Isnin, 4 Disember 2017

antara yang masih ada

Bersama kakak "Kak Nik" disuatu pagi Selasa 9  Rabi'ul Awwal 1438 yang datang menziarahi ku selepas balik dari ward.

Kak Nik pun tak sihat juga. Digagahkan melintas jalan menziarahi adiknya ini. Beliau mempunyai ujian penyakit yang sama dengan diri ini.

Logik sepatutnya, anak atau cucunya bawa Kak Nik kerumah ku tapi tidak berlaku sedemikian. Kenapa ?

Ada sesuatu yang tebal kukuh dalam jiwa anak cucu. "Sibuk sehingga tiada kesempatan dan ruang waktu, ada keterbatasan dan hijabnya".

Biarlah aku seorang yang tahu, faham dan mengerti. Selagi tidak seperti Kak Nik mereka yang muda gagah serta rasa cukup tidak akan faham.

Cukup dengan kemudaan dan kegagahan sehingga berlaku ( berlalukah ? ) kemerbahayaan tertipu syaitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan