Sabtu, 9 Disember 2017

mee che' mat

Mee sedap Jalan Gajah Mati. Sekarang saya di jalan ini. Dihujung sana dalam gambar ini ialah permulaan Jalan Gajah Mati.

Kemana Che Mat sekarang ?. Khabarnya Che Mat ialah seorang Tiong Hua yang memeluk ISLAM.

Che Mat menjalankan perniagaan masakan panas di jalan ini. Masakan mee dan nasi goreng Che Mat laris sungguh. Kedai  beliau buka mesti didatangi pelanggannya.

Di Jalan Gajah Mati bersilang, simpang empat dengan Jalan Sultanah Zainab. Jalan Gajah Mati pendek saja, dari tepi sungai melintasi Jalan Sultanah Zainab hingge ke Bulatab Medan Tuan Padang. Jalan Sultanah Zainab panjang dari Masjid Muhammadi hingga ke Kampung Puteh.

Di Jalan Gajah Mati ini, saya sejak tahun 1970 an sering bersama sahabat menjamu selera roti canai  dan kadang-kadang kue tiew goreng. Masa belasan tahun tak tahu fikir tentang syubhah makan kue tiew goreng masakan seorang Tiong Hua disebelah Tailor ATAKA. Tailor ni saya selalu tempah seluar Charlie dan seluar sekolah disini.

Sekarang telah banyak perubahan. Che' Mat pun dah tua, bersara dari bisnesnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan