathir sehingga melakukan  "tindakan menghalalkan cara".

Hari ini pemerintahan Malaysia bertukar kepada Dato' Najib Tun Razak.  Dr.  Mahathir kini bukan saja berada diluar kerajaan setelah melepaskan jawatan Perdana Menteri secara "terpaksa" malah beliau juga berada diluar UMNO.

Kini, tepat dan benar apa yang berlaku di Malaysia ada kaitan dengan pemerintahan Dr. Mahathir dulu. Ternyata doa ADFN supaya Dr. Mahathir dipanjangkan umur dimakhbulkan ALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan