Jumaat, 22 Disember 2017

Tahniah Erdogan

Terkini, Turki memimpin dunia diketika umat ISLAM benar-benar memerlukan kepimpinan. Erdogan yang memimpin OIC mengarah, memanggil Sidang Luar Biasa OIC bila Presiden Amerika mengisytihar Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel yang baru.

Apa yang menarik dari suasana ini ?. Salah satu siaran TV menyebut dan menyanjung Erdogan. Lalu dikaitkan dengan kelebihan dan kekuatan Negara Turki yang mempunyai kekuatan tentera dan ekonomi yang kuat.

Memang tidak dinafikan itulah Turki. Tapi perlu difahami dan diyakini bahawa Erdogan melawan Yahudi dan Amerika bukan semata-mata kerana ada dua faktor tersebut.

Apakah faktor lain?. Jawabnya ; KEIMANAN yang kuat dan KEFAHAMAN ang benar. 

Kita carilah kedua faktor itu kerana itulah kekuasaan dan faktor yang hakiki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan