Isnin, 4 Disember 2017

kekecewaan menuncak

Yang paling tepat  sekali ialah gagal ketika menerima ujian dari ALLAH SWT. Hati tidak tahan menerima apa yang berlaku pada diri. Hati tidak menjangkakan apa yang berlaku. Hebat ujian yang mengunjung diri sehingga keputusan "perlu berubah".

Beliau tidak menjangka pertandingan merebut jawatan Timbalan Presiden PAS  melawan Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man berakhir dengan kekalahan beliau ysng hanya mendapat  undian 200 lebih saja berbanding ribuan  undi keseluruhan.

Ketika rasa kukuh hebat mengucapkan  suatu ucapan yang seolah-olah dirinya tak aksn diuji oleh ALLAH SWT.

Ujiann yang berlaku perlu dihayati sehalus mungkin bahawa ia adalah dari ILAHI.  Terlalu menyentuh jiwa, hati dan perasaan seseorang. Rasa malu, seperti orang tidak memerlukan kita lagi sedangkan harapan terlalu amat tinggi sekali.

Pertandingan dalam Muktamar Agung yang berlalu itu adalah pertandigan secara "kumpulan". Kumpulan siapa dengan siapa dalam PAS ? Pertandingan kumpulan yang mempertahankan KEPIMPINAN ULAMAK dengan  yang dinamakan kumpulan profesional prigresif yang memandang hambar kepimpinan ulamak.

Keputusan keseluruhan, "kumpulan kepimpinan ulamak" menang dengan jumlah yang ramai. Inilah keputusan yang mencabar jiwa, hati dan perasaan itu.

Ia tidak mencabar perjuangan. Cuma rasa sehati, sejiwa dan seperasaan kecewa yang amat sangat dikalangan mereka yang kalah menyebabkan gugur disepanjang jalan dakwah dan perjuangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan