Isnin, 11 September 2017

inikah politik ?

Saya nak menulis tentang PAS, PKR, PAN dan UMNO serta sedikit tentang Dr. Mahathir. Jadi, tentang politik lah ? Tidak politik sangat tapi "sikit tentang ISLAM" iaitu tentang masa depan orang ISLAM dan ISLAM di Malaysia. "Insya ALLAH".

Saya bukan tokoh, pun tidak pakar tentang politik. Cuma nak tulis dari APA YANG SAYA AMATI untuk diamati bersama.

Bermula dengan PAKATAN RAKYAT ( PR ) yang telah pecah. Anggota  PR ini sebelum pecah ialah DAP, PKR dan PAS.


Selepas pecah, tinggal DAP dan PKR. PAN masih berada dalam kandungan lagi ketika itu. Tanya sikit, siapa ibu dan bapanyanya ? 

Berikutan "kekecewaan" dari kekalahan pemimpin PAS yang bertanding dalam Muktamar PAS telah mengubah senerio dalaman  PAS dan rentak  politik negara.

Tak perlu sebut tentang PASMA, cuma sedikit. Dari PASMA jadi PAN. Sebelumnya berbagai "isu" dalaman PAS yang bermula di Kedah yang menyebabkan PAS "berkocak" yang akhirnya  "retak" kepada "retak menunggu belah". Akhirnya pecah  berderai. 

Secara ringkas disebut sejarah atau rentetan ini. Diperingkat awal, apa yang berlaku boleh dipandang secara yang tersurat dan yang tersirat. Boleh disebut secara umum iaitu ;
TerSURAT, kritikan terbuka dan jarum halus pemimpin DAP kepada dasar politik PAS dan dasar tubuh PAS yang bertujuan untuk memecahkan "pakatan Melayu".

Begitu juga pemimpin PKR dan pemimpin PAS, bertaraf Timbalan Presiden PAS, AJK PAS Pusat bercanggah-canggahan secara terbuka dan mengkritik Presiden dan keputusan PAS.


TerSIRAT, PKR melakukan tindakan tanpa memaklum dan berunding dengan PAS selaku anggota PR disebabkan kukuhnya hubungan PKR dan DAP. Mereka ada agenda tersurat dan tersirat !

Dalam suasana itu, diera "asmara dana" pemimpin PAS yang kalah bertanding itu dengan kekaguman mereka kepada tokoh yang mereka kagumi itu boleh dan telah merubah keyakinan asal mereka

Sebelum mereka kalah banyak kenyataan tidak berprinsip dan tidak beradab serta tidak beradat resam sepasukan, "menikam sahabat dan saudara" dari belakang mengambarkan "tidak tsiqah atau hilang tsiqah" "sePAS" dengan ahli dan pemimpin PAS malah kepada Majlis Syura Ulamak PAS !

Wujud suasana yang amat serius yang sangat amat menggembirakan Lim Kit Siang dan Anuar Ibrahim dalam PR  bahawa "orang mereka" telah taat dan patuh sepenuhnya kepada mereka sehingga meninggalkan Presiden PAS dan Majlis Syura Ulamak PAS.

Bila PAS pecah, yang paling suka gembiranya ialah DAP dan PKR. UMNO lagi suka. Paling suka ialah Dr. Mahathir.

PAS amat dukacita dan luka dengan perpecahan ini. Tapi kematangan PAS menilai bahawa golongan yang keluar dari PAS itu adalah golongan yang bermasalah dalam PAS yang telah  berakar umbi sejak sekian lama yang dimulai dengan kemasukan seorang tokoh UMNO kedalam PAS yang menjadi egen tokoh tertinggi PKR.

Hakikat tersirat, mereka ingin menguasai PAS dan mengeluarkan golongan ulamak dari PAS. Tetapi tidak dapat lalu muncul plan kedua "pecahkan" PAS.

PAN ditubuhkan secara teknikal dan prosedur yang mudah. Ada kepimpinan PAN yang bertaraf YB "melarikan" kerusi yang mereka menangi atas nama PAS. 

Ada di peringkat Parlimen dan ada diperingkat DUN. Jadilah mereka wakil, YB  PAN dalam Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

Dikerusi sebegini tentu akan berlaku pertembungan antara PAS dan PAN. Tentu juga ditempat ini UMNO yang secara tradisi masuk bertanding disemua kawasan DUN atau Parlimen.

Dalam hal kerusi, berikutan pecah PR maka kerusi yang "PAS beri" kepada PKR maka PAS akan ambil balik bertanding malah WAJIB PAS ambil balik.  Ayat yang sama, UMNO pun bertanding.

Jadilah pertandingan tiga penjuru. Yang diharap dan didoakan ialah supaya rakyat tolak PAN dan PKR.

Saya dapat kesan bahawa rakyat telah menolak PKR dan PAN.
Kenapa ?. Kerana PAN dan PKR, sikap dan pendirian mereka dalam isu ISLAM hanya diterima dikalangan mereka semata dan ia menguntungkan yang bukan ISLAM malah kedudukan bukan ISLAM makin kukuh.

Dan yang paling besar sikap dan pendirian PAN dan PKR sama dengan DAP. Rakyat menerima dan meyakini dasar ISLAM PAS dan penghayatan serta keputusan dasar PAS dalam setiap isu.

Akhir-akhir ini rakyat menyimpulkan bahawa sikap dan pendirian PAKATAN HARAPAN di dominan oleh DAP. 

Pendirian dasar Dr. Mahathir tentang ISLAM sama dengan DAP. Bererti mereka benar-benar sama sepakat  melawan PAS.

Rakyat telah tolak Dr. Mahathir. Orang UMNO pun tolak juga. Orang UMNO tidak menerima DAP malah mengutuk Dr. Mahathir yang bersama dengan DAP yang dikutuk beliau selama ini. 

Rakyat benci dan meluap dengan politik sumpah-sumpah berkepentingan tinggi ini.

Dari suasana tersebut, PKR dan PAN akan berkubur.  PPBM akan  menenui ajal.

Ahli PAS kini makin teguh pendirian. Mereka yakin dan faham tema dan seruan ISTIQAMAH.

Pendekatan Budaya Politik Matang Sejahtera yang menegaskan bahawa disisi PAS,  UMNO tetap sama seperti  dulu. Yang berbezanya cara dan pendekatan.

Kerjasama dalam perkara yang melibatkan kepentingan rakyat tanpa permusuhan seperti suasana diera golongan "bekas ahli PAS" yang kini dalam PAN sudah tiada lagi. Dulu, kasar keras ekstreem dan bermusuhan adalah perangai mereka yang menguasai PAS.

Hakikatnya mereka tidak boleh menguasai PAS. Mereka gagal dalam PAS dan dalam PAN serta dalam PH.

Tinggal lagi antara PAS dan UMNO siapa diperingkat akhir yang menjadi pilihan rakyat ?.

Tuduhan DAP, PKR dan PAN bahawa  PAS ber UG tidak benar. Itu fitnah yang di atur meraka. Rakyat tidak percaya. Pimpinan PAS teguh ISTIQAMAH dengan PAS dan dasarnya.

Cuma trick berubah. !  PAS ubah cara dan pendekatan.  Berubah itu HARAKAH. Tidak berubah itu jumud dan pasif. Tetapi berubah bukannya menjadikan PAS pragmaris, plural dan liberal serta sekular.

Anda kenal siapa mereka yang berISM itu ?

"MASA DEPAN DITANGAN ISLAM"...untung PAS ikut ISLAM

"Yakin dengan PAS... ISTIQAMAH menuju husnul khatimah mencari redha ILAHI. "Insya ALLAH" "Aamen"

●GAMBAR yang tertera dibawah ialah gambar disatu majlis pertemuan pemimpin PAS iaitu Almahum Al-Fadhil Ustaz Fadzil Noor, TGHH dan Cikgu Mustafa Ali dengan pelajar Malaysia di Dewan Sayyid Abul A'la Al-Maududi Lahore pada 1991.

Dalam gambar ini Almarhum Ustaz Fadzil sedang menyampaikan sesuatu kepada wakil pelajar Malaysia Almarhum Ustaz Solehan Abdul Ghafar. Saya berdiri ditengah●


Tiada ulasan:

Catat Ulasan