Sabtu, 2 Disember 2017

apa ni tan sri ?

Ramai bertanya tentang TSKI. Nasib  baik ada jawapan dari Tan Sri. Sekarang ; cepat dapat berita, cepat tersebar, cepat dipercayai dan cepat ditolak.

TSKI menghadari Konvensyen UMNO Selangor 2017. Pertama kali berita tentang TSKI ini ialah pada berita jam 8, 2 Nov. Saya melihat berita ini,  TSKI memakai baju batik berwarna kuning keemasan. Pemimpin tertinggi UMNO yang ada ialah TPM Zahid Hamidi. TSKI berdiri sebelah kanan Noh Omar. Bekas MB Selangor, Mat Taib pun ada. Selain TSKI semuanya berbaju merah.

TSKI tidak memakai baju merah. Saya menjangkakan berita ini diambil perhatian masyarakat. Soalan "adakah TSKI masuk UMNO ?". Saya jawab sendiri, "TSKI tidak akan masuk UMNO. Beliau datang kemajlis UMNO sebagai seorang tokoh "profesional" dan "sikap keterbukaannya"

TSKI tidak akan sertai UMNO tapi akan menyertai PAS nanti. "InsyaALAH", kita sama-sama tunggu untuk melihat nanti !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan